Perarakan Kapal Berhias di Sungai Sarawak

Sempena sambutan Sarawak 60 tahun merdeka, macam-macam event di bandaraya Kuching. Hujung minggu ni saja berlangsung Festival Maal Hijrah, sambutan Hari Muzium Antarabangsa, Kuching Food Festival dan yang paling top ranking semestinya kapal berhias. Kapal berhias ni setakat ni 10 tahun sekali je, mula dulu tahun 2003 lepas tu 2013 dan sekarang tahun 2013 baru ada lagi.

Alkisahnya memang nak tengok live tapi tak sanggup meredah jem. Terpaling kompom memang jalan akan jem. Nak check in di hotel area Kuching Waterfront dah fully booked. Tapi TVS memang confirm ada je live. Encik Suami cakap bukan selalu pun event macam ni nak bagi #theIMANs tengok live sendiri. Saya cakap tengoklah tapi kita ke rumah nenek dulu, kita tengok di kampung je lah kot.

Lepas makan-makan di rumah nenek, solat maghrib then terus gerak nak ke waterfront di kampung. Rumah nenek area kampung-kampung di tepi Sungai Sarawak je. Di kampung pun dah ada waterfront jugak dah sekarang tapi belum siap sepenuhnya di area kampung kami. 

Dalam kampung pun jem. Meriah sangat! Orang dari luar pun masuk kampung sebab nak view yang clear. Seberang sana jangan kata lah dah jem, orang pun mesti dari petang dah stand by cari port lepak. Bapak yang bawak jalan sebab saya tau jalan nak ke pangkalan je. Dah lama tak meredah kampung katakan. Kalau kecik-kecik dulu taulah jugak. Dan rezeki kami ada port cantik sebab masa tu orang belum ramai lahi. Yang dah sampai awal semua orang kampung yang rumah dekat-dekat situ je yang dah awal book tempat dengan hamparan tikar diorang. Semangat betul! Kakak yang 'piknik' dengan famili depan kami cakap diorang dah stand by hampar tikar jam 5 petang lagi!

Port cantik.. tempat kapal-kapal akan stop parking. Oleh sebab kami memang tak plan pun nak lepak tengok kat situ memang tak bawak apa-apa, sehelai sepinggang je. Kudap-kudapan tak bawak padahal makanan lepas makan kat rumah nenek pun masih ada tadi. Alas duduk pun tak bawak. Kalau tau awal, dah bawak canvas untuk alas duduk. Tapi kazen sempat je lari balik rumah nenek ambik canvas untuk alas duduk.

Encik Suami dan kazen bawak budak-budak duduk di depan beralaskan canvas. 

View sebelum acara bermula

Acara dimulakan dengan pertunjukan bunga api selepas nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Nasib baik tengok live, memang wow. Bak kata Alan hari ni dia rasa sangat happy.

Gempakkk siottt!! Jerit adik-adik di belakang saya, sekali saya toleh rupanya sebaya Abang dan Awan. Teruja betul diorang tengok bunga api.

Pertunjukan bunga api

Bangunan DUN dan Jambatan Darul Hana. Actually bangunan DUN di seberang setanah dengan kami dan Jambatan Darul Hana tu menghubungkan area Petra Jaya ke bandaraya Kuching yang area Kuching Waterfront. Cuma jambatan Darul Hana dan Pangkalan Sapi di DUN ditutup pada malam tadi. Sebab tu orang rami cari port di area kampung sebab tau area waterfront sana akan padat dengan manusia.

Jambatan Darul Hana.. the clearer view. Nampak tak hotel Hilton tu? Yang ada bangunan DUN sebelah kiri, area Petra Jaya yang bangunan Hilton area bandaraya Kuching. Kami sebut pasar je. Haha!

Kapal dari Samling yang mendapat tempat pertama kapal tercantik malam tadi.

Tempat kedua kapal Jabatan Premier Sarawak

Tempat ketiga jatuh kepada kapal Ministry of Transport Sarawak

Kapal dari Kuching Waterboard, ada paip kat depan

Kapal Sarawak Energy, ada ikon SEB Tower mereka.

 
Kapal Bintulu Port

Tak banyak ambik gambar kapal sebab nak save bateri. Memang kritikal jugak dah bateri masa tu. Hihi.

Sebelum balik selfie jugaklah sekeluarga.

Masa ni Abang dan Alan dah balik ke rumah nenek dengan Ayah. Abang tengok 2 kapal je lepas tu tumpang tidur je. Hahaha. 

Entah bila lagi ada event macam ni. Kalau 10 tahun lagi akan datang, Awan dah kira dah masa tu umur dia 19, Alan 18, Abang 21, Kakak 24. Ibu Ayah tak taulah panjang umur ke tak masa tu. 






 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga ibu ayah panjang umur, nanti #theimans pulak bawa ibu ayah tengok kapal berhias. Kita sokong la kapal Samling tu menang, memang cantikkkkksss!

    ReplyDelete
  2. Wah…cantik memukau!
    Lama pertunjukan bunga api-nya tu, puas menikmati indah percikan bunga api.

    ReplyDelete
  3. Menariknya perarakan kapal berhias.

    ReplyDelete
  4. Best eh dapat tengok bunga api, meriah alu juak. Duhal tok la nok dipadah kawan kmk dlm whatsapp group, kampung wife nya di Gedong pun ada ngantar rakit berhias ikut perarakan.

    ReplyDelete
  5. Meriah dengan bermacam-macam event ye. Syoknya dapat tengok perarakan kapal berhias di sungai. Dengan bunga api cantik lagi. Seronokkan aktiviti macam ni spend masa dengan family.

    ReplyDelete
  6. kamek tanga dalam tv jak....sik sanggup mok redah jem ...dah la keja hadap jem walaupun sik seteruk dolok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form