Mee Kari Daging Korban

Dari hari Jumaat dah mak bagitau bapak request anak sulungnya ni buat mee kari daging korban. Tak plan pun nak buat terus sebab hari ni (Ahad) saya kerja. Sabtunya pulak kena pergi restock barang dapur basah sebab Ahadnya kan saya kena pergi kerja. Plannya lepas hantar Awan Alan sekolah sebab ada pertandingan sempena English Carnival Week,  Ayah dan Ibu pergi dating breakfast dan lepas tu ke Medan Niaga Kubah. Tapi last minute Ayah Iman bagitau masa breakfast dia ada jemputan kenduri kahwin so terpaksa kensel plan nak ke Medan Niaga Kubah. Kalau tau awal-awal ada jemputan kenduri kahwin takdelah nak pergi breakfast, baik terus beli barang dapur basah. Nak buat macam mana, lelaki ni memang mudah lupa. 

Dan balik dari kenduri, bapak bagitau dalam grup whasapp keluarga dia nak pergi beli bahan-bahan nak buat mee kari. Ah sudah. Bapak ni sejenis, kalau dia nak, memang dia tak sabar. Hahaha. Saya cakap balik kenduri baru saya dapat masak. Biarkan je dia beli bahan-bahan, healing time untuk dia nak ke pasar minggu di Medan Niaga Kubah tu.

So balik je kenduri, kami ambik Awan Alan dari sekolah. Alhamdulillah kedua-dua team mereka menang, dapat no 2. Bukan main excited lagi bercerita main Running Man sambil buat Spell It Right. Sampai di rumah, lepas zohor rehat sekejap dan lepas tu bersiap pergi ke rumah mak. Macam biasa saya akan check dulu resepi Che Nom. Tapi kali ni saya tak follow bulat-bulat memandangkan saya guna daging. Instead of air rebusan udang, saya guna air rebusan daging. Saya ingatkan bapak tak potong daging, so boleh la rebus seketul besar dan boleh hiris-hiris bila dah siap rebus. Tapi dia dah siap potong daging macam nak buat kari. On je lah. Hehehe. 

Semalam dapat masak dengan bantuan adik ketiga, selalunya di rumah sendiri saya masak sorang-sorang je. Sambil-sambil la cerita pasal isu semasa dan viral. Hehehe. Dan akhirnya dapat juga kami minum petang dengan mee kari daging korban. Alhamdulillah Allah bagi sedap. Puas hati tengok bapak makan bersirup kuah kari. Next time dah confident dah buat mee kari, yahooo! 

Ini sebenarnya kali kedua saya buat mee kari tapi yang pertama kali buat dulu tak berapa nak menjadi sebab ikut kepala sendiri je, tak refer dari Google. Lepas ni nak buat mee kari kambing pun boleh jer.

Percubaan Kedua 8 Julai 2023 - Mee Kari Daging Korban guna resepi Che Nom

Percubaan Pertama 11 Jun 2022 - Mee Kari Ayam Resepi Sendiri


Updated:
Atas permintaan kak SK, saya tempek resepi mee kari Che Nom yang telah saya modified di sini. Terima kasih Che Nom!!

Mee Kari Daging Korban Resepi Che Nom:

  • Bahan-bahan kuah kari:
  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil (tak letak, ganti dengan daging)
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi (tak letak)
  • 300 gram udang, buang kulit (tak letak)
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang (tak letak, ganti dengan rebusan daging)
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball) (tak letak)
  • 3 keping kek ikan (fish cake) (tak letak)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak) - saya guna 1 kotak santan Kara
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
  • Bahan untuk hiasan:
    • 4 biji telur rebus, potong dua
    • 2 tangkai sawi, potong dan rebus (tak letak)
    • bawang goreng (tak letak)
    • limau kasturi, potong dua (tak letak)
    • taugeh
    • daun bawang (tak letak, ganti dengan daun sup)
    • cili merah
    • tauhu kering goreng
    • *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tip:

  • Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
  • Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.



 

24 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wahhh.. kira memang resepi yg boleh dipercayai la ni.. tepek la resepinya, Mim 😍

    ReplyDelete
  2. Boss! Tauhu dan tauge tu kasik lebih!

    ReplyDelete
  3. Tengok bahan yang digunakan memang terhasillah mee kari yang sungguh lazat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat utk mkn2 keluarga bolehla kak amie 😅

      Delete
  4. Wow…presentation macam makan kat kedai la Mim 👏

    Tahniah buat Awan dan Alan 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main masak2 kn kak ujie.. feeling2 buat order di kedai 😂😂😂

      Delete
  5. Sedap. Lagi sedap kalau ada telur rebus tu.

    ReplyDelete
  6. Cantik tampilan mienya kak..rasa pasti sedap..jangan di tanya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan paste karinya pedas dan cilinya juga pedas so mmg pedas sedap mkn 😅

      Delete
  7. Mee kari nang nyaman tapi banyak bahan2 mok disedia kalah laksa Sarawak huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmk polah yg basic ajak bhn aksesori ya jd mcm mee jawa tp kuah mee kari 😅

      Delete
  8. Sejak Cuya cakap dekt ibu Cuya tk suka kari...sejak tu ibu langsung tk masak kari di rumah...
    hahhahaa tapi kari mamak Cuya makan lak! kikiki

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaa mi kari!! teringat smlm nk mkn mi kari tp last2 dpt bakso sbb penjual mi kari tu meniaga tmpt lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tandanya kena cari lg la mee kari lps ni anies 😂

      Delete
  10. Food plating cantik, buat orang teringin je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka-suka je.. feeling2 buat utk jual 😂😂😂

      Delete
  11. Memang sedap ni Kakmim, terliur kita :D
    Nak buat jugalah nanti; kebanyakan bahan ada ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. sy pn buat yg paling simple.. sbb x suka pn fishcake fishbal bagai tu

      Delete
  12. Sedapnya..mcm lama je x makan mee kari...🤔

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form