Aiskrim Malaysia Mini Mix Flavor

Minggu ni masih berada di awan-awangan lagi setelah berkursus di hotel minggu lepas. Syok woo 'honeymoon' walaupun kena sit exam. Dah lama jugak rasanya tak berkursus di hotel dengan kawan-kawan dan juga famili kecil kami pun lama jugak dah tak staycation.

Maaf ya take time sikit nak blogwalking. Sempat 1-2 blog je pagi tadi. Lepas ni nak masuk kelas lagi sampai petang. 

Kebetulan gambar ni dah masuk draf lama dah, kita cerita pasal aiskrim je lah. Aiskrim ni saya order beberapa minggu lepas masa ada bacaan Yassin pada hari Jumaat di ofis. Tak sangka pulak semua teruja bila tengok aiskrim pelbagai flavor ni. Lelaki pun sama, habis je baca Yassin, aiskrim dulu diorang nak makan. 

1 kotak macam ni ada 40 pieces, RM30. Ok tak harganya?

Harga ok ke tak ok ke, tak apa, dalam rezeki kita memang tertulis rezeki orang lain jugak kan? Tapi memang puas hati dengan aiskrim ni. Aisnya gebu mudah digigit, semestinya dia pakai air masak. Kalau keras semacam taulah kita dibuat menggunakan air yang tak dimasak.

Macam-macam flavor. Itu yang buat semua teruja memilih flavor kegemaran.

Marshmellow pun ada, ini kegemaran Iman ni. Tapau 1 bawak untuk Iman rasa masa ambik dia balik sekolah. Lepas tu order lagi untuk stok kat rumah mak. Alhamdulillah mak, bapak pun suka. Paling diorang suka flavor pandan dan limau kasturi. Memang taste mak-mak dan bapak-bapak lah kan? Bagus adik ni jual, dia buat flavor untuk semua peringkat umur. Bijak sangat strategi dia. Semua dapat makan flavor kegemaran masing-masing.

 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Murah sgt la tu RM30/40pcs. Tapi cara dia susun tu menggoda, hahah.

    ReplyDelete
  2. Best eh! Kmk pun feveret gik kecik marek aiskrim Milo, asam boi, anggur dengan jagung.

    ReplyDelete
  3. wah,comel dan cantik..pasti sedap tu....ok sangat tu harga

    ReplyDelete
  4. macam-macam warna dan perisa ada... suka nya

    ReplyDelete
  5. menariknya aiskrim ni sbb warna warni! harga pun ok sgt tuuu

    ReplyDelete
  6. Sedap tu Aiskrim msia..colorful mcm2 perisa

    ReplyDelete
  7. kita yang tengok pun geram jerrrrrr

    ReplyDelete
  8. Jajanan saya waktu kecil nih, namanya es balon😄

    ReplyDelete
  9. Wah...fav SA ni...adik sepupu ada jual eskrem Malaysia ni...macam- macam perisa..

    ReplyDelete
  10. Ya ampuuuun dah susaaaah cari es begini kak 🤣🤣. Kecuali mau bikin sendiri lah. Lihat varian rasanya nak kepengin semua 🤭❤️❤️.

    Banyak dijual saat kecil dulu. Di jakarta dah susah Nemu yg jualan es Mambo. Kami sebutnya es Mambo dulu 😄

    ReplyDelete
  11. Yang tengok nie pun geram je dengan aiskrim ty.. gebu gebas.. macam2 rasa ada..

    ReplyDelete
  12. comel2 aiskrim ni. sy suka aiskrim kecik2 mcm ni. cpt habis. sesuai utk jamuan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form