Macam biasa hari Isnin saya akan buat rumusan photo diary untuk seminggu yang telah berlalu. Minggu lepas saya berkursus tapi nasib baiklah secara online tak perlulah outstation. Lama jugak kalau kursus outstation, seminggu! Belum lagi hari perjalanan. Memang bersyukur sangat dapat kursus online. Actually kursus yang saya kena hadir ni ialah kursus upskilling yang wajib dihadiri untuk syarat kenaikan pangkat. Walaupun saya belum lagi plan nak memohon kenaikan pangkat tahun ni at least dah cukup syarat untuk memohon pada tahun-tahun akan datang.
Bila dapat jadual kursus memang agak pack, so saya prepare stok makanan untuk kunyah-kunyah depan pc sesambil dengar trainer bagi lecture. So saya order chox chip cookies kegemaran 2 balang, kebetulan sis yang jual ada buat delivery. 1 balang untuk makan kat rumah, 1 balang lagi bawak ke ofis.
Nak buat malas, beli je tak payah nak bersusah-payah anak beranak.
Beli 2 balang je pun, sis seller sedekah dadih.
View sepanjang Isnin hingga Jumaat. Nasib baik Jumaat half day je untuk pembentangan. Boleh je kami habiskan terus pembentangan hari Khamis tapi trainer terikat dengan jadual yang telah dipersetujui dengan pihak HQ. Layan ne bukan lama pun nak present.
Gula-gula peneman setia sepanjang berkursus.
View GM vs Excel
Belum habis kursus saya dah ready poster promosi kursus Excel untuk bulan depan. Semangat semangat!
Balik kerja petang ambik semua di rumah mak, singgah beli roti sempat pulak Iman pergi 7E beli slurpee.
Kebetulan pagi Sabtu latihan silat ditangguhkan, balik mengaji kami breakfast di kedai Sarapan Kampung. Lagi? Hahaha
6-1. Kakak tak nak join sebab sayang sangat kat tilam dan bantal. Hmm..
Balik kerja hari Ahad, rehatkan diri, lapangkan fikiran sambil makan buah semangka.
Nampaknya macam semua berjalan lancar dan dipermudahkan pada minggu lepas. Syukur alhamdulillah.
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
Tags
Photo Diary
menarik jugak entries versi photo diaries ni ;)
ReplyDeleteboleh try MZ.. hehe
DeleteSA terlampau banyak photo on weekend..so kena buat 1 entry penuh dengan entry...sblom ni rajim buat photo diary...hehehe
ReplyDeleteok la tu kak... bertambah² entri jadinya
DeleteSlurpee dan tembikai ni time cuaca panas memang best.
ReplyDeletebetul betul
DeleteKakmim nampak penat, kursus seminggu. Nasib baik ada chocolate chips cookies, yek.
ReplyDeleteutk boost hormon kegembiraan kan? haha
DeleteBaiknya hati seller, beli dua balang cookies diberi berbekas-bekas dadih.
ReplyDeleteDua-dua tu nampak sedap!
regular customer kot.. hehe
DeleteCantik warna tiga dadih tu.
ReplyDeleteWalaupun penat, nampak anak-anak depan mata sudah tentu gembira tidak terkira.
kan kak? tp sygnya sy bkn penggemar dadih.. hehehe
Delete
ReplyDeleteSaya fokus ke camilannya. He he ..
terus sy google apa camilan.. hahaha.. tq nur.. salam kenal
DeleteKalau kursus fizikal dapat makan free, best haha...
ReplyDeletebetullll... kalau online kena prepare stok mknn sendiri... hihihi
DeleteKM, Kursus Excel 10/9 tu open for public or student only?
ReplyDeletekami mmg buat kursus utk komuniti kak... tp yg ni mode bersemuka... kalau ada request online br sy buat online
DeleteBestnya kursus online, boleh sambil kunyah², hahahha.
ReplyDeletebuah Semangka nampak segar :D
ReplyDeletesedapnyaaaa cookies... sy kdg kala terasa nk mkn manis cari cookies tp yg home made punya laa... rs puas hati
ReplyDelete