UPKK dan Apa Yang Anda Perlu Tahu

UPKK adalah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA. Bagi yang belum tahu, UPKK merupakan ujian bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ujian ini dilaksanakan ke atas semua pelajar Tahun 5 sekolah KAFA di seluruh Malaysia. 


Matlamat utama UPKK

Matlamat utama UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan penghayatan anak anak pelajar Tahun 5 dalam bidang pengajian Al Quran, Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiah), Jawi dan Khat dan juga Asas Lughatul Quran.


Subjek yang dinilai dalam penilaian UPKK

Terdapat 8 subjek yang akan dinilai dalam penilaian UPKK iaitu;


• Al Quran 
• Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah)
• Sirah
• Adab (Akhlak Islamiah) 
• Jawi Dan Khat 
• Asas Lughatul Quran 
• Penghayatan Cara Hidup Islam 
• Amali Solat


Subjek-subjek ni semua anak-anak belajar dari mereka KAFA di tahun 2 sehinggalah mereka di tahun 5. Kebanyakannya semuanya berkaitan dengan cara hidup kita seharian.

Alhamdulillah dari KAFA ni anak-anak konfiden jadi imam kepada adik-adik sendiri di rumah, macam Abang. Bila dia jadi imam, kami Ayah Ibu dengar je bacaan dia, alhamdulillah ok. Doa selepas solat walaupun tak ikut seperti apa yang Ayah buat, at least bacaan doa untuk ibu-bapa tu dia tetap baca. Bacaan al-quran pun ok, ustaz dia mengaji di masjid pun puji bacaaan al-quran Abang. Berkat didikan guru-guru KAFA di sekolah mereka.


Bentuk penilaian UPKK

Bentuk penilaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah melalui lisan, amali dan juga ujian bertulis yang merangkumi;

Lisan / Amali 

• Hafazan dan Tilawah Al Quran
• Amali Solat
• Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)

Bertulis 
 
• Jawi 
• Sirah 
• Adab 
• Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah)
• Lughatul Quran 

Untuk UPKK tahun 2023, setakat ini, selesai sudah part ujian dan amali. Hanya tunggu ujian bertulis je lagi pada bulan Januari 2025 nanti.






Untuk sekolah Abang dan Kakak, guru-guru KAFA sangat-sangat membantu. Nota tambahan pun banyak giler yang ustaz/ustazah bagi. Pengurusan tertinggi sekolah pun begitu juga, ia lah sekolah agama, mereka kena jaga prestasi dan pencapaian sekolah. Sekolah biasa KAFA 2 hari je seminggu, tapi sekolah Abang 3 kali seminggu. 

Macam Abang, hari Jumaat je tak stay back di sekolah. Hari Isnin-Khamis memang berbekallah setiap hari untuk makan tengah hari. Anak-anak saya sejenis yang tak suka makan dan beli makanan kantin. Isnin, Selasa, Khamis KAFA, hari Rabu pulak ko-kurikulum. Letih sangat budak-budak sekolah sekarang. Dah macam kita kerja jugak, hantar sekolah 6.30 pagi, balik pulak 5.00 petang. Itulah Abang, dia dah tak sabar nak ke sekolah menengah macam Kakak sebab dia jeles tengok Kakak tak perlu stayback di sekolah untuk KAFA. Takpe Bang, nanti darjah 6 nanti tak perlu dah KAFA.

Awan Alan pulak masih on off KAFA. Kadang-kadang pergi KAFA, kadang-kadang tak. Hihihi. Nanti tahap 2 nanti tak boleh ponteng dah.

Rak Lost & Found di sekolah Abang. Bila budak-budak berada di sekolah dari awal pagi sampailah ke petang, beginilah. Dah jadi macam rumah kedua dah sekolah. Tapi nasib baiklah Abang, Awan dan Alan jarang tertinggal barang di sekolah. Syukurlah mereka boleh menjaga barang-barang mereka sendiri. Selalunya lelaki ni kan mudah lupa. Hihihi.





5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Dsejah 6 x perlu KAFA, lupa la Dania dulu mcm mana..bagus adakan tempat lost and found tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. darjah 6 dah takde kafa sbb dulu kan ada upsr.. so sampai skrg upkk dinilai samapi tahun 5 je

      Delete
  2. Banyaknya botol tupperware... mak diorang tak jadi hijau ke 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak diorang dah redha dah tu.. x larat nak menghijau lagi.. haha

      Delete
  3. Alhamdulillah..bagus Abang, jadi contoh utk adik-adik...mmg bagus attend sekolah KAFA...kekdg ada soalan UPKK keluar di tiktok..mereka nak promote buku latihan KAFA......

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form