Photo Diary #11

Photo diary minggu lepas dimulai dengan teh uncang peach & passion fruit dari jenama Ahmad Tea. Sekotak habis seminggu. What the? Ni minum teh ke makan teh? Ini kali pertama try teh berperisa macam ni. Sedap rupanya. Hehehe. No wonder cepat je habis kan?


Minggu lepas kelas untuk sesi baharu pun dah bermula. Jumpa pelajar baharu, majoriti yang ambik SPM tahun 2022. 80% gagal maths walaupun ada je yang berderet-deret A. Benci sangat ke generasinsekarang dengan maths ek? Benci bagaimanapun ambik peringkat sijil pun masih jugak tetap jumpa maths. Lepas habis kuliah macam biasa ada kuiz ya.


Kisah bakul piknik dan botol air. Kononnya nak beriadah di Pustaka. Briskwalking kononnya tapi baru je keluar dari rumah hujan pun turun dengan lebatnya. Makanya balik semulalah bakul piknik ke rumah.


Kisah hari cuti merdeka, me time bersama the sisters buat facial. Bukan regular ye, last buat bulan 8 tahun lepas maka mendapatlah muka ditonyoh-tonyoh nak keluarkan blackhead. Adan uke.


Cerita hari Sabtu kami dah prepare mental untuk kembali ke sekolah. Habis mengaji terus keluar breakfast dan pergi gunting rambut 3 hero Ayah Ibu. Mungkin awal lagi kot kami perlu menunggu 2 orang je sebelum giliran mereka bertiga. Dah gunting rambut baru tak sesak mata Ibu memandang.


Hari Ahad dah mula prepare bahan-bahan untuk memasak. Dimulakan dengan bawang merah dan bawang putih, kemudian serai dan halia. All blended dah. Cili kering kisar masih berbaki. Dah habis baru kita top up. Lega dah semua prepared, balik kerja tinggal tumis-tumis je lagi.


Lepas setel blend bahan kisar untuk memasak kita ke pasar minggu Kubah. Makanya jadilah sotong goreng tepung. Ini jarang-jarang berlaku ni sebab saya memang pemalas nak celup sotong dan goreng ni. Semalam rajin pulak kite.. hehehe.. selalunya memang dikicapkan semua sekali. Habis cerita, senang.


Dan dinner.. daging masak kicap, sambal sotong, sotong goreng tepung dan dabei cicah kicap pedas manis. Itulah rahsianya kenapa rajin nak celup sotong sebab nak buat daging kicap. Takkan sotong pun nak dikicapkan jugak kan? Haha. Cerita sambal sotong, pedas namatey sambalnya terpaksa sambal diconvert menjadi ibu sambal dan guna sedikit je sambal yang siap dimasak untuk dijadikan sambal sotong. Eh, ini dinner kami malam tadi.


Hari pertama persekolahan, bolehlah Abang Kakak bekal nasik dan daging kicap ke sekolah. Eh termasuk Ibu jugak. Hehehe.


 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Banyak memori yg terpahat tu, Mim. Lawo plak tiga beradik pakai baju kuning tu.

    ReplyDelete
  2. Senang beli baju 3 hero tu, semua sedondon.
    Akak pun baru nak suka teh berperisa tapi buat without sugar.

    ReplyDelete
  3. PH pernah rasa tea tu, memang sedap. Tapi asyik lupa nak beli bila ke pasaraya.
    About math, I don't think the hate math but the syllabus is too tough and mengarut kadang tu :(
    My 2 cents ✌️

    ReplyDelete
  4. cutenya bakul picnic tuuu, MZ berkenan hahahahah

    ReplyDelete
  5. Dabei tu bikin ngences....
    In shaa Allah bulan Nov nak pi Kuching..Adakah masa tu musim dabei kakMim?

    ReplyDelete
  6. bila sesekali kerajinan tu dtg, jangan di halang..hehe..benda yg paling malas nk buat pun jadi rajin..

    dabei tu camne rupa yeak..kat sarawak je kan ada ni...

    ReplyDelete
  7. Berkenang pulak bakul pikniknya.. dabei tu tak pernah try.. Kt sarawak aje ada kn..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form