Hujung minggu lepas masa breakfast di kedai Sarapan Kampung owner kedai air bagi kami buah kristal untuk rasa-rasa. Sekarang ni memang musim buah kristal. Lepas balik breakfast singgah rumah mak, bapak pun jamu buah kristal, siap suruh bawak balik tapau lagi.
Buah kristal ni saya pun baru kenal dalam 4-5 tahun ni. Masa kecik-kecik dulu macam tak wujud pulak buah kristal ni.
Abang tanya, kenapa buah ni diberi nama buah kristal? Kristal kan clear & transparent, buah ni tak macam kristal pun. Ye tak ye jugak. Gelap semacam je kulitnya. Keras pulak tu. Nak bukak pun kena tau caranya sebab memang kulitnya keras!! Kalau terpijak memang sakit tapak kaki rasanya.
Buah kristal dan isinya. Mungkin isinya jernih macam tu digelar buah kristal kot?
MZ tanya macam mana rasa buah ni, rasanya manis, macam rasa longan + laici + rambutan. Haaa... manis macam tu lah. Isinya pun tak lembik tapi kalau dah gigit masuk mulut memang juicy. Begitulah rasanya.
Saya tak taulah kat Melaya sana ada ke tak buah kristal ni. Saya ada tengok kenalan di sini (orang Terengganu) ambik order jual buah kristal ni dan pos ke kampung di Terengganu. Memang berkilo-kilolah dia pos ke Terengganu. Bukan buah kristal je dia jual kat orang kampung, minyak angin Fresh Care dan batik Sarawak pun dia pos sekali!! Memang saya respeklah orang Pantai Timur ni memang bijak mengambil peluang & business minded no 1.
Sedap buah ni, manis leting. Tempat kami panggil matoa. Hazab nak kopek hehe, kami biasa guna penukul, ketuk satu2 baru kupas.
ReplyDeletekami guna 2 biji buah kak, 1 tgn knn 1 tgn kiri kemudian pecahkan dgn melagakan 2 buah tst
Deleteoo camtu eh, baru tau 😁😁
Deletetak pernah jumpa dan tak pernah lagi mencuba...
ReplyDeleteteringin juga nak rasa...
itu lah mcm ramai jugak x familiar dgn buah ni
DeleteSebenarnya tak pernah tahu pun kewujudan buah ni. Unik juga isinya tu. Kalau dah rasa gabungan 3 buah rasa rasa buah ni memang sedap la.
ReplyDeletesedap... nk bukak pun mencabar... x dpt gigit guna gigi
Deletefirstime tgk buah ni
ReplyDeletemesti sedapp
isinya mcm buah mata kucing pun ada
lebih kpd tekstur isi buah longan.. manisss
Deletesaya pun baru je tau pasal buah ni..duk lalu lalang orang share dalam fb..
ReplyDeletenampak pun sedap ni Mim :)
ReplyDeleteSik pernah gik kmk makan buah tok. Nampaknya macam isi longan.
ReplyDeletetq for the info mim...terharu i sbb mim sudi jwb soalan i hehheh buah tu nampak mcm buah mata kucing ie kaler dan textur isi tu ;) teringin gak nak try one day ;)
ReplyDeleteSA pun x pernah makan...pernah la tengok orang share...eh...teringinnya nak rasa la
ReplyDeletetak.penah jumpa lg buah ni
ReplyDelete