Bagaimanakah Pengakhiran Kita?

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..


Selepas maghrib semalam saya dikejutkan dengan berita kembalinya kerahmatullah seseorang yang saya kenal sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Lama tak dengar berita walaupun setanah. Lagipun arwah pun tak aktif di media sosial. Al-fatihah...

Semasa di sekolah menengah arwah merupakan senior saya. Kenal macam tu saja, junior biasalah akan kenal senior yang menarik di pandangan mata. Ah, zaman muda-mudi yang nakal kan? Kami mula berkawan bila aktif chatting di mirc, zaman selepas saya habis SPM, kami terjumpa balik di alam maya. Masa tu saya sedang menunggu result SPM, arwah pula sudah bergelar mahasiswa. Kebetulan pula masa tu arwah juga housemate kepada uncle saya di UTM. Sejak dari situ kami mula saling berbalas email, berutus surat, chatting pada hujung minggu dan kadang-kadang bercalling jugak (zaman public phone). Kalau bercalling uncle saya pun join sekali lah sama. Uncle saya dan arwah sebaya. KLMJ sungguh. Arwah uncle saya pun dah pergi asbab kencing tikus, rasanya 10 tahun dah. Al-fatihah juga buat arwah uncle saya yang juga merupakan sepupu kepada mak saya.

Bila menaip ni jadi teringat balik tulisan arwah yang besar-besar. Suka melawak kalau tulis surat dan email. Chatting apatah lagi. Sesekali pernah keluar sama semasa cuti semester di Kuching. Nak jumpa di tanah melaya memang tak pernah pulak. Balik bercuti di Kuching je keluar minum sama, tapi bukanlah dating ya. Arwah sangat minat band Red Hot Chilli Peppers. Disebabkan arwah suka cerita pasal lagu RHCP saya pun jadi tersuka jugak lagu-lagu hit RHCP masa tu. Tapi tak ingat pulak kenapa kami tiba-tiba terus lost contact.

Zaman selepas grad, saya bekerja di sebuah company di Kuching. Langsung takde kaitan dengan apa yang saya belajar di U tapi grab je lah apa saja peluang kerja yang ada. Masa saya baru lepas grad, semestinya arwah memang dah bekerja. Beza umur saya dan arwah 5 tahun, dia form 5 saya form 1 kan? Semestinya dia awal dulu grad daripada saya. Tup tup bila dah beberapa bulan bekerja, rupanya arwah bekerja di firm di sebelah ofis saya je. Tapi masa tu kami tegur angkat kepala je, terjumpa masa dia parking kereta. Jadi segan pulak nak berbual bila dah lama lost contact. Masa mula kerja saya naik bas je, arwah pulak masa tu dah pakai kereta H. Memang terasa kerdil je lah diriku ini. Hahaha. Setakat tu je lah, sampailah saya kerja di tempat lain pulak. Memang dah tak pernah jumpa langsung dah sampai ke hari ni.

Memandangkan arwah ni sebenarnya abang kepada BFF adik saya, so saya tau jugak lah sedikit sebanyak life arwah walaupun dah tak pernah lagi jumpa. Sebab tu lah saya dapat tau berita permergian arwah, adik saya yang maklumkan malam tadi. Rumah keluarga arwah pun sekampung dengan rumah nenek saya, mak bapak saya pun tau jugaklah berita kematian orang-orang kampung dari whatsapp group qariah masjid di kampung tu. 

Sebak pulak rasa. Arwah pergi di usia 46 tahun, tanpa isteri dan anak-anak di akhir usia. Allahu. Mesti sunyi. Dulu arwah pernah berkahwin, ada anak perempuan seorang tapi jodoh tak berpanjangan. Rupanya selepas tu arwah memang tak kahwin lagi. Dengar ceritanya arwah memang ada sakit jantung. 

Sesungguhnya mati itu pasti. Cuma kita tak tau kan bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita. Bersyukurlah dan hargailah pasangan dan keluarga kita pada hari ini. Sekurang-kurangnya bila kita pergi pun, kita ada memori manis yang bakal ditinggalkan untuk mereka. 



Semoga dipermudahkan urusan terakhir arwah pagi ni. Doa buat arwah:

للَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (surga), luaskan kuburannya, mandikan ia dengan air salju dan air es. Bersihkan ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah ganti keluarga (atau istri di surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan ia ke surga, jagalah ia dari siksa kubur dan neraka."

Begitulah sedikit memori manis seorang remaja di zaman silam yang bakal terkubur bersama jasad yang bakal disemadikan pada hari ini. Sesungguhnya kematian merupakan satu momen yang akan meninggalkan semuanya menjadi satu sejarah silam. Al-fatihah.



12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Al-fatihah...Moga roh arwah dirtempatkan bersama orang-orang yang beriman...aamiin...mearik juak cerita KLMJ ktk,,,,pande syuk juak maca nya

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah diletakkan bersama org yg beriman. Mungkin jodoh yang baru akan ditemukan di Syurga kelak.

    ReplyDelete
  3. moga arwah ditempatkan bersama org-org beriman aminnnn~
    moga p'akhiran kita juga dlm husnul khotimah aminnn~

    ReplyDelete
  4. berapa hari lepas, kamek pun terkejut dengan berita kematian arwah Haji Talib Zulpilip..nama yang kamek kenal dari kecik sebagai ADUN tempat kamek orang..banyak jasa nya walaupun ramei juak sik suka nya..bila dengar nya meninggal, baru sedar da tua da dirik sebenarnya..al-Fatihah untuk semua yang dah pergi meninggalkan kita...

    ReplyDelete
  5. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Al-fatihah...Moga roh arwah dirtempatkan bersama orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un..Al-Fatihah...salam takziah dari SA

    ReplyDelete
  7. Uncle selalu jugak tertanya2 soalan yg sama.....

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un.. al fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... aamiin...

    ReplyDelete
  9. Semoga pengakhiran hayat kita semua berakhir dalam keadaan beriman dan baik2

    ReplyDelete
  10. Ikut berdukacita atas meninggalnya teman kak mim . Semoga almarhum diterima di sisi Allah, dan segala kebaikan dan amal beliau jadi penerang di kuburnya ..

    Semoga di saat kita berpulang nanti, kitapun akan meninggalkan kesan yang baik kepada sesama teman dan saudara ya kak 🤗

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailayhirojiuun.
    Takziah. Al fatihah.. Urmmm.. Bila dengar rakan-rakan dijemput illahi, memang sering tertanya2 mcmane pengakhiran kita kan.. Bersediakah kita masa tu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form