Sarapan Apa Pagi Ini?

Alhamdulillah, setiap pagi saya memang bawak bekal untuk makan kat ofis tanpa gagal. Ya lah, apa yang #theIMANs bekal, itulah yang saya bawak jugak. Tapi hari ni Ayah Ibu bekal sandwich tuna & telur cheese, special sikit while #theIMANs sandwich tuna, sandwich coklat dan sandwich peanut butter + grape.


Bila sampai ofis, bukak bekal, erkkkk... terkejut tengok cheese mencair dan meleleh macam ni. Tadi saya rajin sikit buat telur mata bungkus dengan cheese. So 1 layer ada telur cheese, 1 layer lagi tuna & timun. Encik Suami suh letak salad sebenarnya tapi tak ada salad, bubuh je lah timun.

Dah hujung-hujung baru nampak layer telur

Pagi ni minum Ovaltine, tak bancuh teh o. Tapi tak best pulak rasa Ovaltine jaman now. Nak buat macam mana, nanti mesti ada yang perabihkan 3 in 1 ni dengan meratah begitu saja. Kakak Iman ler tu. Selalu je terkejut-terkejut tengok Milo habis. Nak marah pun tak guna sebab Ibunya pun macam tu jugak kecik-kecik dulu.


Tema bunga-bunga hari ni sempena semalam cuti, besok dah Khamis lepas tu Jumaat dan lepas tu cuti weekend. Hihihi. Sebab tu senyap semalam ek. Tapi ada sebabnya ambik cuti semalam. Er, suka pulak design bunga-bunga banyak kaler macam ni. Matching banyak kaler baju kan?

 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bagus sidak anak2 mok makan sandwich. Anak2 kmk sik makan sandwich. Paling2 pun roti sapu nutella jak.

    ReplyDelete
  2. Belum jumpa lagi Ovaltine 3 in 1 ni dan dah lamaaaaaa sangat tak minum ovaltine. Lupa dah rasa dia camne hikhik..
    Cantik tudung munge2... akak pun suka pakai bawal bunga sebab baju ofis plain colour.

    ReplyDelete
  3. sama ngan MA,.. kalau buat bekal Iris..sekali la bekal utk MA sekali..
    lately ni je dah slow down skt..
    cantik tudung nya...

    ReplyDelete
  4. sedap menu bfast tu bila cheese tu extra leleh...pg td bfast nasi berlauk

    ReplyDelete
  5. Tadi pagi sarapan berat..nasi rames hehehe

    ReplyDelete
  6. uissh meltingnya tengok sandwich ibu...boleh la buat idea bekal kami juga

    ReplyDelete
  7. Cantik tudung Mim…banyak kaler gini mudah nak match dengan baju.
    Pagi tadi akak sarapan pasta salad. Buat banyak, sampai ke tengah hari makan itu jugaklah 😄

    ReplyDelete
  8. Haaa.. mmg boleh matching byk kaler tu, Mim. Kita pun dah brp hari bawa sandwich, tapi tuna semata la. Baca Mim tulis, baru teringat kita pun ada timun, knp la tak letak sekali dlm sandwich.

    ReplyDelete
  9. Ehh Cuya pon suka makan Milo. Mesti cicah dengan roti....
    Pastu bila dah nak habis kena bebel dgn ibu...
    kikiki

    tapi tu dulu lah masa kecik2

    ReplyDelete
  10. sedap, skrg ni dah malas buat sandwish sebagai sarapan

    ReplyDelete
  11. cantik tudung bunga2 tuuuuu i likeeee

    ReplyDelete
  12. Tapi memang rasa Milo lebih sedap drpd Ovaltine kak. Dan saya LBH suka Milo Malaysia drpd Indonesia. Beda rasanya 🤣

    Makanya kemarin di Penang, saya borong banyak Milo di sana 😄

    ReplyDelete
  13. Kita pun sandwich juga semalam pagi..
    Lawa la tudung munger-munger

    ReplyDelete
  14. bila ada roti boleh bt mcm2 jenis sandwich heheh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form