2 hari cuti, 2 hari berturut-turut pergi breakfast di Pusat Penjaja Semarak, tempat yang kami tak pernah explore untuk makan walaupun selalu je lalu area situ. Mungkin sebab tak tau apa yang menarik kat situ kot? Mulanya tengok review friendlist di FB. Menu satu stall kat situ memang menu minum kat rumah, ada lempeng nyior!! Dah la selalu tengok kak Amie, kak SK update cerita lempeng dan sambal tumis, memang telan air liur je lah tengok dan baca. Nak buat sendiri, lempeng biasa je lah mampu, mana la saya pernah beli nyior untuk orang buat kuih tu. Hahaha. Bila tengok je review pasal stall no 7 di Pusat Penjaja Semarak ni, apalagi. Kebetulan cuti, saya dan Encik Suami pun pergilah try breakfast di situ.
Stall no 7, Sarapan Kampung. Menu rahmah je kata ownernya, takde yang special, memang basic je. Tapi yang penting, sedap!
Simple je, kerusi meja pun tak banyak. Tapi area sini memang legend, tempat makan yang mula dibuka sejak tahun 90-an dulu.
Dan kami tak sabar nak merasa lempeng nyiornya. Gebu di dalam, crunchy di tepi tu! Makan panas-panas, aduhai! Memang sedap.
Faktor penyumbang kesedapan semestinya sambal ikan bilisnya. Adoi, sedap. Saya tak pernah pulak buat sambal tumis rasa macam ni, ni nak kena pergi makan lagi dan cari rasa apa yang saya takde letak dalam pembuatan sambal tumis saya. Hahaha. Kalau nak cicah gulapong pun boleh je. Tengah makan owner kedai hantar gulapong.
Hari pertama ke sini, saya sebenarnya agak lapar so orderlah kuey tiaw goreng dari stall sebelah. Sedap jugak. Selalu baca review di Grabfood dan Food Panda je pasal Dapur Que ni. Bila try sendiri, memang sedap. Kuey tiaw goreng yang basic tapi sambal kicapnya pedas. Memang tak berhentilah menyuap ke mulut. Sekejap-sekejap Encik Suami pulak tarik pinggan saya. Begitulah kami. Sekejap saya makan makanan dia, sekejap dia makan makanan saya. Tak rugi kan boleh merasa semua.
Kuey tiaw goreng sebelum dan selepas
Haa.. saya order goreng-goreng di stall no 9 tu, Dapur Que.
Hari kedua ke sini, saya order nasi lemak RM3. Sedap! Dia guna sambal ikan bilis yang sama dengan lempeng tu. Nasi lemak basic, ada kacang dan timun saja tanpa ikan masin. Menu rahmah katanya kan.
Sejujurnya sambal tu memang tak cukup untuk cicah lempeng nyior tu
Dan kami juga order roti kukus sekaya. Sebenarnya teringin nak order roti titab tapi takut tak habis pulak. Next time nanti nak order yang tu. Tapi roti kukus ni pun sedap. Memang berbaloi sarapan pagi kat sini. Kalau ramai boleh order semua menu yang ada. Hahaha!
Terasa nak ke sana lagilah esok. Hihihi.
Masa shoot gambar makanan atas meja tu sambil berdiri ke duduk?
ReplyDeleteKita duduk je uncle... tgn yg main peranan.. hahaha
DeleteNampak tempatnya best juga untuk bersarapan.
ReplyDeleteOpen space... mmg sedap lepak sambil sembang² pastu ramai org muda bawak parents yg dh warga emas bekfes kat sini mungkin sbb faktor menu kampung dan environment org lama² dlu
Deletewah menarik..mcm2 menu yg jarang jumpa ada ni.. kalau MA pun semua rasa nak cuba.. he he
ReplyDeletebersih tpt makan ni. tetiba rasa lapar tgk lempeng. lempeng nyio ni biasa lah buat. kesukaan hubby.
ReplyDeleterasanya penah datang di sia dolok...sebelum jadi blogger lagik...kinek jarang na makan dekat luar
ReplyDeleteadoyaiiii terliur la lempeng tuuuu dh lama i craving sebenarnya tp tu lahhh tak jumpa plak kat mana2 di area gombak ni
ReplyDeleteSedapnya dapat sarapan menu kampung. Kalau tengok dapur Kak Amie dan Mak Inche SK memang kecur air liur. Menu pilihan KakMim sedap-sedap nampaknya. Ada yang menarik perhatian selain makanan, corak pinggan yang cantik warna biru tu.
ReplyDeleteAlhamdulilah...rezeki dapat makan sedap2...
ReplyDeleteSaya suka makan lempeng.. Hihi
ReplyDeleteSaya suka makan lempeng.. Hihi
ReplyDeleteSy yg baca ni dah jadi lapar la pulak Kakmim 😂
ReplyDeleteuii....lemoe g nyo dia....
ReplyDeleteroti bakar pun nampak sedap..
Haaa...ni baru betul bokeh sebut Nasik..
swlalu ejaan nasi.ac tak puas nak sebut🤣
Dari semuanya, saya tak pernah coba lempeng nyior. Dari penjelasan kakak, dah kliatan sedaaaap sangat. Apalagi pakai sambal ikan bilis, dah confirm laah Ini enak 🤤🤤❤️. Saya memang harus segera planning ke Serawak rasanya kalo mau puas kulineran 😄🤤
ReplyDeleteBanyak menu gerai tu.. siap ada nasi kakwok.
ReplyDeleteSambal tak boleh tambah ke kakmin kalau tak cukup sebab nengok pun macam sikit je.
Okey nak pi cari sarapan...perut dah lapar tengok entry ni
ReplyDeletelempeng kalau cicah sambal bilis yg sedap... haaa sekeping mmg x cukup😁
ReplyDelete