Apakah National Health Screening Initiative (NHSI)?

National Health Screening Initiative (NHSI) ialah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan untuk memperkasa penjagaan kesihatan dan persekitaran bagi melahirkan rakyat yang sihat sejahtera. Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan untuk menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat yang telah dilancarkan pada Julai 2022 semasa zaman YB KJ.

Sejujurnya saya pun tidak tau pasal program ni, saya hanya tau apabila explore Mysejahtera dan kemudian buat bacaan di Google. Setelah mencuba dan mengalami sendiri pengalaman membuat pemeriksaan kesihatan melalui program percuma daripada kerajaan Malaysia, sekarang saya cuba untuk berkongsi pula pengalaman saya baru-baru ini supaya kita semua dapat manfaat daripada kerajaan kita.

Perjumpaan Doktor Kali Pertama

Setelah membuat temujanji melalui Mysejahtera, maka pergilah ke klinik kesihatan yang telah kita booking tadi. Macam biasalah sampai saja di klinik kena register dulu, bagitau staf bertugas kita ada buat temujanji melalui MySejahtera, sebab kita tak ada temujanji yang tertulis di kad pesakit luar, macam orang lain yang datang ramai-ramai tu. Lepas buat pembayaran RM1, kena pulak tunggu giliran untuk berjumpa doktor.

Oh, ya bagi penjawat awam boleh juga sertakan Guarantee Letter atau e-GL daripada HRMIS kepada petugas kaunter kalau tak nak bayar RM1. Untuk fasiliti kesihatan di sini, pembayaran diterima secara tunai, debit card dan e-wallet. Mudah dah sekarang.



Bila dah jumpa dengan doktor, doktor akan suruh kita jumpa kaunter pemeriksaan berat, tinggi, tekanan darah dan gula. Masa ni jugak kita akan dikehendaki untuk mengisi borang permohonan NHSI. Dalam borang ni jugak ada soalan mengenai kesihatan mental kita. Kalau ada yang berkenaan tu, silalah jujur. Kalau tak ok, kita akan terus disuruh buat Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale).

Lepas setel urusan di kaunter bersama nurse/MA tu, kita kena jumpa doktor balik. Macam saya hari tu, saya bawak sekali laporan kesihatan saya pada tahun 2022, yang saya buat di klinik swasta. So doktor akan review sedikit laporan tahun lepas dan bagi borang untuk temujanji ambil darah pulak. Ambil darah bukan pada hari yang sama ya, tarikh lain lagi. Masa ni doktor hanya akan bagi tarikh temujanji untuk jumpa doktor untuk review darah sahaja. Tarikh temujanji ambil darah akan ditentukan oleh staf makmal patologi berdasarkan tarikh temujanji untuk jumpa doktor. Biasanya mereka akan bagi tarikh sebelum kita jumpa doktor.

Setel perjumpaan kali pertama. Dah buat pemeriksaan kesihatan asas dan dapat tarikh temujanji ambil darah.

Peringatan awal, bagi yang tak ada masa atau jenis yang masa begitu berharga, tak disarankan untuk buat NHSI ni ya. Honestly memang banyak masa yang akan digunakan. Faham-faham sajalah fasiliti kesihatan kerajaan. Kalau buat di klinik swasta, tak sampai 2 jam setel semua, tinggal tunggu result darah pulak dalam masa 2-3 hari.

Perjumpaan Doktor Kali Kedua


Perjumpaan kali kedua di klinik kesihatan akan memfokuskan temujanji ambil darah. Kali ni tak lama cuma masa menunggu nama dipanggil tu biasalah, orang ramai. Oh ya, sebelum mengambil darah, kita mesti berpuasa pada malam sebelumnya (bermula 10 malam). Makan tak boleh, minum air kosong je boleh. Selepas ambil darah sebanyak 5 ml, staf makmal akan bagi kita satu slip untuk mengambil result darah pada tarikh yang sama kita akan berjumpa doktor nanti. Sampai sini sahaja perjumpaan kali kedua. Balik ambil darah boleh makan kenyang-kenyang, almaklumlah puasa dah plus 12 jam. (Mula puasa 10 malam, setel urusan dalam 9.30 pagi).

Perjumpaan Doktor Kali Ketiga



Last but not least, perjumpaan kali ketiga dan terakhir. Sesampai saja di klinik, boleh terus ke makmal patologi untuk bagi slip ambil keputusan darah. Sementara slip result keluar, kita pergilah register dulu di kaunter pendaftaran. Bila setel pendaftaran, boleh terus ambil slip keputusan ujian darah di makmal dan tunggu pulak untuk berjumpa doktor.

Once dah jumpa doktor, doktor akan review keputusan ujian darah kita iaitu kolestrol, buah pinggang, darah merah, darah putih, air kencing. Alhamdulillah, keputusan saya semuanya masih berada di tahap normal. Kolestrol macam tahun lepas jugak, border line, tapi doktor cakap ada drop sikit tahun ni. Itu yang membimbangkan saya tu. Sebab saya masih lagi belum bersedia untuk ada komitmen makan ubat-ubatan. Hehehe.

Laporan kesihatan kita pun terus akan appear di MySejahtera. 


Result slip yang asal pun ada diattach dan dalam MySejahtera pun ada. Best kan?



11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kami dah buat tahun lepas. Tiap2 tahun kena buat bagi staf kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau staf kkm senang sbb buat kat staf clinic je 👍🏻👍🏻

      Delete
  2. Oooo...untuk yang kerja gomen aje ye..xde swasta erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk semua rakyat malaysia yg ada mysejahtera ni kak

      Delete
  3. Wah, baru tauk tok. Report pun terus keluar di Mysejahtera oo. Bagus eh. Mok try juak la.

    ReplyDelete
  4. wah..bagusnya.. MA memang start dr tahun lepas memang dah buat check up yg setiap tahun tu

    ReplyDelete
  5. Jaman naw...biarlah lambat pun ..sanggup ja tunggu ...seboleh mungkin sekarang ni akan ke klinik kerajaan ja🤭

    ReplyDelete
  6. MZ buat blood test/screening setiap 6 bln sbb LDL tak berapa bagus ratenya...MZ buat kat private lab jer..

    ReplyDelete
  7. Experience written very detail and more informative than any other government website explaining this initiative. Boleh tanya umur writer berapa? Saya berumur 25 dan kakak umur 32 ingin membuat medical check up. Kami ingin mencuba public healthcare kerana memang selalu ke private. Tetapi, doktor agak hostile/judging apabila mengatakan kami membuat check up bukan untuk apa2 and hanya untuk diri. Doktor sarankan private tetapi sebolehnya explain prosedur yang agak lama which is biasalah kerajaan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq miss Farah.. sy 43.. boleh try di klinik kesihatan terdekat.. kalau kami di sini mmg boleh je booking app guna mySejahtera tu

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form