Photo Diary #4

Photo diary minggu ni nampaknya bertemakan jalan raya. Macam kebetulan pulak minggu lepas banyak ambik gambar makanan, minggu ni banyak ambik gambar di jalanan. Kebanyakannya gambar diambil semasa nak pergi kerja dan balik dari kerja.

Jalan on the way balik ke rumah.

Gambar dari dalam kereta semasa menunggu Iman balik dari sekolah.

Tunggu queue nak keluar dari roundabout balik dari hantar Iman ke sekolah, sempat lagi snap.

Jalan menuju ke lubuk mencari rezeki, belum jam 7 pagi lagi.

On the way balik ke rumah, balik awal kereta masih tak banyak.

On the way ke rumah lagi.

Jalan alternatif, lurus dan agak sunyi tapi view cantik. Tempat pengantin outdoor photoshoot gambar kahwin.

Suka tengok pokok-pokok macam dalam lukisan. Tapi kalau hari hujan dan berangin bahaya lalu area pokok macam ni.

Suka tengok awan terus je snap.

Masa kursus mobile photography hari tu, cikgu tu ada cakap, awan di Sarawak ni cantik. Cikgu tu dari Melaya. Masa tu saya pun baru perasan, betul jugak kata cikgu tu. Kalau rajin edit dan touch up sikit tone warna gambar-gambar awan mesti lagi indah jadinya. Adoi teringat pulak teori photography hari tu. Gambar yang cantik vs gambar yang indah. Tak sama rupanya intrepertasinya.  

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akak pun suka tengok awan…awan waktu gelap nak hujan atau waktu cerah semuanya ada pesona bila direnung. Banyak snap, tapi yang publish sikit. Lain2 tu cukup masa delete, kalau lawa sangat simpan kat Telegram.

    ReplyDelete
  2. Kadang memandu dalam jammed, suka ambil gambar buat ig stories

    ReplyDelete
  3. nampak tenang je suasana jalan balik jalan pergi kerja kakmim...laluan saya sentiasa sibuk kereta laju drive dalam keadaan kecut perut...moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah pergi&balik kerja

    ReplyDelete
  4. salam snggah. sejuk tenang je pemandangan yang banyak pokok tu. kawasan kerja saya merimbun2 juga pokok kiri kanan. bila kuar, jarang2 jumpa tempat yg byk pokok.

    ReplyDelete
  5. view pokok2 and langit tu mmg best tgk...lupa aritu nk minta contact no sbb last week outstation ke Kuching

    ReplyDelete
  6. jalan yg biasa dilalui bila dipotretkan jadi luar biasa...indah lukisan alam..

    ReplyDelete
  7. subhanallah...nicely captured.
    sama mcm MA..suka tgk awan... indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  8. Cakep kak..apalagi yg pohon"dan langit penuh awan biru

    ReplyDelete
  9. Cantik-cantik gambarnya.
    Kita ini ibarat burung. Keluar dari sarang di pagi hari, menjelang petang baru balik.

    ReplyDelete
  10. Tahun depan nak start la buat photo diary...start untuk every week kan...dari delete jer gambar..SA ada buat sblom ni cuma dah x ikut turutan...nanti bleh start balik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form