Sukuan ke-3 di Ambang Awal Muharam

Setahun ada 4 sukuan, setiap sukuan ada KPI. Sekarang masa untuk perancangan sukuan ke-3. Semalam hadir 2 meeting, pagi dan petang. Balik je kerja semalam memang badan sakit-sakit, pening kepala, memang peng habislah bila sampai rumah. Masak memang tak larat, Encik Suaami dah tapaukan makan malam. Lepas telan panadol, off lampu dan terus tidur. Mintak tolong Iman handlekan kerja-kerja rumah yang lain. Nasiblah anak-anak lelaki pun dah dilatih untuk membantu kakaknya.


Kisah semalam. Strepsil pun masuk meeting sekali, sakit tekak pun tetiba menghadirkan diri jugak. Alahai, teruk sangat antibodi sekarang.

Sebab tu tak sempat nak blogwalking sangat semalam. Entri baru pun tak ada semalam. Nasib baik ada post sebelum tidur tu. Adalah jugak kan? Entri dalam draft hanya ada gambar saja tanpa kata-kata. Hahaha.


Pagi ni bangun tidur rasa ok sikit tapi telan panadaol jugaklah lepas makan nasi goreng sikit tadi. Slaid meeting untuk hari ni pun baru sempat nak update masuk ofis pagi tadi. Kita kena work smart, guna je template sukuan lepas kan? Senang cerita. Tak payah buang masa, pening-pening menambahkan sakit kepala. Hati sendiri, sendiri kena jaga. Stress management itu penting gais. 

Oh, ya salam awal Muharam ya semua. Seronok dengar Aura Pagi di Sarawak.fm pagi tadi. Semoga ada kekuatan selepas habis meeting nanti untuk ulas balik perkongsian dari Ustazah Rogayah Hj Zen di segmen aura Pagi di Sarawak.fm tadi.

 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. moga cepat ok tekak tu.. aamiin..
    good morning kak mim... have a good day!!!

    ReplyDelete
  2. Strepsil tu perisa yang saya suka. Perisa lain tak boleh terima sangat hehe.

    ReplyDelete
  3. Lekas pulih...dan curi"waktu tuk istirahat sejenak

    ReplyDelete
  4. Bawa-bawa berehat Mira. Moga cepat sembuh.
    Pagi tadi saya pun rasa nak demam. Lepas sarapan makan ubat, tengah hari okay sudah.

    ReplyDelete
  5. Macam SA la hari tu...busy..lepas tu tiba2 sakit tekak...tiba2 demam...semua tiba2...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form