Sebelum jam 7 pagi dah terpacak depan PC opis ni. Semangat nak kerja hari ni kerana ada kerja yang perlu disiapkan hari ni sebab minggu depan dah takde di ofis.
Jalan pagi ni agak lengang padahal hari hujan. Pagi tadi bangun jam 4 pagi dengar hujan lebat. Alahai, macam manalah budak-budak nak berarak sempena maulidur rasul hari ni. Abang, Awan dan Alan semuanya ada perarakan hari ni. Sampai sekarang masih hujan tapi tak adalah selebat awal pagi tadi. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak Ibu di sekolah hari ni. Kalau tak jadi berarak adalah tu nanti aktiviti plan B sekolah, dah la semua tak bawak buku hari ni kecuali Kakak.
Dah 2 hari hujan, semalam perarakan di Padang Merdeka pun hari hujan. Nasib baiklah tak lama. Budak kami pun ikut serta cumanya kami perempuan yang minoriti di sini je tak join. Syok pulak tengok kawan-kawan berarak tapi jauhhhhh diorang cakap.
Apapun, semuanya rezeki kan. Hujan pun rezeki. Sampai awal pun rezeki. Ada la masa lebih sikit kat ofis di awal pagi ni. Orang lain tak sampai lagi, kita dah siap pun 1 tugasan dalam to do list kita bila mereka sampai. Yeay! Baiklah. Saya nak mula buat soalan ujian ni. Nanti orang baru masuk ofis, set soalan saya dah siap!
8 sumber rezeki. Paling best rezeki yang tak terduga kan? Tapi kita wajib bersangka baik dengan Allah. Kekadang Dia tak bagi direct, tapi dia akan tukarkan rezeki kita kepada sesuatu yang indah dan menyenangkan kita.
Syukur alhamdulillah atas nikmat oksigen pagi ini, masih lagi bernafas di pagi Sayyidul Ayam ni.
"Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira." (Surah Ali 'Imran, ayat 37)
Tags
Perkongsian Jumaat
betul tu. rezeki dtg dlm pelbagai bentuk...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian kitak tok Kakmim. Semoga diluaskan rezeki sebab berkongsi ilmu 😊
ReplyDeletegood sharing kak mim.. betul sgt, rezeki tu dtg dr pelbagai bentuk
ReplyDeleteterima kasih share.. sesungguhnya kita kena yakin dgn rezeki allah
ReplyDeleteyg penting kita sentiasa bersyukur atas apa jua kurniaan rezeki dariNya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya.
ReplyDeleteLihat kiri kanan, depan belakang, atas bawah semuanya ada rezeki Allah.
Betul, semua kurniaan Allah..rezeki ada dimana- mana dan pelbagai cara..
ReplyDeleteThank you sharingnya kak. Reminder untuk kita semua agar banyak bersyukur, banyak zikir, sedekah, agar tak putus rezeki kita.
ReplyDeleteNikmatnya hujan di sana . Jakarta dah 2 bulan tak hujan kak ðŸ˜ðŸ¤£. Panaaas sangaaat.