Hari raya haji hari tu masak lontong lagi. Dah kemaruk berlontong dah pulak. Bila Encik Suami cari kedai yang ada menu lontong, kesian pulak. Boleh je bini dia masak. Adik bongsu pun sama, nak makan lontong. So masak je lah walaupun #theIMANs tak makan lontong. Adik² je suka makan lontong, tengok mak dan bapak tak berapa pun. Biasalah anak² ni semua study kat Tanah Melaya tu yang air liur pun dah jadi air liur orang Melaya. Hahaha.
Hm.. macam biasa kalau masak lontong saya masih lagi refer resepi Che Nom. Berkali-kali masak pun tetap jugak refer balik takut ada bahan yang terlupa. Saya tempek kat sini resepi Che Nom ya. Confirm menjadi dan sedap.
Resepi Lontong dan Kuah Lodeh Che Nom
Bahan-bahan:
- 2 inci lengkuas, dititik
- 2 batang serai, dititik
- 500 gram udang
- 1 kotak santan segera
- ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
- 1 batang karot, potong panjang
- 7-8 batang kacang panjang, potong
- 1/2 biji sengkuang
- 1 bungkus tempe, potong kiub
- 3 ketul tauhu, potong kiub
- 1 genggam suun
- 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
- sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
- Bahan untuk kisar halus:
- 1 biji bawang besar
- 2 inci kunyit hidup
- ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
- Bahan untuk dihidang bersama:
- nasi impit, rebus
- telur, rebus
- tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
- ikan bilis kecil, goreng (optional)
Cara Penyediaan:
- Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
- Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
- Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
- Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
- Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
- Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
- Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
- Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
Tip:
- Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Bahan kisar halus, saya follow semua ya resepi Che Nom, takde derhaka resepi.
Serai dan lengkuas... diketuk
Sambal tumis ikan bilis, pernah juga guna sotong kembang tapi ada yang tak makan sotong kembang rupanya bila dijamu masa hari raya. Lepas tu malas dah guna sotong kembang.
Kuah lodeh.. ceria kaler kali ni sebab tak takut dah guna kunyit hidup
Dari kiri ke kanan: Kari ayam, rendang daging, nasi himpit, lemang, serunding daging, telur rebus
Sambal tumis bilis, tempe goreng, ikan bilis goreng
Tadaaa... alhamdulillah Allah bagi sedap, tak pernah tak sedap guna resepi Che Nom
Kalau berjiran nak juga tumpang sekaki haha.... Terasa juga nak melontong tapi kemalasan melanda ðŸ¤
ReplyDeleteComel dan kemas hidangan dalam set Tupperware ni...
emm..dapnye lontong. fav MA ni..
ReplyDeletehari tu sy tgk youtube. channel tok wan kami. dia buat kuah lodeh ni, dia masukkan kepingan telur dadar. nampak menarik pula... hehehe
ReplyDeleteMasak lodeh ni banyak bahan nak kena potong, tu yg jadi malas nak buat, lagipun kat Johor ni tiap pagi ada jer kat mana2 lontong, bila2 teringin sediakan saja ongkosnya. Kalau masak sendiri, kena guna tenaga, ongkos pun banyak juga, hihi. Memang terrrrajin la Mim, kat Sarawak kena masak sendiri tapi kalau ramai tukang makan, mmg berbaloi masak, Mim.
ReplyDeletesedappnya, teringat arwah mak ciknur ni la feberet ni bila dtg kl. mesti belikan dia pg2
ReplyDeleteSedap lontong kuah lodehnya..super lengkap bahan"nya...yg pasti hari rayanya menyenangkan,makan dan kumpul bersama
ReplyDeleteTeringin pula makan lontong. Sini setiap bagi memang ada je gerai/restoren jual lontong. Akak sendiri tak pernah masak hehe..
ReplyDeleteDok perhati yang bulat hijau tu mula2, rupanya lemang. Unik betul kaler dia tu.
Menarik sambal tumis ikan bilis kakmin tu... masak helok.
mak mertua slalu masak menu ni kalo hari raya
ReplyDeletewalaupun ibu dgn ayah suka lontong..tapi tak pernah masak di rumah....hahaha
ReplyDeleteSA x makan lontong..hahaha..x tau la dari kecik memang x suka..pernah cuba tapi tetap x leh..nasi impit kuah kacang je pilihan...
ReplyDeletemenu wajib raya di rumah ammi...anak-anak sgt suka lontong. biasa ammi lawan dengan sambal ikan bilis je sbb ammi tak makan sotong kembang tu
ReplyDeletesedapnya..ada udang besar, tambah manis kuahnya..
ReplyDelete