Selesai Ujian Lisan UPKK - 20/11/23

Alhamdulillah selesai sudah Ujian Lisan (Al-Quran) UPKK Abang semalam. Abang calon hari pertama, calon ke-10, bilik no 6. Petang ni Abang dah tak perlu ke sekolah dah sebab dah selesai ujiannya. Syok jugak setel awal bila dapat turn hari pertama.

Soalan pertama Ibu tanya semalam masa Abang masuk dalam kereta, ok tak bang? Boleh jawab?

"1 jak sik dapat jawab Bu. Kamek rasa yang lain semua betul ya", jawab Abang dengan konfidennya.

Anak aku ni tahap konfiden memang melangit. Iya lah nak. Redha je lah dengan keputusannya. Ujian lisan PCHI hari tu pun dia cakap dia boleh jawab semua. Nanti ujian bertulis pulak ya, bulan 1 nanti.

Anak lelaki ni memang tak sama dengan anak perempuan. Abang ni berkali-kali kita suruh dia belajar dan menghafaz untuk UPKK ni. Kalau kakaknya dulu, tak payah suruh, dia jalan je terus belajar sendiri.

Tapi bagusnya si Abang ni, dia cakap ustazah pernah bagitau, dia cepat menghafaz. Tapi memang tak dinafikan, sekejap je kita bagitau suruh hafaz surah, boleh je dia. Begitulah kan anak-anak. Pace mereka lain-lain. Tambah-tambah lagi bila anak berlainan jantina memang mudah kita kenalpasti perbezaan mereka, terutamanya cara mereka belajar.

Anak-anak korang pulak macam mana? 


Encik Suami cakap Abang kopipes Ibu. Tapi Alan lagilah Ctrl-C, Ctrl-V perangai Ibu sekali. Haha!

 

23 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kahkah.. ctrl-c, ctrl-v
    Mentang2 ibu master in Excel!

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah Abang Alan sudah selesai, lega ya bang 😊

    ReplyDelete
  3. Oh ujian UPKK....ingat masa anak nak ujian dulu dulu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. dulu² dah ada upkk tp zaman ibu x ada.. hehehe

      Delete
  4. Semoga abang berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, selesai dah ye. Semoga Abang lulus dengan cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum selesai lg Nur... bln 1 nnt ada ujian bertulis pulak.. hehehe

      Delete
  6. Betul tu. Memang ada beza cara belajar anak lelaki dan perempuan. Jadi.. kita layan je rentak mereka.

    Syukur alhamdulillah yr son dah abis exam. Mak dah boleh tido lena. Kalau tak kena jadi "Alarm" (itu kalau saya lah).

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah... mmg jenuh sikit nk jaga yg lelaki ni bila part study.. hehehe... blom habis lg upkk ni.. skrg boleh la berehat sebulan nnt bln 1 ada ujian bertulis pulak

      Delete
  7. sama dengan anak linda yang sulung lah...dia baru lepas ptg tadi...dia cakap boleh jawab, tp bila tnya balik apa yang ustzah tanya..dia kabo, dia dah tak igt...anak ooo anak...x taw lah, doakan yang terbaik jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga anak linda berjaya dgn cemerlang... budak² laki ni biasalah... anak sy dia ingat soalan yg dia x ingat tu je

      Delete
  8. Well done Abang 👍
    Biasanya utk UPKK bahagian lisan/amali ni A dlm tangan kata orang. Insha Allah 8A ye Abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... amali solat dlu alhamdulillah, hafazan pun smooth je... cuma hafazan al-quran ni agak neves sebab mmg mcm ujian lisan spm je... sampai semua kelas kafa ditangguhkan utk memberi laluan ujian hafazan al-quran ni... dlu kakaknya online lagi... dr pg sampai ptg tgu giliran ustaz panggil utk vc.. hehehe

      Delete
  9. semoga berjaya kelak..anak lelaki kurang belajar tapi dapat result bagus tapi anak perempuan rajin belajar tapi dapat result lagi bagus hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah... beza kakak dgn abg tok.. abg tok masih byk gilak main.. hrp kelak dh masuk sekolah menengah nya dh jumpa rentaknya dirik pun

      Delete
  10. Anak saya belum sampai umur lagi untuk ambil ujian UPKK ni, saya pun zero nak ajar apa. Kasi cadangan sikit kakmim apa topik nak kena ajar?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, bagus ada tahap confident yg tinggi. Semoga cemerlang dalam UPKK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya mun over confident tok.. haha.. kmk redha jak janji sidak tauk perkara-perkara wajib yg sidak perlu tauk dalam fardhu ain

      Delete
  12. Betul Mbak ada banyak perbedaan antara anak lelaki dengan perempuan.
    Buat Abang, sukses dengan hasil baik dengan ujian UPKK-nya yaaa

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form