Nasib Ada Ibu Sambal!!

Walaupun mood hujung minggu tapi mood nak blend cili kering sekawan belum lagi muncul tiba. Nak makan kat luar, malas. Semalam pun dok kat umah tapi tak masak, mintak tolong abang rider hantarkan nasi kandar kat umah. Malamnya makan jugak kat luar sebab adik ipar ajak makan sama. So hari ni memang nak kena masak sebab bosan dah masakan orang lain.

Dalam freezer ada fillet ayam. Plan asal nak masak butter chicken tapi boringnya masak butter. Nak buat masakan lain tak ada cili kering kisar pulak dah. Tetiba teringat ibu sambal masa buat sambal nasi lemak dulu. Oleh sebab terpaling dan terlampau pedas saya simpan biar jadi ibu sambal. Hmm.. nak buat apa ya bila dah ada ibu sambal ni?

Ding! Ada pulak idea. Memandangkan #theIMANs suka ayam masak kicap style Khairul Aming so saya decide nak masak style tu menggabungkan cara masakan ayam bali. Yeeehaaa!!

Bahan-bahannya:
Isi ayam (lumur tepung kunyit dan garam, goreng dan ketepikan)
1 sudu sos tiram
Kicap pedas Mahsuri
Kicap pekat manis Jalen
Sedikit air asam jawa Adabi Extra

Bahan tumis:
Ibu sambal
2 batang serai diketuk
1 tangkai daun kari
*4 biji bawang merah & 3 bawang putih dikisar
*Halia & serai dikisar
*Sedikit lengkuas diketuk
Garam dan gula sebagai perasa
Bawang besar dihiris bulat

Cara membuatnya:
1. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi dan masukkan serai dan daun kari
2. Masukkan bahan kisar bertanda * dan tumis sehingga garing dan naik bau
3. Masukkan ibu sambal anggaran 5-6 sudu besar
4. Masukkan sos tiram, kicap Mahsuri dan kicap pekat manis, gaul rata
5. Masukkan air asam jawa
6. Biarkan mendidih dan perasakan dengan gula dan kalau tak masin letak garam
7. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi
8. Letak hirisan bawang besar
9. Biarkan sedikit layu dan biarkan ayam dan sambal mesra
10. Bila dah mendidih, tutup api dan siap untuk dihidang


Wangi aromanya dengan bau serai, daun kari, dengan rasa manis, pedas, masin dan masam asam jawa. Makan dengan telur mata, fuhh! Ini saja pun dah cukup buat bertambah sepinggan dua. Kata sayalah. Hihi. Sendiri masak, sendiri makan, begitulah. Janji #theIMANs makan bertambah, syukur!

 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selepas airtangan ibu, sy rasa airtangan kita sendiri paling sedap kot hahaha....
    Nanti nak try resepi ni gakssss :D

    ReplyDelete
  2. Dap ehhh... mesti bertambah2 nasi dalam tapak theIMANS 😄

    ReplyDelete
  3. Kalau uncle makan ni sure bertambah!

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. sy setuju dgn PH. Air tangan sendiri paling sedap dr orang lain selain air tangan ibu kita.

    ReplyDelete
  5. sedap sangat dah tu mim . alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  6. makan ngan nasi panas2 sodap tu tp kt umh ni fillet ayam xbrp suka hehe

    ReplyDelete
  7. Pakai nasi putih hangat saja pasti enak,sayangnya di tempat saya jarang ada yg berjualan daun kari

    ReplyDelete
  8. Lepas tu nanti The Imans mintak buat selalu menu ni sebab sedap kan...budak- budak macam tu la Mim..bila sedap itu je ulang- ulang..masak sendiri puas hati kan

    ReplyDelete
  9. memang menyelerakan masak macam ni.

    ReplyDelete
  10. Masakan macam ni, semua orang suka makan..

    ReplyDelete
  11. Masak kicap versi pedas gini memang buat menambah nasi 😀

    Akak ada beli sambal nyet Khairul Ameng, akak jadikan ibu sambal sebab pedas sangat kat tekak kami laki bini 😄

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..nampak sedap tu sis.... yum yum

    ReplyDelete
  13. Eh ibu sambal itu maksudnya apa ya kak 😅?

    Ini loook sedaaap, tapi ada beberapa bahan yang saya agak susah temuin di sini. Mungkin bisa diganti dengan bumbu sini, macam kecap pedas tapi brand sini, cuma kadang saya kuatir rasa jauh beda 🤣. Itulah kenapa kadang kalo saya ke Malaysia, saya suka beli bumbu2 khas sana. Macam kecap pedas, tepung bumbu, adabi dll. Ini dah habis, belum stok lagi 🤣.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form