Pengalaman Ibadah Korban 1444H


Kisah kelmarin, Jumaat 12 Zulhijjah. 
Semoga korban kami diterima Allah SWT.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

[Riwayat al-Tirmizi (1493)]
[Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Tahun ni ada rezeki lebih sikit kami join keluarga adik-beradik ipar untuk menunaikan ibadah korban. Tahun 2023, 1 bahagian RM1100 (simpan sini untuk rujukan tahun-tahun mendatang). Nampak gayanya macam setiap tahun naik 100. Syukur alhamdulillah lembu kami agak hensem walaupun ada sedikit nakal. Hehehe.

Si hensem ni la yang lari masa hari raya hari tu. Terus tangguh nak buat korban lepas zohor 11 Zulhijjah, alhamdulillah semua telah dipermudahkan kelmarin (12 Zulhijjah).

Plannya nak sembelih di tepi bahagian rumah, dah siap gali tanah dah. Tapi si hensem ni turun je dari lori terus rebah di depan tu je. So tukar plan sembelih di longkang, oklah jugak ada air mengalir untuk mengalirkan darah korban.

Allahu akbar walillah ilham! Sekejap sangat proses sembelihan. Syukur alhamdulillah semua dipermudahkan.

Haiwan yang sangat redha.

Bapak membersihkan darah si hensem.

Kami bersaudara.

Bermulanya aktiviti melapah.

Real sangat, terasa tengok cerita Dr Romantic pulak bila tengok semua organ dalaman secara life.

Budak-budak semuanya teruja tengok jantung, usus, parur-paru si hensem.

Semua budak-budak tak takut pun dengan kepala ni.

Ramai yang turun padang sampai ada yang jadi tukang tengok je.

Excited jumpa kepala lembu.

Ni pulak teruja dengan ekor lembu.

Masih dengan ekor lembu mereka.

Cepat Iwa, berat ekor tok, kata Aydin.

Team timbang dan packing. Lepas tu kami double check balik.

Encik Suami beraksi.

Sibuk dengan organ-organ dalaman.

On the way nak buat sup.

Ah syiap! Tak perlu bawang goreng ke daun sup ke kuahnya saja dah cukup sedap.

Makan sup selepas solat Jumaat.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Banyak hikmahnya bila melihat sendiri haiwan yang kita korbankan. Perasaan sayu, sedih, kagum dengan keredhaan haiwan tu semuanya bercampur aduk. Semoga ibadah kami pada tahun ini diterima Allah SWT.

 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah selesai sudah ibadah qurbannya.
    Bagus bagi anak2 tengok sendiri prosesnya. Akan jadi kenangan dan pendedahan utk mereka juga.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Semoga ibadah korban diterima oleh-Nya dan mendapat ganjaran sebesar-besarnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Nyaman rupa sup daging ya. Siney kitak org biasa agihkan daging korban ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. family mertua adik kmk yg uruskan ya.. ada juak berik dgn saudara mara

      Delete
  4. alhamdullilah merasa budak budak tu berkorban ye tahun ni...!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai ibadah korban. Semoga Allah terima dan sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selesai ibadah korban, seronok budak2 tu,

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah. seronok mak apak anak2 tengok process ibadat korban. first time juak kamek diat even hanya kat pic.

    ReplyDelete
  8. Nostalgia. Dulu masa kecik pernah join aktiviti korban macam ni.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Sama macam kat Kelantan, ibadah korban buat kat rumah je, bukan di masjid.

    ReplyDelete
  10. Wah seronok semua dapat pengalaman korban lembu dari sembelih sampai siap makan.
    Alhamdulillah dapat buat korban dan saksikan sembelihan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah dapat ber qurban ya kak..semoga bermanfaat buat sesama, anak"gak takut ya liat kepala sapi

    ReplyDelete
  12. seronok anak2 dapat tengok sembelihan dengan lebih dekat...pengalaman untuk mereka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form