Cara Membuat Temujanji National Health Screening Initiative (NHSI) Melalui MySejahtera

Ada yang dah uninstall MySejahtera ke? Ahaaa... boleh reinstall balik. Sebab sekarang kita boleh buat temujanji klinik kesihatan melalui MySejahtera sahaja.

Al-kisahnya mula-mula dulu Ayah bawak Awan ke klinik pergigian untuk cabut gigi tapi klinik tak terima walk-in, kena buat temujanji di MySejahtera. Sejak itulah saya tau yang rupanya ada banyak program dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang boleh kita sertai di MySejahtera.

So saya akan kongsi bagaimana cara kita nak buat temujanji di MySejahtera.

Mula-mula bagi yang dah uninstall MySejahtera boleh reinstall dulu. Baru nak berguna balik kan? Itu pun bagi yang nak menggunakan perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan la.

Bagi yang dah lupa interface MySejahtera, macam ni lah rupanya sekarang. Dah tak ada dah untuk kita check-in masuk ke sesuatu premis. Bagi yang nak buat temujanji di klinik kesihatan, boleh terus klik "Appointments" tu.

Bila dah klik "Appointments", ada banyak program yang kita boleh pilih. Macam saya memang aim nak buat medical check-up, so terus saja klik "National Health Screening Initiative (NHSI)"


Selepas tu, kita kena pilih fasiliti kesihatan yang berhampiran dengan tempat kediaman kita. Ia akan keluarlah beberapa fasiliti kesihatan yang berada dalam radius rumah kita.


Kemudian pilih klinik kesihatan yang kita nak dan book sekali tarikh dan masanya.

Bila kita dah pilih, sistem akan buat confirmation sekali lagi. Ini saya main pilih je sebab saya punya temujanji dah berlalu.


Bila semua dah confirm, ianya akan terpapar macam atas ni. Yang Imran, Irfan dan Idlan tu temujanji di klinik pergigian, sementara saya pulak untuk NHSI.

Begini ya tuan-tuan dan puan-puan. Semua temujanji kami anak-beranak di tempat yang sama. Sesampainya kita di klinik, kita check in MySejahtera dulu menandakan kita telah hadir. Hehehe.

Setel semua minggu lepas. Bayarannya pulak? Untuk NHSI RM1, cabut gigi RM3, scaling gigi RM2. Untuk temujanji dental better datang on time, kalau lambat sikit staf terus reject. Huhuhu.

Next saya akan share bagaimana dan apa yang diperiksa untuk NHSI.



 

16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bagus juga macam ini.. Cumanya kena tepati masalah kalau tak rugi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sha.. kami dah kena sekali masa 1st app gigi tu nasib baik ayahnya pun ada app hari yg sama jugak so ayahlah berkorban demi masa si anak.. ayah x jd cek gigi sbb nk bg ruang kt anak 😂

      Delete
  2. Baguuus nih, aplikasinya masih terpakai. Indonesia juga ada, namanya Satu Sehat, tapi dah saya uninstall 😂😂. Krn memang tak ada yg baru lagi pun. Bagus juga kan kalo bisa dipake buat temu janji macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu pun dh uninstall tapi kerana boleh buat temujanji program kementerian kesihatan sy reinstall balik 😂😂

      Delete
  3. wah..baru tau. tq for sharing... bagus jugak kan
    nasib x uninstall my sejahetera tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh uninstall boleh reinstall balik MA.. mcm sy.. hehehe

      Delete
  4. kmk dh uniinstall sebab dh sik digunakan gik...duhal masih ada gunanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? X lah membazir duit bayar juta2 beli myejahtera ya.. ada juak gunanya nektok

      Delete
  5. Bagus ni kak aplikasi kesehatannya,jadi bisa ada janji dulu, daftar dan pilih waktu yg pas ya? Memudahkan kita yang mau berobat,sayangnya.kalau telat bisa batal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ngak payah nk ke klinik semata2 nak buat temujanji.. semua di hujung jari saja

      Delete
  6. done guna utk vaksin pneumococcal anak...sekali jalan ngan kakak yg drjah 1, terlepas vaksin dekat sekolah...skang, nak call tnye2 Nurse pun x berangkat...kikiki..masa MyS je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jugak kan x payah nk trn ke klinik semata2 nk buat appointment

      Delete
  7. Oooo... saya baru tahu ni. Terima kasih kakmim, atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. semoga bermanfaat utk semua.. dpd xtau jd tau.. jgn marah mysejahtera x berguna lg 😅

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form