Rojaklah, My Comfort Food

Kisah balik kerja hari Ahad yang lepas. Masa tu kepala dah pening, check out ofis awal. Takpe kumpul jam saja hari tu, tak dapat nak mengadap pc sampai petang. Encik Suami cakap, jom makan kat luar. On!! Lama jugak dah tak meronda shopping mall rasanya.

So kami direct ke Plaza Merdeka je, sebab saya nak makan rojak di Rojaklah. Dah ada simptom stress kenalah cari comfort food kan? 

Alan pulak risau bila bagitau nak ke Plaza Merdeka.

Alan: Ayah ingat ke jalan nak ke Plaza Merdeka?
Ayah: Adohhh... tak ingat la Lan. 
Ibu: Kenapa Lan? Kenapa Ayah tak ingat?
Alan: Ayah kan selalu lupa bawak tupperware air dia pagi-pagi. Mesti dia dah lupa jalan ke Plaza Merdeka, kan dah lama tak pergi sana. Ayah kan selalu lupa.

Ibu dan Ayah gelak je. Iyalah Alan. Ayah layankan saja, buat-buat tak ingat jalan. So Alan lah yang jadi waze, jalan terus, belok kiri, kanan.. hahaha. Apalagi Alan bila kita buat macam tu, dia pun bangga diri. Hahaha. Suka kami nak melayan ragam si bongsu ni.


Bahagianya tengok yang warna-warni macam ni. Buah wajib mestilah jambu. 3 jenis jambu semua grab. Nanas pun wajib jugak dengan timun. 

Nak pilih semua buah boleh je tapi nanti jangan terkejut tengok harga. Sebab rojak sini 100 gram/RM4.50.

Yang saya pilih semuanya RM19.00. Dan jangan lupa cakap nak pedas. Nyum nyum.

Oops, kami tapau je, nanti nak makan rojak di Tuk Tuk.


Sedapnya. Masa taip ni dah teringat-ingat lagi dah rojak di Rojaklah ni. Perah limau, pedas, kacang pulak banyak. Sementara tunggu order Tuk Tuk sampai, cepat je kuantiti rojak ni berkurangan.


Encik Suami tetiba nak try boat noodle di Tuk Tuk. Sebab memang tak pernah try pun boat noodle kat sini. Ok la, not bad. Tapi tak puas memang nak kena order banyak. Saya prefer lagi makan set nasik  kalau di Tuk Tuk.

Yang lelaki sibuk bersembang, kakak je layan Ibu 0.5. Abang, Awan, Alan ni memang sejenis yang bersembang tak habis-habis. Ada saja topik bualan mereka. Lepas setel makan, jalan-jalan sikit beli barang si kakak dan terus balik. Janji dah dapat dah comfort food.

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. boat noodle kena makan bermangkuk-mangkuk baru puas hati...tertelan2 airliur tengok rojak perah limau nipis

    ReplyDelete
  2. Puas hati kan..kalau kak SA pun akan buat benda yang sama gak...hehehe...nak plak skrg dah ada geng jenjalan, start keta je sampai la kami berdua mana nak pi

    ReplyDelete
  3. Alamak terliur pulak tengok rojak ni la....haha....

    ReplyDelete
  4. haha dulu pun seronok main tunjuk sekali terkejut bila kena bayar harga sekian sekian.

    ReplyDelete
  5. Saya pun jilat bibir ni tengok rojak tu. Aduinaaaa.... kecur sudah!

    ReplyDelete
  6. saya kdg2 beli buah2 yg dh siap potong tu kat giant bt caves (bkn kuah rojak tp serbuk asam boi etc) hahah memang harga nya gitu ler, ikut timbangan, so kena berhati2 amik kalau tak jenuh nak membayar hahahah

    ReplyDelete
  7. Sedep ni rujak buahnya, kebetulan saya juga sering beli rujak buah ..hehe

    ReplyDelete
  8. walaupun agak kayangan regenya, tapi nampak sos dia pekat dan banyak...sedapnya

    ReplyDelete
  9. Ooo... Rojak buah rupanya. Nampak sedap. Best dapat makan luar, seisi keluarga.

    ReplyDelete
  10. uishhh.. rojak tu buat orang telan air liur lah!

    ReplyDelete
  11. Ya Allah jadi pengin rujaaaak 😄😄😄❤️. Nak pesan esoklah pakai gofood 🤣. Saya suka sangat buah2annya. Dan sama kak, kalo pesan rujak, saya pun wajiiib jambu. Dan sausnya harus pedaaaas 😄👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form