Setelah Berpuasa 12 Jam

Kisah ambil darah untuk pemeriksaan kesihatan di bawah program NHSI di Klinik Kesihatan Petra Jaya. Mula berpuasa pada jam 9.30 malam dah. Sampai di klinik pulak jam 7.00 pagi. Sebelum jam 8.00 pagi saya dah dapat nombor untuk ambil darah di makmal.

Nombor bertuah saya pada hari tu.

Adalah 30 minit menunggu nombor dipanggil. Selesai disedut darah 5 ml, saya terus ke area Satok. Plannya nak breakfast dengan Encik Suami, sebab kami memang dah pakat untuk ambil cuti rehat tapi tetiba dia kena panggil untuk meeting pulak di ofis. Hmm.. tak apalah. Demi kelangsungan hidup setelah berpuasa 9 jam saya terus ke kedai Mee Kolok Sepinang Sari. Apalagi order mee kolok tendon, mee lebih ya. Hahaha. Adik ambik order tanya jugak, abang tak ada? Tak, sorang je. Hehehe.

Sorang pun boleh. Fokus je makan. Bila habis je semangkuk mee kolok, toleh kiri kanan, ramai pulak orang yang dikenal. "Eh, kenapa tak perasan ye tadi? Kalau tak boleh duduk semeja", kata mereka. Hahaha. Semua tegur macam tu. Masa saya sampai memang tak ada muka-muka yang saya kenal. Mungkin masa saya dah kusyuk tunduk makan mereka masuk itu yang saya dan mereka tak perasan.

Rezeki hari tu, makan pun orang dah bayar. Kalau ke sini selalu je murah rezeki, selalu je orang yang dikenal bayarkan. Semoga semakin murah rezeki mereka.

Lepas Encik Suami habis meeting, dia call. "Tak acilah makan mee Hj Salleh sorang. Jom sekali lagi". Adoi. Baiklah, nak jadi isteri yang taat kenalah dengar cakap suami kan? Kali ni adik ambik order tak tanya dah. Nak order apa pun dia dah tau tengok muka Encik Suami. Tapi trip kali kedua saya tukang teman je. Full la wei dah makan semangkuk mee lebih tadi. Hahaha.

Mee kolok daging mee lebih, lobak lebih... tengok je muka Encik Suami confirm dah ada lobak lebih, tak perlu bagitau lagi dah. Akak buat mee kolok pun tau dah. Hahaha!



 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Haha bila muka familiar dtg makan kan….satok tu ada pasar kan? Mcm penah pegi beli ikan teruvuk masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... pasar tamu satok tu dlu yg jual ikan terubuk.. skrg dh xde dah semua dh berpindah di medan niasa kubah... x jauh jugak dr situ

      Delete
  2. Lamanya puasa tu, alhamdulillah dah selesai

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee kolok daging tu nampak.. yum yum

    ReplyDelete
  4. last mkn mee kolok outstation sarawak bln 7 aritu la

    ReplyDelete
  5. Rindok ati dapat makan mee kolok di sepinang sari ya 😅

    ReplyDelete
  6. Memang regular customer ni, tak perlu kata apa² dah 😆

    ReplyDelete
  7. sedap pulak mee kolok...lama x makan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ada orang baik hati bayarkan...
    Bilalah PH nak rasa Mee Kolok ni :)

    ReplyDelete
  9. Teringin juga nk puasa 12 jam tapi puasa yang basic yang 8 jam pun failed.. ahaks. BTW MYiDEAKiNi dah follow sini :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki berpuasa 12 jam ye Mim

    ReplyDelete
  11. Rezeki berpuasa ya kak.. alhamdullilah.

    ReplyDelete
  12. In shaa Allah cuti deepavali ni nak makan mee kolok😍

    ReplyDelete
  13. mi kolok....antara makanan yang saya suka juga

    ReplyDelete
  14. Dapnya mee kolok tu!

    12 jam! lamanya!

    ReplyDelete
  15. Resto viral eh, nampak mi tu pun sedap. Boleh masuk list ni.

    ReplyDelete
  16. Sini la yang SA suka sangat mee kolok tu..memang repeat je masa kat Sarawak..ni memang nak pi lagi ni..tengah tunggu masa je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form