Assalamualaikum... salam hari Isnin semua yang membaca di sini. Minggu ni minggu last anak-anak bersekolah untuk tahun 2023. Isnin minggu depan boleh la rileks sikit. Tak sabar pun ada jugak walaupun 3 Januari dah kembali lagi ke rutin asal. Boleh la kan rileks sekejap untuk recharge.
Pagi ni masa dalam kereta nak gerak ke sekolah Iman bebel-bebel dah sebab ramai klasmet dia tak hadir. Mentang-mentang dah minggu last sekolah, katanya. Hahaha.. biarlah mereka, Iman. Kita teruska je kehidupan kita seperti biasa.
Kisah hujung minggu ni, hari Sabtu, 3 hero Ayah Ibu ni join pertandingan hafazan sempena mini karnival perumahan kami. Lama jugak tak buat event macam ni sejak Covid hari tu. Dulu-dulu ada jugak join bukak booth jual produk Shaklee masa event ni tapi tahun ni macam tak cukup info pulak. Kalau tak, nak jugak join jual preloved item.
Info berkenaan pertandingan azan dan hafazan memang Ustaz dah war-warkan dalam grup whatsapp ngaji di masjid. Memang menggalakkan jugaklah penyertaannya kata Ayah.
Dalam pertandingan hafazan ni, peserta wajib memperdengarkan surah Al-Fatihah dan ada beberapa surah pilihan yang telah disenaraikan. Surah pilihan ni akan ditanya secara random. Antara 3 orang ni, Awan yang paling excited. Tapi dia give up dah habis hafal surah Al-Alaq. Surah yang dia tak hafal, itu lah yang dia dapat. Tak apalah Awan. Abang pulak memang bernasib baik dapat surah senang, celah gigi dia je surah-surah yang dia dapat, tambahan lagi kan baru je ujian hafazan UPKK. While Alan dia memang tak nak join sebenarnya tapi Ayah cakap siapa join Ayah nak belikan robux so dia join jugak. Dan dia dapat surah Al-Zalzalah, yang dia tak hafal. Dia tunduk je kata Ayah masa dapat surah tu. Hahaha.. Alan, Alan. Yang bagusnya Awan dan Alan suara mereka jelas kata Ayah, Abang pulak suara tak berapa jelas. Bak kata Awan, Abang nervous. Pandai je dia mengata Abang dia.
Suasana semasa di dalam masjid
Alan beraksi
Giliran Awan pulak
Dan Abang
Lepas je setel, Ayah bawak diorang balik terus. Memang takde harapan nak menang kata Ayah. Budak-budak SRITI memang lancar je hafazan diorang. Join ni pun bukan nak menang pun, sebab nak bagi pendedahan kat budak bertiga ni je. Tapi keputusannya diumumkan masa penutupan karnival pada hari Ahad. Pun tak sempat pergi sebab ada progress Kumon di centre. Tapi dah tau jugak keputusannya memang tak dapat nombor pun. Hehehe.
Kaum ibu dan bapa yang menemani anak-anak. Boeh nampak Alan dan ayahnya tak? Hehe
Walau tak menang tapi dapat pengalaman berharga, berani tampil di panggung itu luar biasa.
ReplyDeleteTakpe, pengalaman tu pun berharga. Nx time lebih mudah bg diorg mencuba sebab dah ada pengalaman kan...
ReplyDeleteTahniah mencuba 3A 👍
Bagus 3 heroes, dapat pendedahan dan pengalaman. Kalau menang tu bonus.
ReplyDelete