Hujung minggu, tiada maknanya nak berehat daripada 'berperang' di dapur. Lama dah tak breakfast di luar hujung minggu sebab penuh aktiviti dengan mengajinya, latihan silatnya, akademi caturnya.
Pagi Ahad lepas, Ibu bangun untuk mengejutkan hero-hero kesayangan Ibu untuk solat subuh dan mengaji di masjid. Awan lain pulak soalannya.
"Ibu, kita breakfast apa?"
Hmm... bangun tidur dah kena fikir untuk breakfast. Begitulah mak-mak kan? Teringat pulak dalam peti sejuk ada honey sweet potato balance malam Sabtu tu. Beli 3 biji tapi tak habis pun. Manis menggeletis sungguh. Entah-entah masa bakar tu diorang curah honey lagi. Memang manis sangat. Itu yang masuk dalam peti sejuk, plan nak buat keria. Iyyer... nak buat keria engkau!! Kita tengok jadi ke tak kerianya. Hahaha.
Lebihan honey sweet potato yang saya simpan dalam peti sejuk. Mahal ni, 3 bijik RM35. Tak mungkin ku buang begitu saja.
Kita lenyek-lenyekkan ia sambil disaksikan Awan. Dah tak menyabar nak breakfast.
Letak tepung gandum sedikit demi sedikit sampai tak melekat lagi.
Tengoklah, niatnya nak buat keria jadinya jemput-jemput dah. Senang. Awan dah lama tunggu sebelah.
Kemudian goreng dengan kuali legend kita. Confirm jadi kalau masak guna kuali legend. Korang ada tak kuali legend kat rumah? Hehehe.
Tadaaaa!! Crunchy di luar, lembut manis di dalam tapi takdelah semanis sebelum ni. Manis just nice saja. Happy Awan, balik mengaji sambung lagi ratah sambil layan Upin Ipin.
Tags
Resepi Simple
Sini namanya ubi bakar Cilembu karena manis kayak madu, sayapun ada kuali legend 😁
ReplyDeletekann bangun pg mikir nk masak utk breakfast he hh
ReplyDeletemak oiiiii 3 bijik RM35! memang tak boleh buang begitu saja sbb harga kayangan! hehehe
ReplyDeleteEnak sekaliii. Kalo disini namanya jadi apa ya, ubi goreng kah hahaha.
ReplyDeleteTapi aku ngiler sekali liatnya, nampak syedaaaap
nampak sedap... dari gambar dah nampak kemanisannya..hahaha
ReplyDeleteWah....menarik..nampak sedap..nanti boleh la buat ni
ReplyDeleteMacam potato ball yg viral tu
ReplyDeleteAlhamdulillah tak membazir 👍 Sedap pun sedap tu...
ReplyDeletesedap tu jemput2 sweet potato
ReplyDeleteKita merancang, mood memasak yang menentukan hehe. Kmk pun giya juak, kadang2 dah plan nak masak something, end up jadi lauk lain hihi
ReplyDeleteAmmi pun ada kuali gini. Takdelah legend mana baru sama usia dgn perkahwinan tp kepuasan bila masak, bila dapat ketuk sudip tu kat kuali petghhh
ReplyDeletedapnya...
ReplyDeleteala kuali legend MA dah rosak hari tu..so x de dah
Kita geng...belilah kuali apapun...kuali lejen juga yang feel bila nak masak ..
ReplyDeletemun polah sendirik puas makan..
ReplyDeletewaaa nmpk sedapppp
ReplyDeleteWah sedapnya resepi ni.. Izinkan saya salin resepi ni nak cuba buat nanti :)
ReplyDelete