Cara Tebus Bantuan eMadani RM100 Menggunakan MAE

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.


Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program ini. Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program ini.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023; dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 pada jam 11:59 malam.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari 8.00 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna. Manakala pengunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.

Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:


Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE di telefon bimbit anda
Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!

Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.

Jom ikuti langkah-langkah bergambar untuk memohon dan menebus bantuan eMadani 2023!


Langkah 2 : Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama


Jangan lupa klik pada T&C tu ya.



Langkah 3 : Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’ jika semua maklumat telah diisi


Langkah 4 : Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!

Claim, jangan tak claim!!


6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sure jammed applikasi ...ramai claim start arini

    ReplyDelete
  2. dah apply pagi tadi dah but lum lulus lagi.. guna app T&G e-wallet je..

    ReplyDelete
  3. sy, memula igt nak apply guna mae. tp bla fikir balik bimbang terlajak boros nnt haaa... susah jg. so guna tng... biar dia dok diam situ. nk belanja kena cari kedai yg jooeh accept tng...😁

    ReplyDelete
  4. Akak dah apply dan tak sangka lulus..saje je cuba2 apply..hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form