Pengalaman Naik KL Hop-On Hop-Off Part 2

Kali ni nak tempek gambar hari ke-2 kami ronda-ronda KL naik bas HOHO. Kenapa ada hari ke-2? Sebab tiket ni kita boleh claim dalam masa 24 jam. Hari sebelumnya kami naik 12 tengah hari so belum cukup lagi 24 jam, so kami plan ronda sekali lagi.  

Baca juga: Pengalaman Naik KL Hop-On Hop-Off Part 1

Pagi-pagi dah keluar meronda, orang pun masih tak ramai lagi, kedai pun banyak tak bukak jugak.

Jarang ronda-ronda area sini.

Kami yang setia menunggu ketibaan bas HOHO. Mall di belakang pun tak bukak lagi. Hihihi.

Penumpang bas HOHO terawal ni, masuk je dalam bas terus naik atas. Cuaca pun tak panas lagi.

Area yang jarang lalu.

KL begitulah kan? Tapi best view dari atas bas.

Masa ni bas berhenti di Muzium Negara.

Tak masuk pun, dulu pernah bawak #theIMANs masuk sini.

Kami-kami je di tingkat atas bas HOHO. Bas ini kami yang punya!! Yahooo!! 

Tengok apa tu cik abang? 

Ini rupanya HQ PAS. 

Oh, di sini rupanya HKL. Bas lalu je, kami seronok cuci mata.

IJN.. first time nampak di depan mata. Actually video masa naik bas HOHO ni pun banyak saya ambik tapi nak editnya entah bila. 

Abang sampai tertidur-tidur di tingkat atas bas HOHO. Lena dibuai angin pagi.

Syok tau ambik gambar dari atas bas HOHO ni. Tambah-tambah lagi takde orang, memang sakanlah ambik gambar.

Eh eh dah sampai ke? Kami anak-beranak stop di destinasi kami, mak bapak dan adik-adik meneruskan destinasi mereka pulak. Bye bye!!

Destinasi kami yang ditinggal bas HOHO. KLCC!! Ada budak tu nak pergi PetroSains. Pegi KLCC je mesti nak masuk PetroSains. 

Makan di food court KLCC yang berlatarbelakangkan fountain. Nice view sangat sambil makan nasi kandar dan maggie goreng. Budak-budak ni lain pulak requestnya, makan maggie goreng pulak. Bila dah order maggie goreng mamak tu, kita order sekali lah nasi kandar.

Diorang cakap maggi goreng kat KL sedap. Mestilah sedap, maggie goreng mamak memang tak boleh lawan. Haha.

Tak ingat pulak Iman order apa, Fuel Shack kot.

Sebab kedainya ada nama Iman, saya paksa dia ambik gambar depan kedai tu. Hahaha!


Ada lagi ke update lepas ni? Tengoklah kalau saya rajin nak korek-korek gambar lagi. Hihihi.

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hahahha org KL pun x pernah naik lg bas ni.. asyik tergendala je bila ntah nak layan bas xde bumbung ni... hehehe enjoy view... x lalu opis kita ke :p

    ReplyDelete
  2. Iman boleh claim royalty pada nama tu! hahahaha

    ReplyDelete
  3. semlm masa MZ otw pergi pavillion, ternampak bas ni kat Jln Sultan Ismail hehehe

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah Kakmim sewa satu bas haha...
    Maggi Goreng juga pilihan anak² ye, sama je dgn anak² PH. Padahal mulut kata maggi goreng lagi sedap haha...

    ReplyDelete
  5. Boleh juak saya pasang impian untuk naik Bas HOHO ini..mun polah di kuching alu kosong jak kedak bas hidogen kinek

    ReplyDelete
  6. Naik bus HOHO ini memang paling asyik PAgi2 sekali atau sore. Jadi cuaca masih sejuk 😄. Dulu naik bus HOHO di US tapi sedang winter. Jadi siang pun tak berasa panasnya. Di JKT juga ada, tapi saya tak pernah naik, Krn panas 😁😅.

    ReplyDelete
  7. Bestnya jalan naik bassssss....kalau Cuya pon nak singgah petrosains selalu...seronok!

    ReplyDelete
  8. Sepertinya nyaman banget duduk di atas dengan angin sepoy. Itu sampai tertidur pulas...

    Di Bandung sepertinya ada semacam bus HOHO ini, namanya BANDROS, untuk wisata keliling kota Bandung. Tapi saya belm pernah mencobanya...

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form