Semalam adik bongsu saya konvo di UITM Shah Alam. Mak dengan bapak jer pergi sebab tiket flight mahal. Dulu masa konvo diploma di Kota Samarahan di sini pun akak-akaknya ni tak pergi. Nasib baik takde drama kecik hati. Al-maklumlah konvo dia je, orang tak pergi. Hihi.
Si bongsu ni sebenarnya nak sambung master. Saya dah bagitau dah hari tu terus je lah sambung bila habis degree, tapi tak tau pulak kenapa tak jadi. Saya syak dia ni sebenarnya tak puas belajar di kampus, iyalah zaman diploma dulu memang sepenuhnya belajar online. Bila sambung degree pun masih online, cuma 2 bulan terakhir di final sem je hadir kuliah bersemuka di Shah Alam. Kesian kan student zaman Covid dulu.
Kalau semalam majlis konvo si bongsu, hujung bulan 10 yang lepas pulak konvo adik saya no-4, yang report duty di sekolah P3 di Kapit tahun lepas. Sedar tak sedar, dah setahun berlalu dan habis jugaklah diploma pendidikannya, yakni syarat untuk dikekalkan dalam perkhidmatan. Adik saya ni masih bertaraf kontrak, selepas tamat diploma pendidikan baru ada temuduga pengesahan jawatan rasanya. Tapi macam belum ada bunyi lagi bila nak interviunya.
Hujung bulan lepas semua pergi Putrajaya untuk konvo cikgu keluarga kami ni. IPG buat majlis konvo di PCC, semua IPG seluruh Malaysia berkumpul di PCC. Cuma saya dan adik no 2 je (Mak Aydin) yang tak pergi. Susah jugak nak pergi bila time sekolah ni. Banyak kelas ponteng karang. Nak pergi sekejap je macam membazir pulak. So fair jugak kan, 2-2 majlis konvo kami tak pergi.
Tak sampai sebulan, mak dan bapak hadir 2 konvo anak-anaknya. Alhamdulillah. Kakak-kakak ni bila pulak nak pakai topi segiempat lagi ni. Tipulah tak teringin kan? Kalau dulu lain, muda trang tang tang lagi tapi sekarang kalau konvo lagi mesti meriah dengan anak-anak pulak. Mesti best kan?
Tags
Family
Cantiknya nama-nama adik KM, semua bermula huruf M & F
ReplyDeleteya kak.. semua kami 6 beradik nama MF.. hehe
DeleteTahniah, buat adik Mim. Ni sama. ngan anak kita la, tak puas belajar di kampus masa diploma, so skrg dia balas dendam 😆.
ReplyDeleteterima kasih bg pihak adik².. itu lah 3 tahun online kan mmg mcm x study je tetiba dah habis, dah konvo.. baguslah sambung terus sementara masih lagi rasa dahagakan ilmu
DeleteTahniah!
ReplyDeleteSejuk hati ibu ayah tengok anak² dah berjaya kan ... alhamdulillah 🤲
alhamdulilllah.. walaupun mak dan bapak x pernah belajar di u tp masuk dewan konvo dah berbelas kali dah.. hehehe
DeleteTahniah! Skrg dah masuk musim2 konvo.. adik sy pun nak konvo bulan 12 nie... baru dapat balik itupun balik sorg saja sbb tiket flight mahal ke sabah huhu... Cian budak2 yg belajar masa covid nie.. adik sy pun belajar on9 saja.. Again congratulations!
ReplyDeleteterima kasih nurul.. itulah kalau uitm shah alam ni sampai 30 nov ni baru habis.. hehehe... tahniah jugak buat adik nurul ya
DeleteAlhamdulillah...moga sidak terus sukses dan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan ini...seronok juak nangga big famili hehehe
ReplyDeletealhamdulillah... mun semua dh kawen dan beranak-pinak agiklah rindok hati nk ooo
DeleteTeringat kenangan belajar dan convo di UiTM..rindu pulak zaman belajar dulu. Tapi kesian betul kat adik banyak belajar online, mesti bosan time tu sebab takde sangat kenangan uni life..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah buat kedua-duanya. Sedap betul namanya. Itulah kan, study online ni kurang best. Bersemuka juga yang bestnya pergi kelas.
ReplyDelete