Selalunya kalau hari Jumaat Encik Suami akan tapau lauk untuk makan tengah hari. Paginya saya cuma perlu masakkan nasi je. Lepas tu balik tengah hari dah tak renyah dah nak masak lauk bagai, lepas solat Jumaat terus je boleh makan tengah hari. Setel.
Sementara yang lelaki ke masjid, saya masukkan baju-baju sekolah dalam washing machine. Dah siap basuh boleh terus sidai jemur luar rumah. Itu pun kalau cuaca panas lah. Tapi sekarang memang cuaca panas pun. Memang tak rugi membasuh di kala lunch break hari Jumaat, balik kerja nanti dah kering dah semua baju-baju sekolah.
Begitulah rutin tengah hari Jumaat kami.
Semalam ternampak di whatsapp story, terus je order. Sebelum ambik Awan Alan balik sekolah Encik Suami self pick up je di cafe seller ni. Yeay! Setel.
Sampai rumah reheat je dalam microwave. Senang cerita. Tapi banyakkan lauk ni. Saya siap simpan 2 lauk untuk makan malam. Setel untuk makan malam.
Encik Suami komen, sedap semua lauknya, nanti boleh repeat lagi. RM55 setel lauk untuk makan tengah hari dan makan malam sekali. Tak payah dah fikir dan masak lagi. Hoyeahh!! Itu yang saya suka dengar tu.
Begitulah rutin mak-mak, bekerja ke tak bekerja ke kena work smart kan? Tak payah nak stress-stress. Hadapi je dengan senyuman. Apa yang ada di depan, kita harung je.
Tags
Mommy Diary
berbaloi2 tu!!! and nampak sedap. MZ time sempat, MZ masak utk dinner jer, yg simple2 jer..time tak sempat, singgah mkn kat restoran jer..tp memang costly la esp lately..semlm pun, singgah mkn ber4, abih RM58...
ReplyDeleteMemang berbaloi sgt Mim, macam ni mahu tiap² minggu order, hehehe.
ReplyDeletehari-hari pengilan pun ok ni hehe
ReplyDeleteBerbaloi²...lauk sedap..
ReplyDeleteYang penting perut ahli keluarga kenyang dan pelbagai urusan boleh siap..sik la kamboh sepanjang hari
ReplyDeleteye...mampu masak kita masak. tak mampu masak kita cari jalan lain yg penting perut semua orang terisi
ReplyDeletewahhh mmg senang kerja mak.mak ni... lauk pauk sedap nasi pun sedapppp👍👍👍
ReplyDeleteSedeep kak ,..bikin tambah selera😁
ReplyDeleteMenarik sayur umbut tu!
ReplyDeleteSedap nampak nasi dan lauk-pauknya.
ReplyDeleteSenang hati tak payah masak untuk makan malam ya Mira.