Siapa Tak Bawak Buku Kerja Sains??

Risaulah Abang balik sekolah hari ni. Mesti Ibu bebel. Of courselah Ibu bebel, hari-hari Ibu remind kemas buku, kemas buku, kemas buku. Sebelum tidur Ibu akan pesan kemas buku, selepas Subuh tanya lagi buku hari ni dah kemas? Haa... ni kantoi, buku tak bawak ni, mestilah Ibu bebel. Kan nama dah kena petik dalam group tak bawak buku hari ni. Abang... Abang..


Saya memang tak kemas buku ikut jadual anak-anak setiap hari. Sejak diorang darjah 1 lagi saya tak biasakan kemaskan buku diorang. Alhamdulillah semua #theIMANs masuk darjah 1 dah pandai membaca, mudah kerja saya. Saya hanya ajar diorang tengok jadual waktu dan susun ikut jadual waktu. Sebab tu saya tak jemu-jemu pesan dan tanya, "buku esok dah kemas? jadual waktu esok dah check?". Saya nak mereka berdikari. Kalau terlupa macam ni, saya nak mereka ingat, biar jadi pengajaran. Kena marah cikgu ke, kena denda ke, biar jadi pengajaran supaya mereka tak ulang lagi.

Macam kejam 'mak malas' ni kan? Tapi sesekali saya spotcheck jugak. Check pensel, check pemadam, check buku latihan. Part stationaries ni selalunya Awan yang kantoi. Berbatang-batang pensel tinggal sebatang je, sebesar-besar pemadam tinggal seciput je. Tapi yang terpaling menjaga barang mestilah si perfectionist Alan. Hehehe.


12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Samalah kita mem. Masuk jak darjah 1 dah pandey mbaca suruh sidak pun susun buku ekot jadual. Nang kena salu ngingat nembiak. Kadang bangun pagi baruk madah ada kerja sekolah. Kadang geram juak ati. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. sama la.. MA pun memang dah train diaorang kemas sendiri buku sekolah.... spot check tu harus la kan

    ReplyDelete
  3. Saya pun sejenis suka anak buat sendiri even kalau jadi kes tertinggal buku biar dia hadap consequences, jadi dia belajar dari kesilapan harap jadi pengajaran pada masa akan datang.. Tapi style mak-mak kannn memang akan ulang cakap banyak kali, saya pun begitu hehehe

    ReplyDelete
  4. Hmmm .... Berbatang2 pensil, terus hilang, itu pasti gawean si bocil.

    ReplyDelete
  5. Tentang stationeries tu biasa lah, minggu lepas beli pemadam, minggu ni dah tak ada.. ada kaki kot!

    ReplyDelete
  6. hehehhe saya tak check buku anak2 tp diaorg so far memang ok jer kot, bawak semua buku ikut jadual

    ReplyDelete
  7. Sama la kita Kakmim... Anak3 kemas sendiri buku, ajar diorg ikut jadual. Tapi, tetap remind everyday semua buku bawa ke, brg seni ke apa ke bawa ke tidak. Tp dalam dok remind tu kadang ada juga barang terlupa 😅

    ReplyDelete
  8. zaman nieyl sekolah semua urus sendiri, tapi ayah nieyl dia suka buat spotcheck..time dia buat tu..ha..x penah la x kena rotan hehehe :P

    ReplyDelete
  9. Cuya pon tak ingat zaman kecik2 dulu siapa kemas buku CUya... mungkin ibu pon memantau Cuya, tapi dulu2 mana ada group WS jadi ibu mana tahu kalau anak kena denda.. hehhe

    ReplyDelete
  10. SA x de masalah macam ni sebab dari awal memang dah ajar dania urus sendiri..seingat SA memang xde kisah mendebarkan hati macam ni..tapi debaran di hati bila adik bongsu ajar anak dia si Opick tu..biasa la budak 6 tahun kan..susah nak focus, cikgu PASTI plak bagi kerja sekolah menimbun sampai 10 mukasurat..dah macam mak tiri ajar anak buat kerja sekolah...sekarang kalau ada kerja sekolah Opick akan siapkan kat sekolah sebab x mampu agaknya nak hadap ibu yang garang mengalahkan mak tiri..hahaha

    ReplyDelete
  11. Oh Awan dan Alan!
    Mamanya sudah cukup mendisiplinkan kalian. Kadang-kadang kalau benda dah nak jadi, jadilah juga ye Mira.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form