CATS.FM Tok Bok Local

Kalau driving, jarang saya tak on radio. Kadang-kadang je saya dengar Youtube Music. Selalunya saya dengar radio local je pada waktu pagi. Sebab banyak info local bila on radio local seperti Sarawak.FM

Tengah hari pulak saya suka dengar Dina di Suria. Petangnya balik kerja dengar Kool, Era Sarawak ataupun CATS. Sejak Era Sarawak mengumumkan akan ditutup dan semuanya akan beroperasi dari Era sana je, beberapa penyampai radio Era Sarawak telah berubah angin di CATS. Mula-mula dulu Fir Affendi, dan bulan ni pulak nampaknya Elya pun dah berubah angin konti. 




Jumaat lepas (1/12/2023) page CATS FM dah bagi hint. Saya pun dah agak dah. Mesti Elya ni, sebab sebelum tu Elya pun ada update reels di fbnya yang hintnya akan tamat perkhidmatan di Era Sarawak.

Pagi tadi masa on the way ke ofis, setelah dengar tazkirah pagi dari Ustazah Anisah di Sarawak.FM,  saya sengajalah tukar chanel ke CATS. Eh, macam dengar suara Fir. Sebelum ni Fir di slot sebelah petang di CATS. Lepas tu dengar pulak suara Elya. Eh? Betullah Elya dah officially menjadi warga CATS.
Lepas tu saya bukak pulak page FB CATS FM. Aaaaa... memang confirm.


Meriah dah konti CATS dengan adanya sekuntum bunga, Elya.


Tapi tak sampai 10 minit dengar saya pun dah sampai ofis. So tengok je lah reel di page CATS FM. Memang meriah gabungan mereka bertiga nih. Semoga terus antap CATS FM!

CATS.. tok bok local!!

Kalau teringin nak dengar chanel local radio Sarawak ni boleh la ke https://www.catsfm.my/online-radio. Ada slot bahasa Iban jugak gais, bukan BM saja.

Antara slot di CATS (weekday) yang berlainan penyampainya:

Isnin - Jumaat
CATS AM Crew: 6 pagi - 10 pagi (Bahasa Melayu)
#CATSMuzik : 10 pagi - 1 petang (Bahasa Melayu)
Ruai CATS: 1 petang - 4 petang (Bahasa Iban)
Geng Petang CATS: 4 petang - 8 malam (Bahasa Melayu)
CATS Night out: 8 malam - 11 malam (Bahasa Melayu)
Antap Muzik: 11 malam - 6 pagi (Music playlist)

Kalau weekend pulak lain pulak slotnya.

Sabtu
CATS Weekend: 6 pagi - 10 pagi (Bahasa Melayu)
CATS30: 10 pagi - 1 petang (carta lagu di CATS sepanjang minggu)
Lagu Terbilang CATS: 1 petang - 3 petang (carta lagu Iban pilihan)
CATS Ujung Minggu: 3 petang - 4 petang (segmen lagu permintaan)
CATS Weekend Beat: 4 petang - 8 malam (Muzik playlist)
Ulangan CATS30: 8 malam - 11 malam
Antap Muzik: 11 malam - 6 pagi (Music playlist)



Ahad
CATS Weekend: 6 pagi - 10 pagi (Bahasa Melayu)
CATS Prebiu: 10 pagi - 11 pagi (previu lagu baharu dan terkini)
CATS Exposed ME Division: 11 pagi - 1 petang (promosi lagu dan artis local)
CATS Exposed Ethnic Division: 1 petang - 3 petang (carta muzik local dengan artis local)
CATS Ujung Minggu: 3 petang - 4 petang (segmen lagu permintaan)
CATS Weekend Beat: 4 petang - 8 malam (Muzik playlist)
Ulangan CATS30: 8 malam - 11 malam
Antap Muzik: 11 malam - 6 pagi (Music playlist)



17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kamek nang layan Cat FM dan kadang-kadang Kupi-kupi FM...paling suka bila siaran berbahasa Iban suka dengar coleteh Ijau yang bersuara garau

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah kmk dgr sekali.. tp lupak save chanel ya alu xda dgr gik kupikupi ya

      Delete
  2. dah lama zaty tak dengar radio huhu. boleh la ni nanti drive try bukak semula radio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x on radio otak aktif sgt berfikir bab keja.. hihihi... nk lupakan keja skjp kena on radio

      Delete
  3. ooo sarawak memang ada radio sendiri yer hehehe sbb MZ dgr sinar.fm jer, selang seli jugak dgr hotfm, era, suria, depending on lagu yg dimainkan, tp kalau pagi2 memang dgr sinarfm jer sbb MZ peminat jep

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak.. lama dah chanel CATS ni.. so far mmg penyampai semua local

      Delete
  4. Rajin Kakmim tukar² channel radio. PH dlm kereta on Sinar je, kecuali la bohsan sangattttt baru tukar channel 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau keluar lagu x suka kita tukar.. hehehe... sbb byk lagu skrg yg meluat dgr

      Delete
  5. Samalah..kita dgr radio dlm kereta, otw to ofis...oo..ada cats.fm..best dgr loghat sarawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu je dgr radio kan nohas... ya... nk try dgr klik je link di entri.. hehehe

      Delete
  6. MA memang ngan Hots.FM je .. kalau x tu tukar2 ngan Fly.FM..kat opis & kat dalam kereta memang Hots.FM

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy lamaaaaa dh x dgr hot.fm... masa KJ mula² ada je dgr balik ri tu tu pun masa slot ada KJ je

      Delete
  7. pertama kali tahu tentang Catsfm. Diah memang akan pasang radio sambil buat kerja, enjoy.

    ReplyDelete
  8. lagi bertambah havoc laa yaa setiap pagi👍👍👍 kena laa pompuan... byk cakapnya😁

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dengar Era dalam keta..kat office dengar Suria Fm dan kat dalam keta pun sama..kalau Mak Pah or Pak Zain naik kereta tukar ke Negri.fm

    ReplyDelete
  10. Sama otw ke office akan dengar radio. Mrs. A selalu layan Pagi di sinar

    ReplyDelete
  11. Radio feveret saya dengan family, Suria dan IKIM. Kalau rasa nak dengar ilmu, saya buka IKIM. Kalau nak dengar lagu, buka Suria..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form