Strategi Berjimat Mak-Mak

Ingat tak dulu-dulu zaman struggle nak ambik SPM, kalau buat karangan yang bertemakan perbincangan, ayat permulaan yang glamer masa tu ialah, Dewasa ini bla bla bla. Ingat tak? Ingat tak? Tetiba pulak teringat. Tak taulah kalau zaman senior or junior guna ayat ini atau tak, tapi saya ambik SPM tahun 1998 dan "Dewasa ini" memang trending masa tu. Sebab masa ni cikgu BM memang push kami untuk baca Dewan Siswa. Dewan Siswa ni lah puncanya. Hahaha!

Sebenarnya kan saya nak bercerita pasal kenaikan harga barang-barang sekarang. Selalunya lepas payday memang kami akan top up stok barang dapur. Item wajib mestilah beras. Untuk bulan ni tak tengok lagi berapa kenaikan harga beras sebab belum lagi pergi shopping barang dapur. Lusa kan cuti umum, lusa lah baru nak pergi shopping. Kalau tengok senarai harga sebelum ni di media sosial, macam ni lah.


Kebetulan pulak saya memang pembeli tegar beras Liansin. Boleh kemurungan jugaklah tengok harga beras. Sebulan memang perlu 2 kampit beras. Nak skip memang taklah. Nasi kot. Dah makanan ruji kita rakyat Malaysia mana mungkin tak makan nasik. Kita boleh la kot tapi anak-anak? 

Beras tak boleh nak berjimat. Tapi minyak have to lah berjimat. Nasib baik ada air fryer boleh jugak save sikit penggunaan minyak. Tapi tak semua makanan sedap kalau digoreng guna air fryer. Nak tak nak kena jugak ada stok minyak untuk menggoreng. 

Daripada guna minyak Seri Murni yang dalam botol, now dah beralih kepada minyak subsidi dalam peket ni dah. Minyak peket ni ibarat emas kalau di Mydin. Sorang limit 2 bungkus je. Lepas tu cepat pulak habis. Nasib baik staf ofis adik ada supplier minyak peket ni. Apalagi, order je lah sekotak. Lamaaaa tu pakai. Tak perlu risau nak berebut dengan orang di Mydin atau Emart.

Stok dah sampai semalam. Bulan ni terputus stok terpaksa jugak beli minyak dalam botol hari tu.

Sekotak ada 17 peket so ada 17 kg untuk penggunaan beberapa bulan. Minyak ni banyak guna untuk goreng ayam dan ikan je. Sebab pernah goreng guna AF tak berapa nak sedap. Keropok lekor pun macam tu, nak jugak deep fry dalam kuali baru sedap. 

Hari tu ada menteri tu cakap boleh je beli barang dapur guna RM200. Boleh tu memang boleh, tapi tu untuk seminggu je tu. Itu pun beli makanan je, belum lagi detergen. Nak jimat memang ambik yang refill tapi anggaran seminggu 1 bungkus jugak tu. Belum lagi pencuci pinggan mangkuk, pad, syampu, shower gel, hmm...

Korang pulak macam mana ya? Apa strategi penjimatan korang?


 

23 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ammi download apps Hargapedia dan check harga brg besar2 mcm beras, sabun, syampoo sebelum membeli. At least tau kat mana murah sbb kadang2 murah sampai 3-4 ringgit juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. br tau apps hargapedia ni ammi.. tq for sharing tau

      Delete
  2. uncle punya stategi... time bayar uncle lari... aunty yg setel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie setel dgn duit uncle x? 🤭🤭

      Delete
  3. Strategi my MIL plak beliau makan roti, tak nak makan nasi (beras). Pastu kami somi isteri pun cakaplah.
    "Haha. Roti lagi mahal mak.".
    Alah. Sesaja gurauan seisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo roti wholemeal tu lg mahal.. mungkin buat sendiri dgn beli tepung sekampit besar berbaloi kot 😂😂

      Delete
  4. i tak berapa nak ada strategi...time duit dh semput, rajin plak masak2 kat dapur...time baru2 dpt gaji, tapau2 jer utk dinner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard la tu ibu bekerja... dh tgh bulan br insaf rajin masak kan.. hahaha

      Delete
  5. Mun tubuh ramai di rumah ya mesti terkesan dgn harga beras nait. Kmk org tok alhamdulillah mampu bertahan sekampit beras 5 kilo re-stock sebulan sekali. Entahlah, org dalam rumah tok sik kuat makan gilak. Weekdays makan nasi sekali sehari jak, weekend jak masak utk makan tengahari & makan malam (mun malas keluar).

