Lunch Hari Sabtu

Belum habis rupanya kisah di hari Sabtu yang lalu. Bila duduk rumah tapi malas nak masak, beginilah. Lepas makan bubur nasi berlauk teringin pulak nak makan lempeng dengan sambal bilis. Kebetulan sambal untuk nasi lemak hari tu memang saya buat lebih sedikit, so ada balance untuk cicah-cicah dengan lempeng. Lepas tu hantar sedikit rumah mak buat adik-adik kita raso-raso. 

Jam 12 tengah hari mulalah melempeng. Jadinya makan tengah hari dengan lempeng je hari tu. Memang malas nak masak pun. Plan nak lunch kat luar tapi nak keluar selepas zohor. Bila dah lepas zohor, semua tak nak keluar. Ibu Ayah je lah keluar, eh Alan je yang sudi jadi 'ubat nyamuk'. Hehehe.

Baru perasan tak ada pun ambik gambar keluar bertiga dengan Alan. Memang minggu tak geng camera handphone agaknya minggu lepas ye. 

Siap 1 lempeng, hidang. Siap lagi 1, hidang. Begitulah. Awan Alan ni suka makan yang panas-panas, tapi diorang suka cicah susu pekat manis tu. Ibu Ayah jugak yang paling last makan. Ibu Ayah special ada versi manis dan pedas. Mula-mula cicah sambal bilis, lepas tu penutup cicah susu pulak. Makan kat rumah suka hatilah kan, bukan kena caj pun. Hahaha!!

Tak pernah Ibu buat lempeng kemudian gulung macam ni. Awan Alan pun pelik, inti apa Bu? Inti apa Bu? Eh manada inti, macam biasa je lah. Sebab Ibu teringin tengok akak-akak blogger suka gulung lempeng itu yang jadi lempeng gulung. Hihihi.


15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya juga suka makanan yang panas2.

    ReplyDelete
  2. Saya lihat rasanya memang cocok dengan sambal ikan bilis kue lempeng nih. 😄. Jadi teringat dengan sambel bilis yg saya bawa dari Penang, untuk stok di jakarta. Dah habis dah. Si anak bungsu suka sangat sambel nasi lemak saat di Penang kemarin 😄😄. Kalo balik Malaysia lagi, saya nak beli lebih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu kena repeat lg la ke sini.. hehehe... teringat dulu masa sy belajar pun ada geng di kolej asal dr indonesia jugak.. lost contact sudah

      Delete
    2. Kalo ingat teman kolej, ada satu yg saya sedih, Krn lost contact juga. Padahal kami sempat masih berhubungan , dan dia pun pernah ke Jakarta 2016. Ntah kenapa tiba2 menghilang. Semua nomor tak aktif, email tak ada. Orang Kedah, coba cari semua media sosial, juga tak ketemu. Pdhl dulu saya dekat sekali dengan dia. Bingung nak cari :(

      Delete
  3. Sama mcm si Adik, suka makan lempeng cicah susu.
    Itu la, lepas ni kalau buat lempeng nak gulung² gak : D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? semuanya pengaruh rakan blogger.. hahaha

      Delete
  4. MZ craving nak mkn lempeng cuma tak tau nak beli kat mana hahaha memang tak reti la nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kak... ada tepung gandum on dah tu.. hehehe

      Delete
  5. Gulung-gulung bagi nampak presentable je masa ambil gambar hehe..
    Belum cuba lagi makan dengan susu pekat manis tapi kalau makan dengan gula tu ada lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami dr kecik mmg mkn cicah dgn susu... baru skrg ni tau boleh cicah sambal.. hahaha

      Delete
  6. Kacak kejadian lempeng gulung ya hehe. Kmk org dolok pun mak polah lempeng makan dgn susu junjung / gula. Ney sik diabetes hihi

    ReplyDelete
  7. Kluarga saya menyebutnya sama kue lempeng juga, tapi biasanya terbuat dari tepung beras

    ReplyDelete
  8. Lempeng panas- panas memang laju je masuk mulut..hehehe...teringat last week en tunnag makan lempeng pak zain buat..sekali 4 keping..hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form