Ahadnya pulak kami ke centre Kumon selepas Abang tamat kelas caturnya. Biasalah setiap 6 bulan sekali memang parent kena panggil untuk progres anak-anak di Kumon. Update pada bulan Julai 2023 yang lepas Ibu tak pergi sebab kerja masa tu. Ayah je yang pegi so bila kaum lelaki yang pergi maka tak adalah gambarnya. Hahaha. Relate tak?
Report book untuk 4 ketul Iman, Irfan, Imran dan Idlan
Seronok tengok penerima medal ASHR 2022 bergambar di belakang. Yang 4 beradik ni belum lagi tersenarai cuma Awan je dah masuk list untuk ASMR 2023. Insya Allah tahun depan Awan akan dapat medal. Yang lain-lainnya teacher cakap Alan insya Allah boleh dapat, while Abang dan Kakak bergantung kepada usaha mereka sendiri selepas ni. Macam mana tersenarai dalam ASHR ni?
ASHR = Advanced Student Honor Roll
Student yang mencapai level yang luar dari umur mereka dah layak join the club. Contohnya student tu darjah 2 tapi di Kumon mereka dah buat latihan Kumon di silibus darjah 4, dah layak dah dapat ASHR. Dan siap ada rangking lagi untuk seluruh Malaysia! Sijil dan medal tu memang dari Kumon. Cantik! Berbaloi rasanya bila anak dapat ASHR. Nampaknya kami terpaksa bersabar lagi. Sebab Abang dan Kakak memang tahap 2 baru kami hantar ke Kumon, sebenarnya agak terlambat jugak la. Tapi percaturan hantar Awan dan Alan dari awal memang betul walaupun Alan kami hantar beberapa bulan lambat daripada mereka bertiga. Sekarang Alan darjah 2, sifir pun semua dah hafal. Kalau kakak dulu lepas masuk Kumon, baru dapat hafal sifir. Sifir ni sebenarnya menjadi masalah utama sebab budak-budak zaman sekarang tak suka Maths. Dulu si kakak memang tak suka Maths, sebab tak hafal sifir so banyaklah tergendala. Tapi bila dah hafal, ok je dia sekarang. Siap kata nanti bila form 4 nak masuk aliran STEM. Ok lah alhamdulillah.
Begitulah pengalaman #theIMANs dan Kumon. Apapun kena banyak sabar. Setiap anak lain-lain progressnya. Macam mengaji, Alan lagi laju daripada Awan, saya tau kenapa Awan agak slow sebab Awan ni ada masalah nak menyebut huruf R, begitu jugaklah bila mengaji dia jadi sukar menyebut huruf ro, semuanya berkait, dia jadi demotivated bila asyik dibetulkan. Kena praktis lagi ni, kalau tak dapat jadilah macam Datin Lisa Surihani nanti.
Tags
Kumon
tahniah ank2...selamat berusaha juga..
ReplyDeletebetul, sifir salah satu mslah anak2...ibu pun jadi stress nk ajar cmne...hahhaa
Wah bagus ada kelas gini...Cuya pon dulu biasa gi tusyen je..even Bahasa Melayu pon tusyen
ReplyDeletesebab takde orang nak pantau Cuya di rumah
Baguslah KM hantar anak2 ke Kumon. Akak takde experience. Hantar anak ke tuisyen biasa je.
ReplyDeletegood job!!! all the best la utk anak2 kumon ni ;)
ReplyDeleteTerbalik dengan saya kak, kalo suami yg ambil raport anak2 di sekolah, dia akan tanyaaaa banyak hal ke guru, sampai di foto semuanya. Tapi kalo saya, sebisa mungkin jangan saya yg datang. Tapi kalo terpaksa, memang secepat mungkin bertemu, lalu segera pulang 😅. Jadi tak banyak tanya
ReplyDeleteSaya memang tak terlalu bisa cakap lama dengan guru anak2.