Juadah Sungkei Puasa Tasu'a

Lama tak update gambar masak dan makan. Selalu memang snap jer gambar, sebab kami adik-beradik suka update lauk masakan masing-masing di grup whatsapp famili. Ye la, ada yang di Miri, ada yang di Kapit, yang setanah di Kuching pun update sama sebab tak serumah. Hehehe. Begitulah kami, bila takde idea masak tanyak rumah mak masak apa, adik di Miri masak apa, adik di Kapit masak apa, pastu boleh tiru. Hehehehe.

Asyik ayam je, lately ni selalu sangat goreng ayam, #theIMANs ni suka ayam goreng style rumah je, yang lumur kunyit-halia-serai je. Kalau tak, saya tukar kunyit-bawang putih, kalau tak kunyit-cili-bawang merah-putih-halia. Ada banyak option untuk goreng-goreng di rumah. Lepas tu dah jarang letak tepung bestari jugak, suka bubuh tepung beras untuk merangupkan gorengan ayam tadi.

Semalam puasa, teringin sangat nak makan ikan. Pergi Mydin tak ada bawal emas, nasib baik di pasar tamu ada. Penjual ikan siap tanya nak potong masak apa, apalagi bagitaulah potong 3 nak masak kicap. Tadaaaa... alhamdulillah Allah bagi cukup rasa walaupun berpuasa. Kepala 2 ekor kita save untuk masak kari nanti. Ini pun tak habis jugak makan malam tadi. 


Juadah sungkei semalam, less is more. Tumis kobis sos tiram je, air mangga Sunquik.

Sebenarnya berangan jugak nak tumbul sambal belacan tapi rasa dah malas, dah cukup dah. Alhamdulillah, 1 lauk protein, 1 sayur, Menu bukan rahmah, sebab bawal emas semalam RM26 sekilo. Beli 2 ekor, lebih sekilo sikit. 

Bila ke Mydin suka beli tembikai yang dah potong setengah sebab dapat tengok isi tembikai merah ke idok walaupun kekadang warna merah menyala tapi tak manis pun. Tapi semalam rezeki merah terang dan manis. Biasalah tembikai seedless selalunya scammer, merah, takde biji, memang dah perfect tapi tak manis. Syukurlah semalam manis dan juicy. Mengancam betul bila tengah potong tapi tak boleh nak ngap-ngap. Siapa yang potong buah sambil masuk dalam mulut? Hahaha... takpe kita sepesen. 

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. memang sedap bawal masak kicap yg simple camni., hehe

    ReplyDelete
  2. sama la menu berbuka puasa smlm ikan masak kicap tp MIL yg masak..sedap tu tgk tembikai merah dipotong cube kecik2 gtu

    ReplyDelete
  3. Ada masak kicap, dah cukup sedap.
    Elok je Mim potong tembikai rupa gitu, senang makan sekali ngap.

    ReplyDelete
  4. boleh jd idea utk masak2. hehehe

    ReplyDelete
  5. Simpel aja ya di masak kecap tapi menggugah selera

    ReplyDelete
  6. Tertariknya dengan ikan masak kicap tu!

    ReplyDelete
  7. Hidangan ringkas yang menyelerakan. Masakan kicap jarang tak padu. Suka juga beli tembikai separuh. Betullah tu senang dapat tengok isinya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form