Jadi Mak-Mak Kenalah Kreatif Inovatif di Dapur

Ini cerita beberapa minggu yang lepas di hari minggu. Selalunya kalau hari Sabtu kami dah keluar, hari minggu kami akan stay di rumah untuk kemas-kemas apa yang patut. Dan kalau hari Sabtu tak keluar, hari minggu pulak kami akan keluar. Selalunya keluar untuk lunch dan beli apa-apa yang patut untuk persediaan ke sekolah pada minggu yang baharu pulak. Begitulah.

Sambal Tumis Kering Ayam, Tempe dan Kentang & Sawi Tumis Belacan Campur Putik Jagung. Ini kisah mak-mak yang terpaksa berfikir di luar kotak bila bahan basah limited di rumah. Hahaha.

Biasalah 2 lauk wajib, protein & sayur. Masa ni sebenarnya kami belum top up stok ayam lagi. Ayam pun tak banyak dalam peti. Ayam segar selalunya Encik Suami akan beli untuk stok seminggu je sebab kalau simpan lama-lama macam tak best pulak. Kebetulan pulak ada sebungkus tempe dalam peti sejuk. Apa lagi kita rojakkkan saja ayam, tempe dan juga kentang. 

Ini jer isi ayam yang tinggal. Tak apalah, bila rezeki berkat, cukup jer untuk 6 beranak makan. Selalu je saya perati, walaupun lauk sikit, alhamdulillah semuanya berselera makan dan ajaibnya, cukup je untuk semua!

Senang jer nak menyambalkan 3 bahan protein utama tadi. Ini jer yang perlu, cili siam, bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Blend jer semua.

Jangan lupa serai yang diketuk. Ini penting untuk aroma yang menyelerakan.

Jadilah..  sambal tumis kering - ayam goreng, kentang wedges dan tempe. Semuanya digoreng dahulu sebelum dihumban ke dalam sambal.

Dan tidak lupa sayur sawi tumis belacan campur putik jagung. Saya suka sayur yang dicampur putik jagung sebab aromanya manis wangi... tapi nak putik jagung yang fresh ya, bukan yang tin. Dan kena lebihkan kuah sebab sambal ayam tadi dah kering. Alhamdulillah, syukur lauk simple macam ni pun sedap.





 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. 1 lauk 1 sayur dan nasi. Complete dah tu.
    Macam anak-anak akak juga, makan nak kena ada kuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... makan nasi ayam pun banjir dgn sup nasiknya.. skrg pulak trend nasi dibanjiri sambal cili nasi ayam

      Delete
  2. Cukup sehatlah ada protein, vitamin dan karbohidrat juga

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama..:)

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya saya setuju la kalau rezeki berkat ni. Nampak sedikit tapi sebenarnya kenyang je bila keluarga makan. Ajaibnya keberkatan tu kan...

    ReplyDelete
  5. Selalu, macam tu la ye, kat rumah saya pun sama. Masak sikit, berebut, habis. Masak banyak, tak habis. Idea bagus tu, ayam, kentang dan tempe goreng, campur sekali. Macam sambal jawa pun ada. Sedap!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form