Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharam dan Anak Muda Zaman Rasulullah Yang Patut Menjadi Role Model Generasi Muda Sekarang

Pagi semalam di Aura Pagi (Sarawak.fm) topik sangat best, berkenaan tahun baru hijrah dan bulan pertama dalam kalendar Islam, iaitu bulan Muharam dan kisah keberanian dan pengorbanan anak-anak muda di zmaan Rasulullah SAW. Kalau tak silap, ustazah yang bertugas semalam ialah Ustazah Anisah Amit. Tajuknya semalam berkenaan generasi muda pejuang agama pada masa depan. Lebih kurang macam tu lah, tak ingat pulak tajuknya yang lebih tepat. Antara take away saya semalam:

Bulan Muharam ni banyak peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam. Antaranya ialah:

  1. Nabi Musa A.S diselamatkan dari dikejar Firaun - Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa ini juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah umat Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.
  2. Allah menerima taubat Nabi Adam A.S - Nabi Adam A.S melanggar larangan Allah untuk tidak memakan salah satu buah di dalam Syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi bersama SIti Hawa. Nabi Adam A.S amat menyesali perbuatannya dan berdoa. Doanya termaktub di dalam Al-Quran, “ Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”
  3. Allah selamatkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan - Allah telah menghukum Nabi Yunus A.S dengan cara ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut. Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun “Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )! Maha Suci Engkau ( daripada teraniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”


Bulan Muharam juga merupakan bulan haram iaitu bulan yang diharamkan untuk berperang.

“Rasulullah S.A.W tidak pernah berperang di bulan haram, kecuali jika diserang terlebih dahulu. Jika bulan haram tiba, beliau berhenti hingga bulan haram itu berlalu.” (HR. Ahmad).

Dan cerita perang di zaman Rasulullah, sebenarnya ada ramai anak muda yang terkenal dengan keberanian mereka yang berjuang bersama Rasulullah demi menegakkan syiar Islam.
Oleh itu kata ustazah, generasi muda sekarang perlulah mencontohi keberanian dan pengorbanan pemuda-pemuda di zaman Rasululullah, seperti:

  • Al-Arqam bin Abi Al-Arqam (16 tahun)
  • Talha bin Ubaid Allah (16 tahun)
  • Sa`d bin Abi Waqqas (17 tahun)
  • Az-Zubair bin Al-Awwam (15 tahun)
  • Usamah bin Zaid (18 tahun)
  • Zaid bin Tsabit (13 tahun)
  • Mu`adz ibn Amr ibn Al-Jamuh (13 tahun) 
  • Mu`awwadh ibn Afraa’ (14 tahun)
  • Muhammad bin Qasim Al-Thaqafi (17 tahun)

Kalau nak baca lebih lanjut, boleh ke: https://www.islampos.com/sahabat-berusia-muda-249390/

Dan take away yang paling terkesan yang ustazah share sebelum dia menamatkan segmen Aura Pagi semalam ialah quote daripada Dr Yusuf al-Qaradawi ni.


Habis je perkongsian daripada ustazah, terus saya cakap kat Iman, "haa dengar tu Iman." Hehehe. Memang best dengar Aura Pagi setiap pagi, tambah-tambah lagi bila dengar dengan anak-anak. Kalau dulu dengar dengan abang, sekarang dengar dengan kakaknya pulak.


6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ternyata pada bulan Muharram ini ada terdapat bbrapa peristiwa penting ya ,dan usia yg ikut berjuang bersama Rasulullah masih muda "banget

    ReplyDelete
  2. Masyaa Allah...perkongsian ilmu yang sangat bagus...Rindu zaman sekolah ..Ustaz2 ihidupkan Bulan Muharram dengan pelajaran tentang kisah-kisah rasullullah dan para sahabat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Kakmim...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form