Tup tup dah hari Khamis. Takde idea nak throwback apa hari ni. Tapi memandangkan bulan ni bulan kelahiran Alan atau Idlan Muhaimin, saya throwback gambar dan kisah Alan semasa masih berusia beberapa hari.
Alan ni special sikit, sebab:
- tarikh lahir sama dengan Ibu
- Ibu menang peraduan di radio Era FM Sarawak selepas selamat melahirkan Alan
- krew Era FM Sarawak berkunjung ke rumah untuk beraya dan hantar hadiah
- pernah stay di hospital semasa berusia 18 hari
- pernah naik ambulans dari klinik kesihatan ke hospital umum
Memang pengalaman yang tak dapat dilupakanlah masa berpantang Alan ni atas sebab-sebab di atas. Kenapa ya Alan admitted masa tu?
Masa ni Awan keecik lagi, baru je setahun lebih. Excited dapat adik, asyik cium je lah Alan. Kebetulan masa ni kakak dan abang-abang Alan ni batuk. Dah bila asyik mencium, maka Alan pun terjangkit. Mulanya saya tak perasan, nasib baiklah confinement lady (CL) saya masa tu perasan. Dia pun cepat-cepat suruh bawak Alan ke klinik.
Kami tunggu jam 2 petang untuk ke klinik swasta pada mulanya. Sesampainya di klinik, ramailah pulak orang dah menunggu giliran walaupun klinik belum buka lagi so Encik Suami decide ke klinik kesihatan je. Bila sampai di klinik kesihatan kami terus direfer ke Unit Kecemasan. Bermulah saat-saat mendebarkan. Para doktor pun terus kecoh. Huru-hara dibuatnya. Selepas dicheck dan diberikan neb, Alan terus dipasang tangki oksigen dan kami berdua dikejarkan ke hospital umum. Rupanya oksigen dalam badan Alan semakin berkurang. Nasib baiklah Encik Suami tergerak hati untuk terus ke klinik kesihatan. Dan itulah pertama kali saya naik ambulan, siap dengan bunyi ni-no-ni-no lagi. Masa tu dalam 4.45 petang rasanya, masa sibuk orang dah nak balik kerja. Memang agak laju jugaklah ambulan yang membawa kami ke hospital umum.
Dalam ambulan, doktor yang mengiringi kami asyik tanya, "mak, mak, baby ok tak? baby masih bernafas?". Memang berkali-kali dia tanya dalam perjalanan ke hospital. Nasib baik saya masih bertenang dan tak menangis.
Bila sampai di hospital kami terus ke red zone dan doktor yang mengiringi kami pun terus discus dengan doktor di SGH untuk treatment plan Alan yang telah didiagnosis dengan lung infection. Dan tak lama lepas tu kami pun dihantar ke wad paed. Doktor dari klinik kesihatan masih mengiringi kami sampai di wad. Bila di wad, kami berdua ditempatkan di katil yang berhadapan dengan stesen kerja nurse. Biasalah kes yang memerlukan pemantauan rapi memang akan parking di depan nurse. Dalam 3-4 hari jugaklah kami di situ. Masa di situ Alan memang memerlukan neb selang 2-3 jam bila dah semakin dikurangkan jam barulah kami dipindahkan di katil yang jauh dari nurse.
Maka, merasalah saya seminggu lebih jugak berpantang di wad. Bayaran CL pun dia bagi diskaun sebab dia tak 'menjaga' kami sepanjang kami di hospital.
Alan dengan 'uniform' hospitalnya. Kompilasi gambar sejurus saja lahir sehinggalah Alan berusia sebulan (gambar bawah kanan).
Tahun 2023, Alan atau Idlan Muhaimin kami dah berusia 8 tahun dah. Alhamdulillah sihat cuma masih kecik cononet je lagi. Hihihi.
Mendebarkan sungguh kenangan Alan ni, Mim. Memang special budaknya ni
ReplyDeletemencipta sejarah berpantang di wad.. hehehe
DeleteDah besar dah sihat hensemmm dah :)
ReplyDeletealhamdulillah... dh sihat ke tu SR?
DeleteAlan sebaya Uyum rupanya.. mana le Awan x geram tgk baby cinonet tu.. kita yg tgk pun geram nak gomol2 hehehe.. tp alhamdulilah, nasib baik MIM cepat perasan keadaan Alan masa tu.. terima kasih la kat CL awak tu kan
ReplyDeleteuyum darjah 2 ke? ingatkan uyum sebaya awan darjah 3.. ehehe
Deletelain anak lain pengalaman dan ragam kan...my 3 boys..yg palung byk admit wad ialah yg sulung ie zharfan
ReplyDeleteSemoga Alan terus membesar dengan sihat ye..
ReplyDeleteKenangan yang mendebarkan... Alhamdulillah masih bertahan Dan sihat sampai harini..Terus membesar dengan sihat Dan berjaya ye...
ReplyDeletetok kisah yang mendebarkan juak....bagsu juga ditulis dalam blog...boleh jadi kenangan dan bahan bacaan untuk orang lain juak
ReplyDeleteSehat"selalu Alan 😘.saya agak sedikit trauma kalau dengar ambulan..ibu saya pas sakit dan meninggal naik mobil itu
ReplyDeletePengalaman yang mendebarkan ni Mira, dan pastinya tidak dapat dilupakan. Moga Alan terus membesar dengan sihat.
ReplyDeleteMujur cepat ye…
ReplyDeleteThanks to Alanlah gitu sbb bagi mamanya peluang naik ambulance neno neno…
Ya Allah, nasib baik CL kitak perasan Alan nampak kedak sik cukup oksigen oo. Mesti kitak rasa terhutang budi dgnnya. Semoga Alan membesar dengan sihat.
ReplyDeleteAllahu..memang mendebarkan sungguh tu.pengalaman betul... alhamdulillah, now dah big boy dah..moga sentiasa sihat key
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman naik ambulance dari Klinik Kesihatan Ke Hospital Besar.
ReplyDelete