Pergi KLCC mesti ada request nak masuk Petrosains. Alan dan Awan ni lah. Dari kecik sampailah ke besar suka nak masuk sini. Ayah Ibu layan je lah, bukannya selalu. Lagipun banyak ilmu yang diorang boleh dapat di Petrosains ni.
Oleh sebab kami dah survey hari sebelum tu, makanya kami masuk awal di Petrosains untuk mengelakkan kesesakan sebab cuti sekolah. Dah naik bas HOHO di awal pagi, so bila berhenti di KLCC pun hari masih awal. Memang cun sangatlah timing kami masa tu.
Admission rates masuk ke Petrosains.
Pergi KLCC sebab nak masuk sini je.
Ada jugaklah benda yang baharu yang tiada pada sebelum ni.
6/6 hadir
Kat area sini memang kena cepat sebelum orang lain nak lalu nak naik atas pelantar tu.
Atas pelantar minyak
Ada kuiz kat atas ni. Syok Awan jawab kuiz.
Kakak tengok je sambil bantu Awan jawab kuiz.
Macam biasalah video memang ada ambik tapi nak edit malas. Video tengok dalam tv je lah ramai-ramai. Diorang ni memang suka tengok video mereka sendiri sesambil bersembang adik-beradik.
Ni area F1
Sini Ayah je boleh main, sanggup tu Ayah beratur jugak nak try.
Aktiviti yang paling Abang, Awan dan Alan suka. Brain activity!
Siap lawan dengan orang lain, sebab asik menang je. Alan lah power part ni. Memang fokus dia tinggi!
Mintak rest sekejap makan snek di cafe. Diorang tak penat lagi ni, Ayah Ibu yang penat mengekor dan mengambil gambar. Hahaha.
Sanggup jugak queue nak tengok filem 3D. Nasib tak lama tunggu giliran kami.
Saja ambik gambar.
Nak jugak gambar berdua.
'Ubat nyamuk' dah datang dah.
Aktiviti yang dari keck sampai besar tak jemu-jemu buat. Tak best la sebab ramai yang tunggu queue, Ibu pulak tak puas tengok diorang bertiga 'korek' pasir tu.
Alan try jadi angkasawan, tapi tak jadi.
Ayah cakap kena pose macam ni.
Area dinosaur.
Rasanya dulu macam tak pernah masuk ataupun memang tak ada sebelum ni. Best ada jambatan gantung.
Macam manalah diorang maintain tempat ni.
Last but not least, pose wajib bila di Petrosains. Mesti nak bergambar dengan background molekul-molekul ni.
Tempat ni paling baik untuk budak2... banyak ilmu akan dikutip
ReplyDeleteOhhh tempat ini mengingatkan saya dengan science museum di Penang kak ❤️. Tapi yg petrosains ini saya blm pernah masuk.
ReplyDeleteMenariiik. Ini anak2' saya pasti suka. Yg brain activity itu ada juga di Penang, dan saya kalah menggerakkan bolanya dari suami. 😂.
Ala rindunya nak ke petrosains.... Cuya selalu teruja nak pergi tempat2 mcm ni.. heheh
ReplyDeleteKapal korek pasir tu manjang ramai budak2 nak naik.
ReplyDeleterasanya my zharfan pernah masuk sini tp dtg dgn rombongan sek...myself errr kurang minat la plak tmpt2 gini hahahah tp pernah jer bwk my boys pegi pusat sains negara, lebih kurang petrosains jugaklah aktiviti2 dlm tu
ReplyDelete