Tatacara Membaca Doa Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

Minggu ni sana-sini sekolah sibuk dengan minggu soladariti Palestine.  Setiap kali balik solat Jumaat saya akan tanya Abang, hari ni ada baca qunut nazilah tak? Ada katanya. Alhamdulillah. Selain tu, kita juga boleh praktis baca doa qunut nazilah ni masa solat fadhu berjemaah kan? Sama-sama kita mendoakan saudara-saudara dan anak-anak kecil di bumi Palestine.


Apa Itu Qunut Nazilah?

Qunut nazilah berasal dari kata Qunut (قنوت) membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat. Nazilah (نازلة) ertinya pula adalah musibah yang sangat berat.

Qunut nazilah adalah doa yang dilakukan dalam solat (sembahyang) yang bertujuan untuk memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT dari bencana, musibah, atau ujian yang menimpa umat Muslim atau masyarakat pada umumnya.

Ia biasanya dilakukan dengan cara mengangkat tangan di hadapan Allah SWT, seperti halnya dalam doa qunut pada solat subuh.

Doa ini biasanya dilakukan dalam solat berjamaah setelah rukuk kedua pada rakaat terakhir sebelum sujud.

Doa qunut nazilah dapat diucapkan secara bebas, dengan memohon perlindungan dan pertolongan Allah SWT dalam bahasa Arab atau bahasa ibunda masing-masing.

Isi dari doa ini boleh berbeza-beza bergantung pada situasi dan keadaan yang dialami oleh umat Muslim atau masyarakat pada saat itu.




 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hanya doa yg x putus yg kita mampu buat utk saudara2 kita di sana kan....Allahu..x terbayang oleh kita apa yg mereka lalui di sana... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. x dpt bayangkan kita di situasi mereka di sana

      Delete
  2. syukran berkongsi ilmu...doa senjata umat islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. hanya doa dr kita utk bantu mereka di sana

      Delete
  3. jom kita berdoa...solidariti for Palestine!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form