    ReplyDelete
    Replies
    1. yah 5 kilo jak sebulan... kmk siang mlm masak nasik... sbb sidak bekal nasik utk kafa so awal pagi dah perlu masak nasik sekali pakei kmk juaklah bekal or kakak mkn balit skolah then mlm masak agik... hahaha... x dpt hidup tanpa nasik miak umh kmk tok

      Delete
  6. betul..semua naik harga dok tunggu naik gaji plak ni.. adoi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji naik setahun sekali je.. huhu... tp berita hari tu belom ada khabar terbaru lg kn?

      Delete
  7. Suami saya rajin check harga kat hargapedia. Selalu tengok antara Lotus ngan Econsave mana lagi murah. Tu la tempat yg kami tuju.hihihi. betul kakmim, hakikat sekarang ni rm200 tu tak cukup untuk keperluan sekarang. Kami yang anak kecik lagi pun tak cukup, ini kan pula yang anak dah besar. Lagi bnyk keperluannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy br tau ada hargapedia ni tp blom try lg install... nasib baik jugak tanya kat blog ni... anak kecik susu dan pampers tu la.. yg dh besar ni pulak tusyen dgn mkn... hehehe... begitulah amanah kita mak pak ni kan?

      Delete
  8. Suka pusing di buatnya untuk stok belanja dapur, kalau saya jikapun harga "sudah banyak yg naik selain berhemat ya mengurangi jatah, misal beli 4 jadi hanya beli 3🤭,selain itu cari belanja yg dapet voucher diskon,lumayan juga irit

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. kalau supermarket yg ada member price tu mmg harus dikejar jugak... dpt la save sikit dpd x ada langsung

      Delete
  9. Baru tau ada beras jenama Liansin. Mungkin pasaran tempatan je sebab macam tak pernah jumpa di sini.
    Susah juga nak berjimat barangan keperluan dapur sebab memang kena beli dan masak.
    Tapi dah mula beli brand yang tak berapa popular tetapi rasa menepati citarasa. Contoh beli frozen food brand Lotus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kot kak utk pasaran di sarawak je liansin ni... bkn xmo beli yg x popular tp budak² ni kalau x sedap diorg xmo pulak mkn... kalau dh try sekali tu tp mcm x dpt sambutan terpaksa return balik ke brand yg selalu beli.. utk mkn xpe pejam mata je demi nyaikk.. hahaha

      Delete
  10. mmg brg2 smua naik harga...td dgr roti gardenia pun akan naik harga lagi...liansin anak syarikat bernas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liansin takde dipasarkan kat semenanjung kan?pernah gak beli masa pi SArawak..sedap berasnya..

      Delete
  11. Betul tu...beras macam mana kita nak jimat kan..tengok la kapsiti dalam family banyak mana..itu yang menteri tu cakap dan buat video hari tu akak menyirap tersirap dibuatnya..kalau duk laki bini je boleh la jimat..cubasatu family ada 4-6 orang..hari- hari nak kena masak kan..sekarang semua barang naik harga, nak x nak terpaksa beli..nasib pak zain tanam sayur2..sayur pun naik harga kan sekarang..xde dah seikat RM2 ye..seikat RM4 dah..x kan hari- hari nak makan tauge 70sen..ye tak..so kita as a mom, as a daughter kena la berjimat sikit..masak x leh terlampau banyak kalau tak ramai orang kat rumah..

    ReplyDelete
  12. Harga beras di Indonesia yg biasa saya pakai kalo dalam Ringgit sekitar MYR 23. Tak jauh beda dengan Hrg di sana. Tapi memang saya sekeluarga tak selalu nasi, dan anak2 juga prefer roti dari dulu kak. Makanya mereka lebih sering makan roti sebenernya.

    Ofkorslah tak pakai selai manis2. Tapi pasti saya buatkan isi telur, sayur dan lainnya.

    Dan terkadang kami juga makan pakai kentang, ini sebenernya diajarin Ama papa saya dulu, Krn kentang rebus bagus untuk tubuh. Lebih sehat. Dan menurt saya lebih kenyang.

    Dimakan pakai lauk pun tetep enak.

    Beras tetap saya beli, tapi sebulan kami berempat hanya butuh 8 kg. Selaku beli yg isi 10 kg, dan pasti ada sisa. Karena memang tak selalu makan beras.

    Untuk sabun, shampo dan semua peralatan lainnya, saya selalunya lihat dari banyak seller di market place. Terkadang ada yg jual murah, pakai cashback pula. Saya tinggal hitung mana yg menguntungkan.

    Tapi khusus skincare saya tak bisa hemat 🤣🤣. Karena kulit saya sensitif, dan tak mungkin ganti produk lain. Jadi tetep lah setia dengan Korean skincare yg skr saya pakai 😂.

    ReplyDelete
  13. zman skrg kerassss.. Nk beras pun berebut kn. minyak plastik mmg dh xnmpk bayang langsung

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form