Wordless Wednesday: Rezeki Jiran Yang Baik

Dapat jiran yang baik juga satu rezeki yang patut kita syukuri. So far jiran-jiran kami semuanya baik-baik.  Pandai masak dan sedap pulak tu. Dapat pula jiran yang suka jual-jual makanan frozen lagi lah best. Setiap hujung minggu top up je stock frozen untuk bekalan #theIMANs ke sekolah.

Minggu ni jiran kami bawak masuk pau frozen pulak. Walaupun dia tak buat sendiri tapi setiap frozen food yang dia jual memang sedap dan saya pun beberapa kali dah repeat order. Hampir setiap minggu jugaklah repeat order roti canai frozen, donut frozen, sosej roll frozen. Pau baru-baru ni pun sedap. Gebu, lembut, memang sedap makan panas-panas. Inti lain tak ambik lagi, baru cuba pau planta sebab #theIMANs memang peminat pau planta. Kalau Ibu favourite pau kari ayam. Hehehe. 

Minggu ni beli pau frozen je sebab donut & sosej roll dah top up minggu lepas. Beli pau dapat biskut kacang. Biskut kacang ni pun dia jual, saya asik lupa nak beli, tup tup semalam dia bagi sedekah. 

Alahai.. sedap pulak. Penuh rasa kacang, manis just nice dan rangup pulak tu. Pagi ni kita breakfast ni biskut kacang dan teh o tanpa gula. Kitak breakfast apa tek?

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. betul sgt..jiran la yg paling dekat dgn kita selain dr family... MA pun syukur alhamdulillah dpt jiran yg baik2...

    ReplyDelete
  2. biskut kacang ni kalau dah mkn payah nk stop hehehe

    ReplyDelete
  3. biskut kacang nostalgia tu kakmim..dulu2 kalau raya biskut ni mak2 paling suka

    ReplyDelete
  4. Aduiii....nampak sedap betul biskut kacang a.k.a Mazola tuuuu

    ReplyDelete
  5. Suka makan kuih pau inti kaya, kacang merah dan kelapa.

    ReplyDelete
  6. Lamak sik makan biskut kacang ya. Kmk pun peminat pau kari ayam juak, sep sikit hehe

    ReplyDelete
  7. Baru first time dengar pau inti planta :)
    PH pun mcm Kakmim gak, ada supplier frozen food dari kalangan kawan-kawan. W/pun bukan jiran tp parents sekolah anak³. Senang nak restock barang.
    Kita bekfes mi goreng :)

    ReplyDelete
  8. First time dengar. Ke inti buttermilk macam dalam roti tu? Yg tu butter Campur gula dan susu tepung. Sedap tu LM suka. Kalau plata gula pun sedap ui.. Selalu kalau roti sapu dua tu Je. Nyumsss

    ReplyDelete
  9. Beruntung sangaaaat kalau dapat Jiran seperti itu kak , 👍👍👍. Saya pun tak pusing isi stok kulkas, tinggal beli dari dia kan. Dekat rumah, 😄. Sayang tak ada Jiran yang pintar masak macam tu di area rumah saya 😂

    ReplyDelete
  10. Pau nampak dah tahu sedao atau atau tidak

    ReplyDelete
  11. Dapat jiran2 jual frozen ni memang saya pun akan beli. Mudah untuk kita kan....

    ReplyDelete
  12. sama kita..saya pun suka pau kari ayam..kat flat rumah saya ni ramai yg jual kuih-kuih frozen tapi tak pernah try sedap ke idak..boleh lah nanti nak cuba...

    ReplyDelete
  13. Rezeki kalau dapat jiran yang baik kan KakMie.. Dorang yg paling dekat dgn kita.. gebunya pau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form