Cempedak Goreng

Hari Jumaat semua balik awal. Walaupun keluar awal dari ofis tetap jugak sampai lambat di rumah sebab hari Jumaat hari jem di sekolah kakak Iman. Tak taulah kenapa hari Jumaat kereta banyak berbanding hari Isnin sampai Khamis. Belum lagi queue nak keluar roundabout, dah tak tau nak guna jalan mana dah bila hari Jumaat. 

Sebelum sampai di rumah, jem lagi sebab ada masjid di depan lorong rumah kami. Orang dah sibuk ke masjid untuk solat Jumaat, saya dan Iman baru terkedek-kedek sampai rumah. Begitulah hari Jumaat. Jalan jem sana-sini. Tapi tak adalah jem sampai tak bergerak, cuma kenderaan banyak menyebabkan perjalanan tak berapa lancar, slow gitu.

Tengah hari tadi sampai saja di rumah Encik Suami bagitau dia ada beli buah cempedak. 2 biji pulak tu. Faham-faham je lah kan kalau dah beli, kenalah goreng. 

Check stok tepung, masih ada sikit tepung gandum, tepung beras banyak lagi, baru bukak bungkusan baharu. Kuantiti tepung gandum mestilah lagi banyak daripada tepung beras. Kemudian letak tepung kunyit sikit, garam sikit, campur air, gaul-gaul rata, jangan terlalu pekat, jangan pulak terlalu cair. Tadaaa! Jadilah untuk dijadikan bancuhan tepung untuk goreng cempedak. Manis cempedaknya. Semerbak bau wangi cempedak bila dibuka. Pung pang pung pang ala kazam... jadilah cempedak goreng. 


Banyak isi ulas cempedaknya. Sebiji cempedak Encik Suami kata dia beli RM5 sebab dia taknak ambik risiko beli yang 3 biji RM10. Kalau di kedai tepi jalan atau di pasar malam, orang jual 4 ulas RM2. Kalau dilihatkan cempedak goreng yang dah siap, memang lebih RM5 dah kalau beli dari kedai/pasar malam. Banyak! Dan besar pulak tu ulasnya. Puas hati banyak.

Ada sebijik lagi ni weh. Yang goreng tengah hari tadi pun tak habis lagi. Huhuhu!

 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Esok saya nak cari cempedak goreng 🤣😄. Agak susah kalo cempedak goreng, tak banyak yg jual. Jauh pula dari rumah saya. Tapi memang sedap ini. Gorengan favorit saya setelah keropok lekor 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny nmpk serasi sgt mknn di malaysia kan? Mst syok bangat masa jd student di sini

      Delete
  2. Jarang ada cempedak goreng di sini,kalau buahnya ada yg jualan, sambil ngopi atau ngeteh cocok banget ni👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh iya? kena goreng sendiri lah tu... hehehe

      Delete
  3. cempedak goreng tu fav my hubby ;) selalu lah jugak beli tp of course sgt mahal...beberapa ulas jer RM10! MZ tak reti/tak pernah lah buat/masak cempedak goreng ni heheheh setakat goreng pisang tu reti la

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli mmg mahal... sini pun sama... beli cempedak goreng sendiri lagi puas hati... hihi

      Delete
  4. Murah tu 3 biji rm10..kt sini jual ikut berat..kena timbang...puas makan cempedak goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. di kuching ni masih jual longgok macam ni.. durian pun sama... xde jual durian timbang kat sini

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Murahnya sebiji RM5... alhamdulillah isinya pun sedap dan banyak.
    Sini ikut kilo Kakmim...masa peak hari tu sekilo RM8 - 10 yg saya jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalnya sekilo rm8-10... syukurlah sini durian pun tak ada org jual timbang.. lagi puas beli cempedak goreng sendiri dpd beli yang dah siap goreng

      Delete
  7. Uish.. murahnya jual biji kat sana, sini timbang kilo.
    Beli yang siap goreng kadang geram je bila tepung banyak, kemudian isi tak manis atau keras lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. luar dari kch ada jugak yg timbang kilo kak... mcm di mukah mmeber cakap nak makan beli je lah sampai berbelas ringgit sebijik.. tp di kuching ni masih ada lagi yang jual 3 biji rm10

      Delete
  8. cempedak goreng masa zaman kanak kanak dulu memang murah dan banyak sekarang dah harga ikan sardin ayam brand dah haha...sebiji dah boleh capai RM2..baik buat kat rumah sendiri macam kakak...jangan lupa makan biji sekali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. dah rendam bijinya untuk direbus... sedap bijinya lemak² gitu

      Delete
  9. Saya pun selalu beli je buah cempedak dan goreng sendiri kat rumah, boleh makan banyak mana nak. Tapi saya selalu guna tepung beras untuk bancuh acuan sebab nak rasa crispy tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... makan sampai nk muntah.. haha... ya saya campur tepung beras dlm adunan tepung gandum

      Delete
  10. musim cempedak kalini tkde merasa lg....sedap tu...ingt dlu arwah FIL bw blk dr kebun smp 3 baldi...puas mkn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form