Minggu lepas sebelum ramai yang akan bercuti kami buat perhimpunan bulanan untuk sukuan terakhir di tahun 2023 dan sekaligus buat sekali exchange gift sempena pre hari natal. Syarat exhange gift dari urusetia, hadiah mestilah bernilai maksimum RM20. Saya memang dah lama plan hadiah apa kalau ada yang perlu sponsor hadiah tak kira dari sekolah anak atau dari ofis. So scroll lagi gambar ya. Hehehe.
Deco hari krismas di ofis
Kami dapat 3 doorgift dari urusetia. Urusetia semuanya yang celebrat krismas. Yang lollipop tu sebenarnya towel ya, bukan lollipop sebenar. Dan yang bulat putih tu candle, bukan white chocolate.
Antara exchange gift daripada semua staf. Cer teka yang mana satu daripada saya?
Ya, memang dah niat awal nak hadiahkan sekampit beras. Oleh sebab maksimum hadiah RM20 je so saya beli yang 5 kg je. Beras wangi ni bernilai RM26.90. Tahniah kepada yang dapat sekampit beras ni. Happy tengok member happy, harapnya wifenya pun happy.
Saya pulak dapat hadiah baucar Parkson. Best jugak dapat baucar hujung-hujung tahun macam ni. Biasalah bila krismas ni macam-macam sale di shopping mall.
Saya dapat baucar Parkson yang bernilai RM20 dan frame gambar. Expired Disember 2025 tu.
Macam biasa bila perhimpunan bulanan ke majlis tahlil hari Jumaat ke, kami akan bawak potluck. Bila potluck ni memang saya selalu order saja, malas nak masak banyak² awal pagi tapi kali ni memang dah takda idea nak order apa. So end up saya beli satay je. Dan sedikit otak-otak dari Johor yang ipar saya bagi lepas balik dari retreat di JB. Banyak-banyak pun tak ada sesapa nak makan kat rumah sebab saya seorang je makan. Sedap tau walaupun comel, macam bungkusan kuih koci pun ada. Sebab lama dah tak makan otak-otak ori dari Melaya kot, itu yang terasa sedap, makan pulak dengan geng pengemar otak-otak.
Bila dah potluck macam ni, hidangan ni memang akan sampai ke hi tea. Kadang-kadang lepas balik solat Jumaat diorang sambung lagi makan.
Eh eh, tetiba pulak saya bertuah bila dapat lucky draw. Rupa-rupanya ada certain kerusi di bilik meeting urusetia dah lekatkan sampul berisi sehelai kertas "Tahniah anda bertuah!" ni.
Saya dapat perfume la pulak daripada Nyc Scent.
Tadaaa!! Cantik botolnya.
Sekian saja coretan kenangan untuk aktiviti ofis di bulan terakhir tahun 2023 ni. Lupa pulak, tema kaler untuk perhimpunan bulanan kali ni, merah, hijau, putih dan hitam. Sebab tu saya pakai tudung bawal Palestine. Lupa nak snap gambar member lelaki yang pakai mafla Palestine. Dan doa kami pun memang tak akan melupakan agar diberi kebebasan dan keamanan buat saudara seagama kita di sana.
bukan candy tapi towel tak apa tapi yg lilin tu kalau org ingat white chocolate mmg tergigit juga tu merasa hahaha :D
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah dpt lucky draw tu. Baru ni pun ada acara di masjid hadiah utama semua nya dapat beras.. ye la sekarang beras dh mahal mmg berbaloi bagi beras :D
lawa botoi myk wangi tuh...
ReplyDeletetp trend skang nie, kalau buat lucky draw dpt brg2 keperluan asas pun ok je rasenya...
myk 5kg ke, sabun basuh baju ke..beras, gula, tepung...eh, semua lah...hihihi
seronoknya..masa kat bangkok dulu pun kitaorang ada buat tukar2 hadiah mcm ni.. memang happening...
ReplyDeletebest event gini esp part mkn2 dan tukar2 hadiah tu
ReplyDeleteKita pun ada exchange hadiah akhir tahun ni. Belum beli apa² lagi. Menarik jugak tu bagi beras.
ReplyDeleteDah agak, itu hari Kakmim ada komen kat blog PH kan pasal beras ni hehe...bagus sangat hadiah ni, berguna dan berbaloi utk diberi
ReplyDeleteMmg lucky betul ni, dapat perfume I like 🤩
Dah agak, itu hari Kakmim ada komen kat blog PH kan pasal beras ni hehe...bagus sangat hadiah ni, berguna dan berbaloi utk diberi
ReplyDeleteMmg lucky betul ni, dapat perfume I like 🤩
Bagusnya beri beras, sangat2 berguna tu. Moga dimurahkan rezeki akak selalu
ReplyDeletePaling best time makan. Hehe..
ReplyDeleteUntung dapat sekampit beras. Alhamdulillah...
best bila ada xtvt mcm ni.
ReplyDeleteDapat makan dapat hadiah... seronok semuanya.
ReplyDeletecantik baju KM hehehe sokong palestin. best makan2 dpt exchange hadiah
ReplyDelete