Ice Digit Retro

Lamaaaaaaa gila dah tak beli Ice Watch tau. Bila ada offer yang menarik, saya pun jadi tertarik. Begitulah perempuan dengan 9 nafsunya. Dah namanya collector kiranya bertahan jugaklah saya dah 2 tahun tak membeli koleksi baru dari Ice Watch. Tak apa kan? Tak apa kan? Tapi ni Encik Suami yang bayarkan. Kira oklah.

Sekali pandang memang dah tertarik dah sebenarnya dengan Ice Digit Retro ni. Mulanya tertengok whatsapp story seorang PS ni. Hari ni bila Encik Suami ajak ke Vivacity apalagi terus je la ke Timezone. Ingat nak survey-survey dulu, nanti bila bonus dari state masuk bulan 1 nanti baru ingat nak beli. Banyak pilihan warna, nasib baik tak rambang mata sebab saya memang dah aim kaler almond yang ala-ala nude tu.

Syok je kalau dapat kumpul pelbagai warna, boleh matching dengan warna baju. Harga Digit Retro ni RM329 tapi.. ada baucer RM200 sampai 31 Disember ni. Jadi harganya jadi RM129. Encik Suami kata pilih je nanti dia belikan. Iman pun boleh pilih sekali, dia belikan untuk kami. Wow! Orang dah nak membayar, apalagi kan?

Dan.. akhirnya ini warna pilihan saya dan Iman. Almond skin dan midnight blue. Saiz koleksi ni mini je sebenarnya. Mula-mula try tu memang terasa comel jer sebab selama ni saya guna smart watch, memang terasa lah kecomelan Digit Retro ni bila di tangan. Selain tu jugak saya ambil kesempatan terus tukar bateri Ice Watch saya yang lama. Tapi tukar 2 pasang je la mana yang nak pakai, turqoise dan pink. Segan pulak bila promoter tu tegur bila saya bukak porch untuk saya simpan jam. Eh, banyaklah jam dia, katanya. Hihi. 

Kos untuk tukar bateri Ice Watch ialah RM33 untuk sepasang. Tukar 2 pasang total loss RM69. Yang lain kita simpan dulu, kalau terasa nak pakai, baru kita tukar bateri nanti. Itu yang syok Ice Watch ni. Harga marhaen. Sejak kenal Ice Watch lama dah tak cuci mata di kedai Swatch. Bahaya! Yang brand ribu-raban lagilah, nak cuci mata pun rasa tak mampu. Apa kata orang tua, haaa ukur baju di badan sendiri. Hihihi.






 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah.. Rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari...

    ReplyDelete
  2. Kadang teringin jugak nak beli jam baru sebab jam kita lagi retro 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung thn byk sale.. apakata pergi survey.. hehehe

      Delete
  3. Rupanya Mbak suka jam tangan model digital begitu ya?
    Cantik juga, warna-warnanya menarik. Dan ada discount pula. Jadi beli ya Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. jadi pak asa... beli 2 psg semalam... sememangnya suka yg berjarum tp teringin nk ada yg digital mcm ni pulak

      Delete
  4. saya suka yg kuning tu
    menyerlah!
    👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Saya agak bersyukur tak terlalu suka jam tangan 😄😂. Kalo tak, bisa kalap lihat warna warni macam nih kak 😄. Sebenarnya dulu saya suka jam. Tapi ntah kenapa, semua jam saya suka hilang 😅. Sejak itu memang tak nak pakai jam lagi. Skr ini ada 1 jam, yg syukurnya belum hilang 😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form