Jiranku Adikku

Kisah 2 minggu lepas, Encik Suami beli ikan gelama, sampai je di rumah saya terus goreng. Memang sedap, mungkin ikan tu fresh atau mungkin jugak itu ikan gelama pisang (warna keemasan) so rasanya memang lain daripada ikan gelama biasa. Lepas tu keesokkan harinya dia pergi lagi beli ikan gelama pisang tu tapi tak ada yang saiz besar, dia beli je yang saiz biasa. Encik Suami cakap nak makan masak kuning (masak pindang) pulak. Baiklah, senang je tu. Er. Lepas tu barulah teringat asam keping dah habis, lupa nak top up stok hari tu. Adeh. Pastu saya termenung sekejap. Masa tu dah petang, hari Ahad. Kesian pulak nak suruh Encik Suami pergi beli asam keping tu je.

Lepas tu saya whatsapp adik (mak ngah). Walaupun dia di Miri, saya di Kuching, saya tanya ada asam keping tak kat rumah? Kalau ada nak mintak. Dia cakap ada, nanti dia suruh Amirul & Aydin hantar ke rumah. Ahaaa... nasib baik. Nasiblah jiranku, adikku. Senang nak berpinjam-pinjam barang. Adik di Miri pun on je sebab husband dan anak-anaknya semua di Kuching.

Begitulah kami, biasa je mintak serai lah, halia lah, susu cairlah, pinjam telur pun ada. Hahaha! Sebab tu lah 2nd home kami nanti ambik rumah sebelah-nyebelah. Sekarang ni 1 lorong je, ada la selang 6 buah rumah, insya Allah rumah kedua kami bersebelahan je. 

Kebetulan ada sebungkus yang belum bukak lagi. Nanti saya ganti balik sebungkus yang baru, senang.

Ikan gelama masak lempah kuning, kata orang Sarawak. Atau sama je dengan masak pindang. Alan suka hirup kuah ni, sebab masam-masam kan? Peminat tomyam macam tu la.

 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ada adik berdekatan bole la pinjam2 bahan yg tkde kan

    ReplyDelete
  2. Hihihi.. kita teringat dulu berjiran dengan makcik, memang selalu pinjam² barang masak, hahahahaha.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya masak pindang, lama dah x buat masak pindang, bendi takde..Dulu la zaman jiran- jirn jenis help each other memang ada la babak2 pinjam2 ni...pas tu nak ganti balik x bagi..hahaha

    ReplyDelete
  4. dana pun biasa dengn adik gitu, rumah dia pun dekat je blok depan rumah dana hhehehe pinjam barang tu biasa kg lupa nk pulangkan hehheh

    ReplyDelete
  5. Wak kalau masak pindang ni suka guna ikan puput atau terubuk.

    ReplyDelete
  6. untung kalau adik beradik rumah dekat-dekat...apa-apa berlalu senang nak minta tolong

    ReplyDelete
  7. Mula-mula dok baca macamana adik di Miri dan KM di Kuching boleh berjiran... rupanya rumah setaman dan adik berada di Miri 😁

    ReplyDelete
  8. memang best!! MZ pernah berjiran dgn my adik sblm dia pindah ke tempat lain...tp tu lah..sekejap jer kami berjiran...

    ReplyDelete
  9. Nah sayapun sering masak pindang kuah bening begini ...asam gurih sedikit pedas

    ReplyDelete
  10. Best sangat ni. Boleh pinjam meminjam dan bertukar juadah hehe ...
    Anak3 PH suka tomyam tapi kuah pindang diorg tak suka pula. Sama cam ayahnya juga huhu

    ReplyDelete
  11. Hm . .. Adik jauh kakaknya jauh tak ada salahnya menanyakan asam keping.

    ReplyDelete
  12. Nyaman jak rupa ikan masak lempah ya. Mun mak kmk pun resipi nya engkah hirisan tomato / terung iban sekali

    ReplyDelete
  13. Pasti senang sangat kalo rumah dekat dengan kakak beradik kan. Kebayang bisa sering mampir. Saya dan adik nomor 2 sama2 jakarta, tapi jauh jaraknya 🤣. Tak bisa sering ketemu. Semntara yg no 3&4 lebih jauh lagi, di Tapanuli dan Medan. Ketemunya 2 atau 3 tahun sekali 😅

    Bersyukur kalo hubungan kita dengan saudara kandung rukun dan dekat. Terkadang ada juga sesama saudara kandung tapi hubungan tak baik.

    Ikan masak pindang ini dulu mama saya sering buat. Saya suka pindang, tapi biasanya iga sapi. Kalo ikan saya tak seberapa suka kak 😅. Papa yg suka sangaaat. 👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form