Alan Ikut Ibu atau Ayah?

Semalam ada homework subjek Science yang Alan perlu siapkan di rumah. Aktiviti seperti di bawah ni.


So Ibu pun carilah gambar Alan di Google Photo yang bersesuaian untuk siapkan aktiviti ni. Print siap-siap dan balik rumah terus je bagi kat Alan.

Ibu: Nah Lan, Ibu dah siap printkan gambar untuk homework Alan.
(Nah Lan, Ibu dah print gambar pakei homework Alan)
Alan: Yeay! Terima kasih Ibu. Tapi saya risau, rambut saya ikut siapa?
(Yeay! Makseh Bu, tapi kamek bingong rambut kamek ikut sapa?)

Ayah pandang Ibu, Ibu pandang Ayah. Sama-sama tergelak!

Ibu: Rambut ikut Ayah lah. Kakak dan Awan baru ikut rambut Ibu.
Alan: Tapi, Ayah kan takde rambut.
Ayah: Haish anak ni, dulu masa muda-muda Ayah ada rambut la. Takkanlah Ayah dari kecik takde rambut!

Hahahaha!!!

Alan: Ingatkan Ayah memang takde rambut. 

Adoi lah Alan, itulah bila dia semakin membesar, dah cam semua ahli keluarga, Ayah dia memang dah ditakdirkan dah takde rambut. Hihihi. Kakak Iman je lah pernah kenal Ayah yang masih berambut, itu pun dia tak suka tengok gambar Ayah dia masih berambut muda-muda dulu. Hahaha. Semua diorang Abang, Awan, Alan kata lebih suka Ayah yang takde rambut. Hahaha. Pelik-peliklah anak-anak ni.

Ayah cakap Alan ni memang copy right Ibu sangat cuma jantina je lain-lain. Birthday pun sama, perangai pun sama. Ye lah kot, sebab tu Ibu selalu gaduh dengan Alan. Hehehe.



 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hehehe..amboi Alan..kemain erk...tapi betul la..alan banyak copypaste ibu...

    ReplyDelete
  2. Alan memang bijak!
    Seronok layan budak cerdik macam Alan.

    ReplyDelete
  3. Karena Alan Anak ayah, pastilah ikut wajah ayahnya. He he .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare ni.. jarang org cakap alan ikut ayah tp dia mmg betul rapat dgn ayah

      Delete
  4. Hehehehe tersenyum sendiri saya Kak Mim bila baca dialog Alan dengan Ibu.. Petah sungguh si Alan..

    ReplyDelete
  5. Alolo... kiut lah Alan.. macam2 😃
    Alan kelas DLP?

    ReplyDelete
  6. Wajah Alan sangat mirip dengan ibu, hehehe, tapi banyak orang bilang bila anak laki-laki wajahnya mirip dengan ibu dan anak perempuan mengikuti ayah. Entah hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form