Lunch di Richiamo Coffee Metrocity

Cerita minggu lepas sebenarnya, Encik Suami nak jugak lunch di Richiamo Coffee. Masa kami sampai, macam full house. Encik Suami masuk dalam dan check sendiri meja kosong. Dah rezeki kami jugak kot dapat jugak meja kosong.


Setiap minggu kami lalu depan Richiamo ni. Sebab kalau nak ke Kumon kami memang akan lalu jalan depan Richiamo. Memang tertunggu-tunggu bilalah nak bukak. Richiamo Coffee ni terletak bersebelahan je dengan Lagom Coffee and Tea. Mulanya macam tertanya-tanya jugak takkan owner kedai ni tak tau jiran sebelah kedai. Macam sama je konsep kedai. Ataupun memang disengajakan kot? 

Mulanya macam alaaa tak bestnya.... nak order kena pegi kaunter la pulak. Bila part macam ni saya prefer order guna kod QR pulak. 

First timer katakan, ralit pulak saya memerhati persekitaran kedai. Diorang ada jual teh jenama Richiamo jugak rupanya. Dan rupanya ini franchais Richiamo Coffee yang kedua di Kuching. Tak tau pulak Richiamo ni ada di Unimas. Jarang nak masuk Unimas kalau takde urusan kan? 

Dah namanya first timer, rambang mata dibuatnya. Semua macam nak try. 

Akhirnya try order RC Triple Chocolate Cake. Bagi saya yang hantu choc cake, memang sedap.

Red velvet ni favourite kakak Iman. Saya jarang nak makan RV so tak merasa. Sedaplah kot. Takde dengar komplen pun.

Then second round, baru order salted egg croissant. Sumpah yang ni sedap. Makan masa masih warm alahai lembut je croissant dengan lelehan salted eggnya. Thank you tau kepada silent reader blog ni yang recommend croissant RC ni. Hehehe.

Spagetti Carbonara memang menu wajib #theIMANs. Spagetti bolognese pun order jugak second round. Bagi saya pasta ni standard je rasanya.

Mulanya nak order set nasi dengan daging salai masak lemak cili api tapi dah habis pulak. So order je lah set ayam masak lemak cili api. Wow! Menarik.. sampai rasanya dengan masak lemak cili api nogori.

Set asam pedas ikan tenggiri pun not bad sebenarnya. Tapi saya macam tak menghayati rasa asam pedas ni tak tau kenapa.

Last but not least, 6/6 hadir.

Semua muka puas hati, iya la makan sedap walaupun agak pricey dan portion tak berapa nak banyak. Kalau lapar giler janganlah ke sini, semua benda nak order nanti. Kalau nak lepak sembang-sembang, buat business talk memang sesuai. Minum coffee dengan croissant je pun dah cukup sambil bersembang.





 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ikan masin gonjeng ya paling menarik perhatian kamek hihi. Kmk lom gik pernah try makan di Richiamo. Mok try la kelak.

    ReplyDelete
  2. Salted egg croissant 🥐 nya bikin ngiler kaak...pagi" mampir ke sini lihat makanan yg sedap-sedap, saya jadi lapar😀

    ReplyDelete
  3. harga mkn2 kat mana2 cafe/coffee shop memang standard ala2 pricey gitu (lebih kurang la starbucks, coffee bean etc etc) tp ok jer kalau ada bajet, sbb selesa tmptnya

    ReplyDelete
  4. Okay nx visit PH nak try order croissant gaks:D

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semua makanannya. Saya cuma pernah cuba kopi dan muffin je. Lain kali, boleh cuba hidangan berat pula seperti nasi dan spagetti.

    ReplyDelete
  6. mcm2 jugak menunya ... and makin byk branch richiamo ni...

    ReplyDelete
  7. Saya pun baru sekali jer kot makan kat Riichiamor..🤭
    Makan chicken popcorn,chick n pei & kek apa ntah..sesekali boleh la kan..
    Tapi kalau nak bersembang sambil ngopi tempat privacy ok jugak kan

    ReplyDelete
  8. Haa..sedap kan..akak memang suka kat sini dan wajib pi sebulan 2 kali..kadang osom ngan En Suami yang masa tu tunang lagi..selalu dapat Richiamo la..kalau x kadang Coffee Bean..

    ReplyDelete
  9. lama tk singgah richiamo..ingt nk try crossaint nanti

    ReplyDelete
  10. Salted egg croissant dia memang terbaik. Ni tak boleh makan kongsi2, tak cukup haaha

    ReplyDelete
  11. Dari semuanya, croissant salted egg yang paling buat penasaran 😍😍😁. Pasti sedaaap. Karena menu apapun yang menggunakan salted egg, selalunya enak 👍😄

    ReplyDelete
  12. Sy pun suka Salted egg croissant dia. Kena dgn tekak sy. One of my favorite tempat untuk melepak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form