Tahun 2022 saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta. Nak share di blog tapi sampai sekarang tak juga tershare. Malas sungguh kala itu. Tapi pakej yang disediakan seperti di bawah:
Pakej atas ni ketika saya buat pemeriksaan kesihatan untuk tahun 2022 di Klinik Dr Asri, area Petra Jaya. Untuk tahun 2023 pula, baru-baru ini saya telah cuba menyertai program National Health Screening Iniciative (NHSI) di klinik kesihatan kerajaan.
Apa yang dapat saya bandingkan fasiliti kerajaan vs swasta?
- Masa menunggu - langsung tiada. Di swasta, sampai saja di klinik terus staf akan suruh ke toilet untuk ambil sampel air kencing, kemudian buat ECG dan ambil darah. Selesai urusan di klinik, kami terus terus ke hospital swasta yang telah diassign untuk buat chest x-ray
- Kos tinggi - saya ambil pakej platinum, sekali dengan ECG, chest x-ray dan cancer marker. Tapi bagi saya pakej Klinik Dr Asri ni dah cukup murah dan mampu milik. Lagipun kita boleh refund kalau declare masa isi income tax tahunan tu kan? So takdelah rugi, lagipun untuk kesihatan kita jugak.
- Mudah - temujanji dibuat melalui whatsapp sahaja. Result keluar pun staf akan inform melalui whatsapp dan kita boleh datang untuk review dengan doktor mengikut masa kita sendiri.
Apapun, bagi yang rasa berat sangat nak mengeluarkan duit untuk pemeriksaan kesihatan, ya lah zaman sekarang ni ada banyak lagi perkara yang perlu kita utamakan, tapi jangan lupa kesihatan kita pun penting jugak. So saya cadangkan kita laburkan sedikit masa emas kita untuk buat pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan. Hanya perlu bayar RM 2 sahaja untuk 3 kali perjumpaan. Ok lah tu kan? Pemeriksaan kesihatan ni perlu dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau dah terkantoi di mana-mana tu barulah 6 bulan sekali atau ikut plan doktor. Tapi kalau rasa nak cepat, ongkos pun ada on saja di klinik swasta. Cepat dan mudah.
Kesimpulannya, saya dah try buat pemeriksaan kesihatan di fasiliti kerajaan dan juga swasta. Bagi saya 2-2 ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Terpulang pada kita sendiri nak memilih, tepuk dada, tanya selera, tanya poketnya juga. Hehehe.
Tapi kalau orang tua macam bapak saya, dia memang prefer ke klinik kerajaan. Dulu masa masih bekerja dia memang akan ke klinik panel kalau nak buat check up atau tak sihat tapi bila dah bersara, dia kata kerajaan dah bagi 'keistimewaan' kan? Pakai je lah, buat apa nak ke klinik bayar. Ya, klinik bayar katanya klinik swasta tu. Hehehe. Begitulah ayahanda ku.
kat mana2 pun ok asalkan buat, esp utk those yg umur dh above 40...MZ buat kat swasta jer..blood screening tu MZ buat every 6 month sbb kolesterol tak berapa ok ni tp tak mau start mkn ubat lagi, just jaga mkn jer dulu
ReplyDeleteSaya memang plan nak buat check up jugak akhir tahun ni tapi belum riki lagi klinik mana nak pergi. Bila dah nak menjengah ke umur 40-an ni terasa memang kewajipanlah buat medical check up, dulu buat pun sebab nak daftar U je kan..huhu
ReplyDeleteAmalkan gaya hidup sihat. Lakukan pemeriksaan sekurangt-kurangnya setahun sekali. Mudah-mudahan saya akan terus istiqamah melakukannya.
ReplyDeleteSetuju...kerajaan @ swasta memasing ada kelebihan..
ReplyDeleteKalau ada bajet lebih pi swasta sebab layanan mesra( padahal depa dah charge kanðŸ¤)
Tapi klinik/hospital kerajaan juga sekarang dah mesra pelanggan
Saya check di hospital kerajaan je. Jumpa doktor, 6 bulan sekali, bayar RM5 sahaja. Ubat pun percuma. Alhamdulillah.
ReplyDeleteKalau yang berwang memang yang swastalah jadi pilihan sebab banyak kelebihannya
ReplyDeleteKalau sik mok buang masa beratur, pegi klinik swasta. Kalau mok murah, klinik kerajaan. Dua2 sama jak cuma dari segi masa jak yg membezakan 😅
ReplyDeleteJika banyak masa dan santai-santai jak...sik salah pergi klinik kerajaan yang penting ada pemeriksaan kesihatan
ReplyDeleteMuraaah sangat mcu di Malaysia ini ❤️. Itulah kenapa saya selalu pilih mcu di Malaysia drpd Indonesia. Mahaalnya gila kalo di sini kak. Full pemeriksaan itu bisa Rp6 juta atau Rm1800 . Hasilnya kluar 3-5 hari kemudian 🤣🤣🤣🤣. Banyak sangat ambil duit.
ReplyDeleteTapi di Malaysia, rp6 juta itu saya bisa pakai utk beli tiket PP ke sana, dan hotel, dan MCU. Hasilnya pun cepat.
jujur sy suka KKM banding swasta. walaupun kena tunggu lama tapi disebabkan bayaran murah... that's ok. lagi 1 senang dpt MC🤣🤣🤣🤣siap offer lagi. kt swasta mcm nk jawab exam soalan dia bagi kenapa nak MC🤣🤣🤣🤣
ReplyDeletelg 1lokasi KKM lg dkt dgn rumah. swasta kat bandar baru ada...
tahun ini pun baru 1st time sy buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta... pilih swasta sbb nak lagi cepat since husband busy..
ReplyDelete