Pagi ni hujan. Hujan rahmat di pagi Jumaat. Kereta banyak. Hari ni di Radio Sarawak.fm ustaz yang bertugas memberikan tazkirah pagi. Dan tajuknya, "Hidupkan Sunnah".
Macam biasa bila ustaz yang memberi tazkirah ianya melekat di kepala saya. Hadam. Info minimalist tapi padat. Kalau ustazah selalunya berjela-jela panjang, hadis pun panjang dia baca. Memang nature wanita kan, suka bercakap, pantang diberi peluang. Hahaha. Merujuk kepada diri saya sendiri jugak. Sampai sekarang jarang saya ingat intipati tazkirah pagi yang disampaikan dari ustazah. Kalau ustaz, insya Allah, masih ada berlegar-legar di ruang storan otak.
Berbalik kepada topik 'Hidupkan Sunnah". Saya coretkan berdasarkan pemahaman saya ya, dari segi bahasa yang mudah difahami dan melekat dalam kepala. Sunnah ni ialah kehidupan nabi. Apa saja yang nabi buat sehari dalam kehidupannya, itulah sunnah nabi. Kalau kita ikut sunnah nabi, insya Allah pahala untuk kita. Jangan berkahwin lebih dari 1 saja nak ikut sunnah nabi, banyak lagi sunnah nabi yang kita boleh amalkan untuk menagih sedikit keberkatan hidup dan pahala dariNYA.
Contoh paling mudah, nabi suka senyum. Maka setiap hari janganlah lupa senyum, senyum pada anggota RELA yang bertugas di hadapan gate sekolah anak kita, senyum pada parents yang lain yang terserempak semasa berjalan mengambil anak di sekolah, senyum pada rakan sepejabat, senyum pada siapa saja. Insya Allah senyuman yang ikhlas akan mendapat pahala. Itu baru satu contoh sunnah yang menjadi amalan Rasulullah SAW.
Definisi Sunnah
- Di sisi ahli Hadith: “Sunnah adalah setiap yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah, sifat khalqiyyah dan kehidupan baginda SAW samada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi rasul”. [Lihat: Qawaid al-Tahdith, 61]
- Di sisi ahli Usul: “Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Qur’an melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW”.
100 Sunnah Rasulullah SAW
2- Baca Surah Ikhlas, Al-Falaq Dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir Dan Tasbih Ketika Di Tempat Tidur
4- Berdoa Pada Waktu Malam
5- Doa Ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur Dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8- Baca Doa Selepas Wuduk
9- Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Solat Dua Rakaat
11- Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Pergi Awal Ke Masjid
14- Berjalan Kaki Ke Masjid
15- Hadir Solat Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Mengadakaan Sempadan Ketika Solat
18- Duduk Atas Dua Tumit Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat
20- Banyakkan Berdoa Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Solat Sunat Rawatib
22- Solat Dhuha
23-Qiyamullail
24- Solat Witir
25- Solat Dengan Beralas Kaki
26- Solat Di Masjid Quba ‘
27- Solat Sunat Di Rumah
28- Solat Istikharah
29- Duduk Di Tempat Solat Selepas Solat Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Solat Jumaat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Solat Hari Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Solat Jenazah
35- Ziarah Kubur-Kubur
36- Bangun Sahur
37- Segera Berbuka Puasa
38- Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua Ketika Bermusafir
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Di Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Memakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Selipar / Kasut
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah Selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53- Berkumur Selepas Minum Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apabila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Baik
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66- Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68- Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin Sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Aqiqahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedaqah Jariah
91- Membina Masjid
92-Toleransi Ketika Berjual
93- Menghilangkan Gangguan Jalan
94- Shadaqah/ Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-Lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit.
Alhamdulillah, terima kasih berkongsi tazkirah pagi tadik. Mun cakap pasal radio Sarawak, rindu mok dgr celoteh Mak Lehot. Agik adakah oo?
ReplyDeleteX sure juak kmk... kmk selalu dgr sarawakfm kol 5-7 pagi jak... nang xda nya time ya... hehehe... time pagi giya jak kmk on sarawakfm... time lain sinar, cats atau kool
Deleteterima kasih kak atas perkongsian bermanfaat
ReplyDeletekita mungkin tak mampu nak amalkan semua sunnah ni. tp kalau buat salah satu sunnah yg ada ni, biarlah istiqamah sampai bila-bila insya allah
ReplyDeleteGood sharing kak mim..tq ❤
ReplyDelete