Alkisah Teman Tapi Mesra

Alhamdulillah pagi ni banyak blog yang saya dah masuk, baca dan tinggalkan jejak. Lama jugak rasanya tak buat BW. Rasa bersalah pun ada sebab masih jugak sahabat blogger yang masuk ke sini, baca dan tinggalkan jejak tapi saya belum lagi buat kunjungan balas. Ada jugak saya dah masuk dan baca guna phone tapi tak terkomen sebab kekadang terus tertidur. Itulah siapa yang suruh main phone sebelum tidur kan.

Pagi ni bila direzekikan masa untuk 'bersosial' di blogsphere ni, saya sempat jugak add link blog-blog yang saya baru jejak. Bila scroll punya scroll link blogger lama-lama dulu, tetiba terasa nak klik blog 'seseorang'. 

Seseorang yang saya kenal dari zaman IRC. Seseorang yang mula-mula call saya dengan suara terketar-ketar sampailah kami jadi teman tapi mesra. Bukanlah bercouple tapi sejenis yang suka share apa saja  dari kami matrix sehinggalah zaman degree. 

Seseorang ni memang pernah meluahkan level 'kesukaan'nya kepada saya, cuma saya lebih suka kami berteman saja, teman tapi mesra. 

Selingan - Kebetulan pulak pagi tadi masa on the way hantar Iman ke sekolah, kami dengar lagu Teman Tapi Mesra dari Youtube. Saya memang suka share favourite saya masa muda-muda dulu dengan Iman. Sebab tu ada lagu lama-lama yang bukan zaman Iman, tapi dia suka jugak sebab saya yang jadi introducer. 

Berbalik kepada cerita 'seseorang', dia pernah bagitau dulu dia ada suka sorang girl ni. Saya ingat lagi namanya Azura. Tapi saya tak taulah berjaya ke tak dia tekel Azura ni sebab lepas tu tak ada lagi cerita pasal Azura. Masa zaman lepas habis belajar, saya pun bekerja di company berhampiran area rumah 'seseorang' ni. Seseorang ni pun selalu jugaklah lepak jumpa saya masa lunch. Masa ni, dia bagitau dia couple dengan sorang girl yang lain, Dayang (bukan Azura ya). Dan lepas tu saya tak tau kesudahannya sebab kami pun lost contact bila saya bertukar kerja.

Pernah jugaklah saya terjumpa posting mutual friend kepada 'seseorang' ni di FB tahun lepas, dia dah di kemuncak kerjaya rupanya. Syukurlah, tapi terkilan jugak la sikit, iya lah dah tak ingat member pulak. Jadi macam tak pernah kenal pulak dah. Dan baru sekejap tadi bila baca blognya yang lama, rupanya dia bukan kahwin dengan Azura! Saya mati-matilah ingat dia bersama Azura akhirnya, sebab yang girl Dayang tu saya dapat rasakan dia macam tak serius tapi tak sangka pulak rupanya jodohnya dengan perempuan lain pulak.

Begitulah kisahnya 'seseorang itu'. Banyaknya kenangan dengan 'seseorang itu' sebabnya dia dedikasikan 1 album Westlife untuk saya. Ya, sebab kami sama-sama peminat Westlife masa tu.  Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Dengar lagu Westlife, teringatlah memori persahabatan bersama 'seseorang itu.'

Kaset yang selalu rewind dan rewind masa zaman U.. zaman Sony Walkman 1999-2003

Nota Kakmim: Buat 'seseorang' itu, ne tauk tetiba kitak pandei terbaca blog tok, kamek just nak madah kamek appreciate gilak persahabatan kita dolok-dolok. Kitak bait bah. Semoga Allah permudahkan urusan kitak dan famili kitak. Berpuluh tahun rasanya dah sik jumpa kan? 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga yang baik- baik aje untuk teman tapi mesra itu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah dia baik² saja tu.. dah x contact dah.. bkn teman lg dah kot.. org dh xnak kawan dgn kita.. hahaha

      Delete
  2. Manisnya kenangan... Sy pun jadik teringat pulak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali teringat kak.. haha.. suka jugak cerita dgn encik suami kawan² zaman dulu² ni

      Delete
  3. wahhhh bagusnya ada TTM (teman tapi mesra) tuuuu

    ReplyDelete
  4. Saya pun lama tak BW. Harini baru sempat menjengah kak mim sekejap :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. Sha pun minat juga Westlife ini masa zaman sekolah.. Rajin dengar sambil buat kerja rumah.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. Westlife, NSync, Britney Spears...ini semualah lagu yg buat kita anak-anak dara ni yg duduk menyewa masa kat U melalak-lalak nyanyi mcm rumah sebelah tu tak ada orang. Ishhhh

    ReplyDelete
  7. Wah, ada kenangan dengan geng blogger. Kita start blog pun baru berapa tahun, jadi tak banyak kenangan lagi lah kecuali kenangan tatabahasa dengan ejaan yang kelaut dalam je bila baca balik

    ReplyDelete
  8. Mungkin suatu hari KM dapat jumpa TTM tu dan semoga persahabatan yang terputus akan kembali terjalin dalam keadaan yang berbeza.

    ReplyDelete
  9. Terkadang kalo denger suatu lagu, memang jadi teringat memori lama ya kak 😄. Sayapun banyak lagi yg buat saya ingat dengan Orang2 terdekat saya dulu. Tapi skr dah tak kontak laah. Saling menjaga juga keluarga masing2 😄.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form