Ujian Kita Tidak Sama

Assalamualaikum.. selamat pagi. Apa khabar semua sahabat blogger saya hari ni? Dah sarapan ke belum? Dah mandi ke belum? Ada berak tak pagi ni? Lauk basah untuk masak hari ni dah defroze ke belum? Eh banyak pulak soalannya. Takpe jawab dalam hati boleh, jawab di komen lagilah boleh.

Begitulah ya setiap hari akan ada sesuatu yang baru untuk kita, jangan dikenang lagi kisah semalam. Pahit ke manis ke ia tetap berlalu. Pastikan kita terus melangkah laju dengan semangat baru pada hari ini.

Semalam, seharian takde line internet di ofis. Semua kerja stuck. Dengar taklimat semalam pun guna hotspot. Nak guna handphone takde bawak headphone pulak. Nak blogwalking guna handphone tak syok pulak, tak puas tengok gambar dan baca. Sebab tu semalam sempat update entri saja guna handphone.

Lepas tu jam 12 tengah hari, Encik Suami tetiba call bagitau dia tak dapat nak hantar lunch kat Awan dan Alan. Tetiba dipanggil untuk urgent meeting. Saya pulak sedang makan di ofis. Baru jugak 4-5 suap nasik masuk ke mulut. Bila dengar macam tu, saya terus tutup tapau, basuh tangan dan terus gerak keluar ofis, tapaukan lunch untuk mereka berdua dan terus pecut ke sekolah Awan Alan. Mereka balik jam 12.30 tengah hari, memang saya tak sempat on time. Dah lah cash tak cukup nak beli air, tapau lunch pun guna Sarawak Pay je sebab kedai yang saya tapau tu takde jual air tin atau botol, semuanya bancuh. Itulah keburukan bila bergantung sangat dengan kemudahan cashless ni. Menyesal pulak tak ambik cash weekend hari tu. Sedihnya tengok muka Awan bila bagitau takde air sejuk. Air Coway di ofis pun tetiba tak sejuk semalam dengan aisnya tak keluar. Macam-macam dugaan. Sebab tu saya tak suka benda-benda last minute ni. Saya jadi anxiety bila rushing, sampai di sekolah pulak takde parking, memang tak keruan dibuatnya. Memang terasa down habis. Lepas tu rushing pulak ambik Kakak. Adoi memang asyik fikir takde parking je. Saya ni sejenis yang suka menunggu. Especially anak, saya tak suka anak-anak menunggu, biarlah saya yang menunggu mereka. Nasib baik sempat semuanya.

Hmmm... mungkin itu ujian saya semalam kot.

Malamnya tetiba dapat pulak FB messenger dari kawan sekolah rendah. Kami tidaklah rapat pun, tak sama kelas pun masa sekolah rendah. Saya dah agak dah mesti ada something ni bila tiba-tiba mesej. Dan betul telahan saya, dia sedang diuji. Saya skodeng FB dia, tengok dia promote jualan aiskrim Malaysia dia. Sedihnya. Saya tak mampu nak tolong banyak, niat sedekah je nak bantu dia. Memang kita semua sedang diuji dengan peningkatan harga makanan dan barang keperluan sekarang. Mungkin dari luaran orang nampak kita semua cukup makan pakai semua tapi di sebaliknya kita memang cukup-cukup makan saja. Masih juga countdown tunggu hari gaji. Tapi begitulah, ujian kita tidak sama kan?

Semoga sahabat-sahabat kita yang sedang diuji sekarang dipermudahkan urusan mereka. Aamin ya rabbal alamin.



19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Allahuakbar begitu la kan hidup ni penuh dengan ujian...saya pun dah berapa hari tak sihat,bila badan lemah ni macam2 la rasa&fikir yang bukan2

    ReplyDelete
  2. Akak pun tak suka bw guna hp. Mata makin tua, susah baca skrin kecik 😄

    Sungguh kan….ujian tiap kita tak sama. Kita nampak orang lain OK, jangan terus sangka dia OK. Tak semua orang akan ceritakan apa masalah hidup yang dilalui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. kadang2 nampak ok je husband & wife tup tup bercerai.. itupun selalu menjadi surprise jgk skrg.. kita xtau ujian masing2

      Delete
  3. Sama macam kmk kitak mem, mun dah rushing mulala macam anxiety. Kinek lagiklah... Simptom hypertiroid lebih kurang sama jak macam Anxiety. Cabaran hidup kinek dengan harga barang yang nait. Urang nangga kita macam senang, kadang cukup² sampey hujung bulan. Apa² pun tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Semoga urusan kita semua dipermudahkanlah hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah x suka bila dh start berdebar² ya... br kmk tauk simptom hypertiroid sama mcm anxiety paduhal

      Delete
  4. Cobaan hidup ya kak macam".jadinya bikin panik dan stress sendiri

    ReplyDelete
  5. moga kita semua dipermudahkan urusan setiap hari.

    ReplyDelete
  6. ujian kita tidak sama, tergantung kemampuan masing2. semoga kita semua mendapat kemudahan dalam menghadapi ujian hidup....

    ReplyDelete
  7. Betul kak, kadang pula saya ingin mengeluh tetapi tengok orang-orang lagi banyak yang kesulitan.

    ReplyDelete
  8. Betul... Tapi ujian diturunkan sesuai dengan kekuatan kita

    ReplyDelete
  9. Dah malam baru sempat jengah blog kawan2.. betul tu kakmim, ujian masing2 x sama. Apa pun ujian, moga kuat & tabah hadapinya and semoga semunya dipermudahkan...aamiin

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua 🤲

    ReplyDelete
  11. Kerja blog memang best lagi guna laptop. Guna handphone kurang feel dia. Kadang begitulah, ada hari harinya banyak sangat dugaannya.

    ReplyDelete
  12. Aminn, atas doanya. Betul, ujian kita semua tak sama. Tapi Insya-Allah, kita boleh laluinya, dengan sabar. :)

    ReplyDelete
  13. Allahu.. bertimpa2 pula. Semoga hari² mendatang lebih baik buat semua.

    ReplyDelete
  14. ya ujian kita tak sama. namun di sebalik semua ni, moga2 kita menjadi hamba-Nya yg lebih baik dengan adanya ujian (hidup)

    ReplyDelete
  15. Ada hari-hari tertentu yang boleh buat kita tambah stress.... eh, memang hari-hari stress tapi dalam kawalan. Mmemang betul, ujian kita tidak sama. Apa pun, marilah hadapi dengan tabah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form