Sarapan Kampung Lagi


Dalam post hari tu saya cakap nak datang lagi kan? Ya betul, kami datang lagi ke Sarapan Kampung semalam. Kali ini lebih banyak menu dan lebih ramai pesertanya. Hehehe.

Meriah breakfast kami, tu pun belum campur menu yang diorder oleh family adik saya sebab mereka sampai lambat.

Menu baharu yang kami try semalam ialah:

Serabai. Ya namanya serabai, rasanya macam apom dan makan kena cicah dengan sekaya homemade

Roti bakar telur goyang, kalau letak sekaya dah jadi roti titab kan?

Dan order dari kedai sebelah, mee goreng daging. Sedap la goreng-goreng kat kedai Dapur Que tu.

Goreng-goreng kami order di kedai no 9 ni


Kehadiran keluar breakfast semalam tak penuh, keluarga IMAN hanya 3/6, Awan Alan latihan silat di sekolah, kakak Iman pulak taknak join sebab nak tidur. Hehehe. Keluarga mak ngah pun 3/5, Aydin latihan nasyid di PASTI dan kakaknya Aya latihan kalam jamaie di SRITI. Apapun, kami semua happy dan kenyang, yeay!! Kenyang sampai tak perlu makan lunch tau. Hehehe.


 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Makan ramai-ramai meriah. Suka juga serabai tapi jarang ada dijual di kedai.

    ReplyDelete
  2. Sedap menu2 semua tu.
    Kalau roti titab tu akak tak makan kayanya sebab tak berapa gemar, macam tak kena telur separuh masak makan dengan kaya 😅

    ReplyDelete
  3. ni macam semua menu setiap negeri berkumpul disitu ye macam-macam ada

    ReplyDelete
  4. Terus rasa nak pi honeymoon kat Sarawak la..hahaha...tapi memang ada plan nak pi ngan en suami nanti..

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah merasa lagi serabai. Tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa serabaiiiii terbayang bayang cicah dgn serawa durian

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form